Bila aku bangun pagi, suasananya rasa lain semacam. Jantung berdegup kencang buat seketika. Inilah harinya untuk aku membawa drone di hadapan orang ramai. Bagi mengelakkan perkara buruk berlaku, terpaksalah dibawanya drone kecik aku sekali sebagai sandaran(backup), mana tahu tiba-tiba drone yang dirancang tu ada masalah. Penuhlah beg aku nak ke sekolah harini. Orang fikir budak ni bawa buku banyak sangat, padahal dalam beg ada drone. Disebabkan benda ini memerlukan persediaan awal, aku pun terpaksalah datang sekolah awal pagi. 6.30 pagi lagi aku sudah sampai ke sekolah. Lagipun mak ayah aku memang pergi kerja awal. So tiada masalah pun kalau nak datang pagi. Kemudian, aku perlu menunggu kehadiran Farid ke sekolah kerana beliau ditugaskan untuk menjadi sebagai co-pilot. Ya siapa tak kenal Farid. Datang lambat siot. Menghabiskan masa aku, baik aku datang pukul 7.00 pagi! Sudah aku mesej dia berkali-kali supaya datang awal, siap cuba nak video call lagi guna whatsapp. Semasa dia datang pula perhimpunan dah nak mula, ramai dah murid berkumpul.
Sebaik sahaja perhimpunan telah bermula, aku mula jadi cuak. Yelah sebab aku tak praktis apa lagi. Berita baik dan berita buruk. Berita baiknya orang drone yang cikgu tempah tu datang. Berita buruknya kena bawa benda lain pula untuk drone tu angkat. Kalau ringan tidak apa juga. Sebelum ini hanya menggunakan polisterine dengan corak huruf "C" dan "T" sahaja. Sekarang perlu membawa kadbod puzzle. Makin cuaklah aku. Orang drone tu pun cuak juga agaknya. Sebab benda ini sudah dirancang lama, tetibe boleh last minit tukar rancangan. Jadi, kami pun cuba sahajalah bawa kadbod tu guna drone. Sejak waktu pagi memang angin, senang sepatutnya drone tu nak bawa benda. Tapi itulah masih tak boleh nak bawa. Drone besar pun tak dapat juga. Terpaksalah tukar payload dengan pen.
Bila kawasan lapang seperti perhimpunan memang akan ada rintangan angin yang akan menganggu drone ini untuk kekal stabil. Semasa aku diberikan kursus drone sebelum ini ada 2 perkara yang perlu dielakkan semasa membawa drone. Iaitu angin dan perlanggaran. Bagi mengelakkan angin perlulah cari tempat yang tiada angin kan? Seperti tempat tertutup. Tetapi tiada masalah kalau drone itu mempunyai tenaga melawan rintangan angin. Begitu juga perlanggaran, drone perlu berada pada ketinggian yang selamat dan sekurang-kurangnya 20m dari setiap arah.
Sebenarnya pengalaman ini bagi aku antara yang ngeri untuk diingatkan kembali sebab ia melibatkan keselamatan orang sekeliling. Namun masih merasa seronok juga dapat rasa bawa drone. Tambahan lagi apabila cikgu sendiri yang meminta kami menghadiri kursus drone beberapa hari sebelum gimik perlancaran bulan voteks. Pada awalnya kami rancang bawa drone kecil, namanya "Tello". Lawak sikit kan ahahah sebab hampir sama dengan telur. Namun, pada hari perlancaran kami kena tukar plan baru.
Kami terpaksa menggunakan drone yang lebih besar iaitu "Mavic" yang dipandu oleh guru drone kami. Paling lawak adalah drone besar tu kena bawak payload yang kecil iaitu pen. Masa itu perhimpunan memang tengah bermula pun dalam tengah hari macam tu. Fuh, menjadi masalah lagi bila angin kuat time tu, sebab itulah kami terpaksa tukar drone besar.
Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kelewatan. Drone tersebut pun terbanglah menghadap pengetua. Kemudian, dipotongnya pula tali yang diikat dengan pen. Drone dengan pantas beredar terbang tinggi. Tepukkan pun diberikan oleh guru dan pelajar. Aku pula boleh tidur dengan tenang malam ni kerana pengakhirannya yang manis. Kelak cikgu pula bagi kami sijil hehe.
- hh

Mavic ni ada banyak jenis, aku lupa Mavic apa guru drone kami guna. |