Kegagalan dalam mencapai matlamat atau objektif dalam hidup bukanlah disebabkan oleh kurangnya kecekapan dalam pengurusan diri, tetapi lebih disebabkan oleh ketidakmampuan kita untuk melakukan sesuatu perkara secara berterusan dalam usaha mencapai matlamat tersebut.
Istiqamah ini, menurut ahli bahasa bermaksud keteguhan seseorang dalam mengekalkan usaha yang dilakukan secara berterusan dan konsisten dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan tanpa mengenal lelah, meskipun menghadapi rintangan atau cabaran yang berterusan. Bermakna lagi, walaupun seseorang mempunyai kemahiran pengurusan diri yang cekap, namun tanpa istiqamah, matlamatnya hidup yang ditetapkan mungkin tidak dapat dicapai secara berkesan.
Tidaklah juga menafikan bahawa kejayaan dalam mencapai matlamat atau objektif seseorang bergantung pada pelbagai faktor lain seperti kemahirannya kita dalam menguruskan masa, merancang pengurusan hidup dengan lebih strategi, mengasah kemahiran dalam menyelesaikan masalah, dan cekapnya kemahiran dalam berkomunikasi, dan pelbagai lagi pentingnya.
Namun, dalam pemerhatian saya juga, seseorang yang mempunyai kemahiran-kemahiran tersebut masih boleh mengalami pancaroba dalam mencapai matlamat yang telah ia tajdidkan. Hal ini antaranya seperti telah saya perkatakan sebelum ini - disebabkan oleh ketidaklakuan dalam melakukan secara teus dan konsisten dalam usaha mencapai matlamat tersebut.
Inginlah saya berikan contoh, bahawa seseorang yang ingin menurunkan berat badan mungkin mempunyai pengetahuan yang luas tentang pemakanan yang sihat dan pelbagai jenis senaman yang efektif. Namun, jika dia masih tidak istiqamah dalam usaha menurunkan berat badannya, dia mungkin akan gagal mencapai matlamatnya walaupun dia mempunyai kemahiran pengurusan diri yang cekap dan berpengetahuan dalam apa yang ia ingin capai.
Oleh demikian, kecekapan dalam pengurusan diri adalah penting, istiqamah dalam usaha mencapai matlamat adalah faktor yang sama pentingnya dalam mencapai matlamat yang ingin dicapai.
- hh