Isnin, November 04, 2013

Selamat Datang

———

Oleh hh (Isnin, November 04, 2013)


Selamat Datang Ke Blog Saya!


Terima kasih kerana melawat blog saya. Blog ini akan dilebihkan kepada pelajaran Sains Komputer/ICT. Kegunaan blog ini adalah untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang telah saya pelajari. Mari kita kenali serba sedikit apa itu Sains Komputer.


: Sains Komputer 


Bidang sains komputer atau teknologi maklumat adalah satu bidang yang semakin berkembang pesat di negara kita. Negara kita Malaysia sedang menuju ke era teknologi maklumat. Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan usaha kerajaan yang menjadi pemangkin kepada perkembangan Teknologi Maklumat ini

Bidang ini pada asasnya bertujuan untuk memanipulasi data, merekabentuk, memproses semua maklumat dan seterusnya menghasilkan satu bentuk keputusan yang dikehendaki dengan cepat, cekap dan tepat serta sistematik. Justeru itu, ianya boleh dikatakan satu bidang yang amat perlu dan penting di era ini.

Antara ilmu yang paling penting yang terdapat dalam bidang sains komputer adalah bahasa pengaturcaraan komputer ataupun anda biasa dengar dipanggil programming. Bahasa pengaturcaraan komputer adalah bahasa yang digunakan untuk menulis didalam perisian komputer. Antara bahasa pengaturcaraan yang selalu digunakan adalah C, C++, dan juga java.

Kerjaya Yang Boleh Anda Cemburi 

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk membawa Malaysia ke era industri teknologi, permintaan terhadap saintis komputer di dalam sektor awam dan swasta semakin meningkat. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti berikut:
  • Pembangunan Sistem Perisian
  • Penguji Perisian
  • Jurureka Web
  • Pelatih IT
  • Pengaturcara
  • Pegawai Teknologi Maklumat
  • Pensyarah IT
  • Cikgu IT
  • Web Master
  • Pentadbir Rangkaian
  • Jurutera Rangkaian
  • Juruteknik Sokongan
  • Usahawan Internet
  • Juru Perunding IT
  • Jurutera Perisian
Dan macam-macam lagi!

Sebagai kesimpulan, bidang sains komputer ini adalah sangat meluas sebenarnya dan bukan hanya terbatas dengan duduk dihadapan komputer semata-mata. Selamat Maju Jaya! 👍👍



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut langganan