Just brought some books from BigBadWolf. I'm using eBelia and some of my money. Not a big deal. Not in a good mood to buy some fictional books. But then I buy some reference books and science books for my further studies. The total cost is RM196.00(not including discount and free shipping) and the total number of books is 15(which is the limit in Shoppe). Average price per book I could say around RM10-20. It was cheap actually since it was from overseas books. Most are from western publications.
Isnin, Jun 14, 2021
Jumaat, Jun 11, 2021
Peristiwa Istiwa A'dzam dalam menentukan arah kiblat
"Kami tak perlu pacak, tingkap bilik dah ada bayangnya." |
Istiwa A'zam adalah apabila kedudukan Matahari berada tegak di atas Ka'abah. Peristiwa Istiwa’ al-a’zam hanya berlaku dua kali dalam setahun. Setiap tahun kecuali tahun lompat ia berlaku pada 28 Mei Jam5:16 ptg dan 16 Julai 5:28 ptg. Umat Islam mengambil peluang ini dengan mengenalpasti dan mengesahkan arah kiblat tempat di mana ia berada.
Cara untuk menyemak arah kiblat adalah dengan menggunakan apa-apa barang sahaja yang boleh dipacak dan mempunyai permukaan yang rata seperti sebatang kayu atau pembaris di bawah sinaran matahari pada waktu kejadian. Kemudian, bayang-bayang yang menghala ke arah matahari itulah arah kiblat yang tepat. Peristiwa ini amat penting bagi umat Islam kerana kita tak tahu apa aplikasi yang menentukan kiblat kita betul atau tidak. Hanya beberapa aplikasi sahaja yang mendapat pengesahan daripada pihak JAKIM. Kaedah ini sangat-sangat diakui di Malaysia. Sukar sekali untuk mendapat ralat, kalau ada pun mungkin kurang atau lebih 2º/3º.
Khamis, Jun 10, 2021
Elektrostatik
Assalamualaikum wbt, Bab Elektrostatik di peringkat Ijazah Sarjana Muda merangkumi 4 bahagian yang perlu dikuasai. Iaitu Cas Negatif dan Positif, Hukum Coulomb - Hukum Daya Elektrostatik, Pengkuantuman Cas, dan Hukum Keabadian Cas. Kita akan cuba menelusuri setiap bahagian ini dan mungkin akan terdapat pertambahan-pertambahan lain dalam entri ini. Jika terdapat sebarang kekhilafan dalam penulisan, boleh berhubung dengan saya.
Elektrostatik
Kajian mengenai elektrik telah bermula sebelum abad ke-19. Rekod yang terawal sekali dituliskan oleh Thales atau lebih dikenali sebagai Thales dari Miletus, bahawa pada tahun 600 sebelum masihi1 amber bila digosok dengan bulu haiwan dapat menarik habuk kayu. Sejak dari penulisan ini, kajian mengenai elektrik tidak berkembang hinggalah pada tahun 1600 bila Sir W. Gillbert (1540 - 1603) telah menulis buku bertajuk De magnete. Gillbert menerangkan bahawa kebanyakan bahan dapat dijadikan magnet dengan gosokan.
Perkataan elektricity berasal dari bahasa Greek iaitu elektron yang bererti amber. Amber adalah sejenis resin keras yang telah dikenal oleh orang-orang dahulu kala kerana sifatnya yang istimewa; bila digosokkan dengan bulu haiwan, amber akan menarik habuk-habuk.
Elektrostatik bererti elektrik pada keadaan diam. Dalam bab ini kita akan membicarakan sifat utama cas elektrik dalam keadaan diam.
Penyelidikan awal mengenai elektrik telah dilakukan terhadap rod gelas yang digosokkan dengan sutera. Rod ini kemudiannya digantungkan pada seutas tali. Suatu rod lagi digosokkan dengan sutera dan didekatkan dengan rod yang tergantung tadi. Kedua-kedua rod ini akan menolak. Ujikaji yang sama dapat dilakukan dengan rod plastik yang digosokkan dengan bulu haiwan. Satu rod plastik digantungkan, rod yang satu lagi didekatkan padanya. Kedua-duanya akan menolak. Tetapi sebaliknya kalau plastik didekatkan dengan gelas yang tergantung tadi, kedua-duanya akan menarik.
Jelas bahawa ujikaji yang ringkas ini menunjukkan cas pada plastik dan gelas adalah berlainan.
Bahan-bahan lain yang dapat dibuat bercas elektrik dengan geseran, apabila diuji didapati mempunyai ciri seperti cas pada gelas atau plastik. Suatu jenis cas menarik jenis cas yang lain dan menolak jika cas tersebut semasa jenis. Ini dapat dituliskan di dalam bentuk yang singkat bahawa:
Cas yang sejenis menolak (repulsive) dan cas yang berlainan menarik (attraction).
Terdapat dua jenis cas dalam alam ini iaitu cas positif dan negatif. Fitrahnya yang berbeza seperti lelaki dan perempuan.
Perjanjian mengenai tanda positif dan negatif untuk cas adalah merupakan pilihan sebarangan. Benjamin Franklin (1706 - 1790) adalah merupakan fizikawan yang pertama mengemukakan tanda positif pada gelas dan negatif pada plastik atau amber. Tanda ini kekal dipakai hingga hari ini walaupun kita dapat merombak jika difikirkan perlu.
Hukum Coulomb - Hukum Daya Elektrostatik (Coulomb's Law)
Kita telah jelaskan bahawa cas yang sama menolak dan cas yang berlainan menarik. Kita tidak sebutkan mengenai kekuatan daya antara cas juga faktor-faktor yang menentukan kekuatan ini.
Pengukuran secara kuantitatif mengenai daya antara cas telah dilakukan oleh fizikawan Perancis, Charles Coulomb (1736 - 1806) pada tahun 1789. Alatradas yang digunakan ditunjukkan pada Gambarajah 1.2.
Radas yang digunakan terdiri dari suatu neraca kilasan. Alat yang serupa juga telah dipakai oleh Cavendish (1731 - 1810) untuk mengukur pemalar graviti, \(G\). Necara kilas terdiri dari suatu rod \(R\). Di kedua-dua hujung rod ini terdapat sfera \(a\) dan \(a'\). Rod ini digantungkan dengan menggunakan seutas serabut (fiber) dari penyokong \(F\). Cermin \(M\) dilekatkan pada serabut, dan sinaran cahaya \(L\) bila terkena pada cermin akan dipantulkan pada skala \(S\). Suatu rod lagi \(P\) yang mempunyai sfera \(b\) (yang sama besarnya dengan \(a\)) diletakkan berhampiran \(a\). Sfera \(b\) dapat dicas dengan gosokan.
Bila sfera \(b\) disentuhkan dengan sfera \(a\) cas pada kedua-duanya akan menjadi sama. Cas pada \(b\) dapat diubahkan lagi dengan gosokan, kemudian disentuhkan dengan \(a\). Didapati bila jarak antara \(a\) dan \(b\) tetap, pesongan pada skala \(S\) adalah berkadaran dengan magnitud cas pada kedua-dua sfera tersebut.
Dengan cara yang sama juga diperolehi, bila magnitud cas pada \(a\) dan \(b\) tetap, tetapi jarak kedua-duanya diubah, Coulomb mendapati, daya yang wujud berkadaran sonsang dengan jarak kuasa dua antara cas-cas tersebut. Dalam bentuk formula pernyataan ini dapat ditulis sebagai
$$F\propto \frac{q_1 q_2}{r^2}$$ (1.12)
atau
$$F= k\frac{q_1 q_2}{r^2}$$
Di mana
\(F\): magnitude daya elektrostatik
\(Q_1\) & \(Q_2\): magnitude setiap cas
\(r^2\): jarak diantara dua titik cas
\(k\) dalam rumus tersebut adalah pemalar kadaran.
Perlu diingatkan hukum Coulomb hanya berlaku pada titik cas di mana nilainya (cas) adalah jauh lebih kecil dari jarak antara cas-cas tersebut.
Hukum Coulomb juga menyerupai hukum graviti yang telah dibahaskan lebih 100 tahun dahulu sebelum Coulomb melakukan ujikajinya. Daya Coulomb jauh lebih besar dari daya graviti di dalam tertib \(10^{39}\). Di samping itu, daya graviti selalu bersifat menarik, sedangkan data Coulomb bersifat tarikan jika \(q_1\) dan \(q_2\) mempunyai tanda yang berlawanan dan tolakan jika \(q_1\) dan \(q_2\) mempunyai tanda yang sama. Sekarang kita tinjau pula mengenai unit dari cas.
S.I. Unit bagi cas adalah Coulomb atau diringkaskan sebagai \(C\). Ini ditakrifkan sebagai jumlah cas yang dipindahkan oleh arus satu ampere dalam satu saat. Dalam bentuk persamaan,
$$Q=It$$
Cas adalah kuantiti skalar (✅Magnitude ❎Arah).
Kita masih belum selesai dengan persamaan \(F\propto \frac{q_1 q_2}{r^2}\). Dalam bentuk vektor daya Coulomb dapat dituliskan sebagai
$$\vec{F}=\frac{kq_1 q_2}{r^2}\hat{r}$$
di mana \(\hat{r}\) adalah vektor unit yang menghala pada \(q_2\). Pemalar kadaran \(k\) dapat ditentukan secara ujikaji dan mempunyai nilai
$$k=\frac{1}{4 \pi \varepsilon_o}$$
Nilai yang diukur untuk \(\varepsilon_o\) adalah \(8.8542\times10^{-12}~\text{CN}^{-1}\text{m}^2\). Jadi
$$\frac{1}{4\pi\varepsilon_o}=9.0\times10^9~\text{Nm}^2\text{C}^{-2}$$\(\varepsilon_o\) dikenali sebagai pemalar ketelusan ruang bebas (vakum atau udara).
Ringkasnya daya Coulomb dapat ditulis sebagai
$$F=\frac{1}{4\pi\varepsilon_o}\frac{q_1 q_2}{r^2}$$
dan dalam bentuk vektor
$$\vec{F}=\frac{1}{4\pi\varepsilon_o}\frac{q_1 q_2}{r^2}\hat{r}$$
ataupun
$$\vec{F}=\frac{1}{4\pi\varepsilon_o}\frac{q_1 q_2}{r^3}\vec{r}$$
Ini kerana vektor unit \(\hat{r}=\frac{\vec{r}}{r}\).
Hukum Coulomb menjelaskan bahawa magnitude daya elektrostatik antara dua titik cas adalah berkadar terus dengan hasil magnitude cas dan berkadar sonsang dengan kuasa antara dua jarak cas antara mereka.
Jika Q₁ dan Q₂ ada cas yang berbeza tanda, Daya (F) bertindak antara setiap cas yang tertarik seperti rajah di bawah
rajah 2
Ini bermakna daya, F menghala ke arah cas bersebelahan dan membuatkan kedua-dua cas tersebut bergerak kearah satu sama lain.
Jika cas Q₁ dan Q₂ kedua-duanya adalah positif atau negatif cas, daya F yang bertindak ke atas satu sama lain adalah menolak seperti rajah 1.
Ini bermakna yang daya F adalah menghala jauh daripada cas bersebelahan dan membuatkan ia berpisah diantara dua cas jika mereka bergerak bebas.
Rajah 3.1 dan 3.2 menunjukan hubungan diantara daya elektrostatik dengan jarak antara dua cas.
Nota,
Tanda cas diabaikan apabila mengantikannya dalam persamaan hukum coulomb.
Tanda cas penting dalam membezakan arah daya elektrik.
Magnitude kedua-dua daya adalah sama tetapi berbeza arah yang mana membentuk vektor, F₁₂ = -F₂₁.
Ciri-ciri daya elektrik diberikan pada kedua-dua cas adalah daya tarikan.
Prinsip Keabadian Cas (Principle of Conservation of Charges)
- Prinsip keabadian cas menyatakan jumlah cas dalam suatu sistem tertutup adalah malar (diabadikan).
- Cas dikuantumkan.
- Cas elektrik wujud sebagai "paket" diskrit dan ditulis sebagai
- Prinsip keabadian cas menyatakan jumlah cas dalam suatu sistem tertutup adalah malar (diabadikan).
- Cas dikuantumkan.
- Cas elektrik wujud sebagai "paket" diskrit dan ditulis sebagai
1. Sebelum masihi - B.C.E (Orang-orang Kristian menetapkan bahawa ini adalah kalendar / tahun sebelum kelahiran Jesus Crist). Contoh, 100 MS atau 1 MS (0 MS adalah kelahiran Jesus Crist menurut orang Kristian)↩
Selasa, Jun 08, 2021
Zard : Pengembara Jalanan
"Aku sudah terlalu lama tinggal di dalam rumah usang ini. Tinggalnya aku disini bersama bapa. Jauh dari pekan dan penduduk lain. Setiap pagi, aku memulakan rutinku dengan membantu bapa bertukang kebun." kata Zard yang kepenatan setelah seharian berkebun. Apabila meningkat remaja, hatinya memberontak ingin kebebasan. Impiannya mahu meneroka tempat lainnya. Tapi baginya itu hanya angan-angan, tak mungkin ia mampu mencapainya. Sentiasa menyangkakan bahawa dirinya belum bersedia. Apatah lagi dapatnya bapa yang garang. Perlu banyak lagi yang perlu dia pelajari supaya dapat menempuh segala rintangan apabila dia mengembara nanti. Itupun jika dia mendapat kebenaran ayahnya. "Zard, anakku. Kemari kau sini. Bawa sekali secangkir teh hijau yang telah kau bancuh dan sekeping surat bertanda biru di dalam bekasku" dengan nada seorang bapa yang tegas seakan begitu serius. "Baik bapa" kata Zard dengan patuh. Zard pun bergegas mencari bekas tersebut untuk dibawa kepada ayahnya. Dia tahu sekiranya lambat, pasti ayahnya akan mengamuk. "Apa yang lambat sangat tu?" ayahnya yang bengis. "Benarlah kata orang, lelaki itu memang kurang peka berbanding wanita", rungutnya sambil mencari bekas tersebut. "Haa, jumpa pun." lantas Zard membuka bekas itu dan mengambil surat yang bertanda biru. Zard dengan tidak sengaja terselak sedikit suratnya dengan ayat yang bertulis di surat itu "tenang, menang, teh dan hujan..". Zard mengabaikannya dan bergegas membawa teh hijau dan surat pada ayahnya.
Zard Pengembara I
"Maaf bapa kerana lambat menyampaikan kehendakmu. Begitu sulit dan samar bekas yang bapa katakan. Rasanya ada baik kita beli perabot baharu di IKEA." alasan Zard kepada ayahnya. "Apa yang kau katakan anakku. Seorang perkebun yang cekap, haruslah mampu menempuhi segala perkara yang batin bahkan sulit. Bahkan bapa tidak ada duit nak beli perabot di IKEA. Cukuplah apa yang ada sahaja." balas bapanya. Zard tahu bahawa bapanya sedang berjimat, tiada langsung kehendak hatinya untuk memperbaikan suasana rumahnya yang usang. Disebabkan rumahnya dibina kawasan berbukit, tiada alasan bagi mereka mengalami kepanasan di rumah. Tiupan angin saling bersahabat dengan mereka meskipun pada musim panas. Hidup mereka sudah biasa dengan tekanan atmosfera yang rendah. Tidak memerlukan oksigen yang begitu banyak untuk bernafas. Ini adalah kelebihan yang tidak dapat dilihat oleh Si Zard.
"Kau baca surat ini buatku" kata bapanya yang sedang beriadah di halaman luar rumahnya. Zard yang merasakan surat itu tidak penting mula timbul perasaan ingin tahu.
"tenang, menang, teh dan hujan
berangkat aku ke medan pemikiran
serikat gundam dan dagangan
peneroka alam sang perjuangan."
Habis sahaja ucapan itu, bapanya lantas berkata "Keluarlah kau dari rumah ini, sudah tiba masanya kau teroka dan timba alam ini. Ambillah duit simpananku buat keberangkatanmu. Jangan berani kau kembali disini melainkan kau bawa pulang seijazah pemikiran dan buah fikiran di setiap pengajaran dan ibrahnya."
Zard terkejut kerana itulah keinginannya selama ini. Walau usang pun rumahnya, ia juga ada beberapa buku yang merangsang Zard untuk teroka dunia ini. Dia tidak menyangka bahawa bapanya akan membenarnya untuk merantau ke luar seawal ini. Dia percaya bahawa tugas utama seorang anak itu menjaga ibu bapanya yang masih hidup, maka seluruh tenaganya digunakan untuk orang tuanya. Tetapi surat itu mengubah semuanya. Apa ada silapnya? Zard dengan ragunya berkata "Apa betul kau katakan bapa? Sudahkah tidak bergunanya aku pada bapa? Secangkir teh hijau yang ku bawakan pun kau minta. Mampukah bapa?".