Tentang Saya


Nama Diberi: M. Hariz Hazril

Biografi: Assalamualaikum wbt, selamat datang ke blog Catatanpenakuhh. Izinkan saya mempersembahkan diri dalam ruangan ini.

Nama pena diberi hh. Saya merupakan anak tempatan Malaysia. Kini umur saya sudah mencecah 20-an.

Penulisan adalah jalan saya merambaskan setiap tutur kata dan aturcara dalam pemikiran yang rumit.

Saya sudah membangunkan blog ini seawal tahun 2013 lagi, dan mula mengambil komitmen terhadap bidang pemblogkan pada tahun 2019. Di mana blog ini awalnya dibangunkan atas tujuan minat peribadi kemudian bermula alam sekolah menengah saya menjadikan blog ini sebagai medium saya berkongsi ilmu khususnya bidang sains komputer ketika saya sedang mengambil SPM. Blog ini kini menjadi medium catatan bebas saya dalam berbahas atau berkongsi suatu isu semasa juga isu yang lama, namun mengekalkan juga menjadi medium saya berkongsi ilmu sepanjang hayat saya menuntut ilmu.

Saya terbuka untuk menerima pelbagai kritikan juga pandangan pada setiap catatan entri yang dibuat. Catatan membuatkan saya bebas berfikir dan mempersoalkan sesuatu. Sebelum ini catatan saya bersifat tertutup dalam bentuk buku jurnal. Mungkin ini antara langkah inisiatif saya berkongsi idea juga pemikiran secara terbuka.

InsyaAllah saya cuba usaha untuk menulis setiap penulisan blog ini berserta sumber rujukannya. Mungkin ada catatan saya yang akan dikemaskini atas hal membetulkan apa yang kurang dari catatan lama. Catatan yang bersifat dinamik dan kritikal akan membuka pelbagai jalan dan perspektif baru. Realitinya kita tidak tahu apa-apa selagi mana ada lagi persoalan.

#Kemaskini: Segala entri telah diarkibkan untuk proses rujukan semula.

Bidang Diminati (Interest Field): Saya sangat meminati fizik kuantum secara teorinya berbanding matematiknya yang sangat rumit. Dunia kuantum yang pelik dan unik menarik minat saya untuk meneroka lagi dunia ini lebih dalam. Kemudian diikuti dengan bidang astronomi. Hadirnya minat ini dah lama tetapi mula menyedarinya agak lewat. Mempelajari astronomi ini menyebabkan saya mengagungkan kebesaran Allah SWT. Kerapkali menyerap langit pada waktu malam yang kadangkala menakutkan saya kerana betapa kecilnya kita berbanding sebesar alam semesta ini. Alam ini sungguh unik, pembawaan saya dalam bidang astronomi berkait rapat juga dalam bidang kosmologi Islam.

Sebelum keduanya bidang ini, terasnya bidang yang saya minati adalah sains komputer. Saya mula terdedah dengan sains melalui pendekatan sains komputer. Pernah saya menghabiskan masa seminggu hanya pada pengekodan sistem (kerja kursus). Tidur lambat adalah perkara biasa. Setelah menyambung belajar di USM saya mula sedar kemahiran komputasional diperlukan dalam bidang sains fizik. Maka, ia adalah pendekatan terbaik saya untuk menyatukan sains komputer dan sains fizik (Fizik Komputasional).

Bidang keempat yang diminati oleh saya adalah falsafah. Benar ia adalah subjek yang sukar untuk difahami. Banyak terminologi yang digunakan menjadikan kita jargon. Hadirnya falsafalah adalah hasil daripada intuitif manusia yang bermula dengan persoalan. Dalam catatan blog saya ada juga berkongsi perihal "pemikiran", hanya aras lebih rendah daripada falsafah. Bagi saya mempersoalkan apa yang ada di sekeliling kita sudah cukup baik untuk pemula berfalsafah. Persoalkan tentang kehidupan dan cara berfikir menjadikan kita ini manusia yang berfalsafah dan secara tidak langsung mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.

Pendidikan (Education):

2021-Present
2020-2021 Pre-University
2018-2019 Malaysia Certificate of Education
2015-2017 Lower Secondary Assessment
2008-2014 Primary School Evaluation Test

0 Komen:

Catat Ulasan