Apa itu tenaga?
Saya kini sedang membaca satu buku Richard Feynman yang bertajuk "Six Easy Pieces". Sebenarnya ia adalah komplikasi 6 topik yang mudah daripada buku "The Feynman Lectures on Physics" yang diterbitkan pada 1963. Pada awalnya, saya ingin mendalami makna tenaga. Nampak seperti mudah untuk kita fahami maknanya. Hakikatnya ia adalah suatu yang abstrak untuk difahami begitu sahaja kerana Richard Feynman sendiri tidak mampu menjelaskan apa itu tenaga sebenarnya. Beliau berkata dalam salah satu syarahannya, iaitu "it is important to realize that in physics today, we have no knowledge of what is energy. We do not have a picture that energy comes in little blobs of a definite amount." dan "We don't really understand what energy is, nor the mechanisms behind the movement of energy (or the conservation of energy). We just understand the numbers behind it all, and that they work.".