Selasa, Jun 08, 2021

Zard : Pengembara Jalanan

                     "Aku sudah terlalu lama tinggal di dalam rumah usang ini. Tinggalnya aku disini bersama bapa. Jauh dari pekan dan penduduk lain. Setiap pagi, aku memulakan rutinku dengan membantu bapa bertukang kebun."  kata Zard yang kepenatan setelah seharian berkebun. Apabila meningkat remaja, hatinya memberontak ingin kebebasan. Impiannya mahu meneroka tempat lainnya. Tapi baginya itu hanya angan-angan, tak mungkin ia mampu mencapainya. Sentiasa menyangkakan bahawa dirinya belum bersedia. Apatah lagi dapatnya bapa yang garang. Perlu banyak lagi yang perlu dia pelajari supaya dapat menempuh segala rintangan apabila dia mengembara nanti. Itupun jika dia mendapat kebenaran ayahnya. "Zard, anakku. Kemari kau sini. Bawa sekali secangkir teh hijau yang telah kau bancuh dan sekeping surat bertanda biru di dalam bekasku" dengan nada seorang bapa yang tegas seakan begitu serius. "Baik bapa" kata Zard dengan patuh. Zard pun bergegas mencari bekas tersebut untuk dibawa kepada ayahnya. Dia tahu sekiranya lambat, pasti ayahnya akan mengamuk. "Apa yang lambat sangat tu?" ayahnya yang bengis. "Benarlah kata orang, lelaki itu memang kurang peka berbanding wanita", rungutnya sambil mencari bekas tersebut. "Haa, jumpa pun." lantas Zard membuka bekas itu dan mengambil surat yang bertanda biru. Zard dengan tidak sengaja terselak sedikit  suratnya dengan ayat yang bertulis di surat itu "tenang, menang, teh dan hujan..". Zard mengabaikannya dan bergegas membawa teh hijau dan surat pada ayahnya.

Zard Pengembara I

                      "Maaf bapa kerana lambat menyampaikan kehendakmu. Begitu sulit dan samar bekas yang bapa katakan. Rasanya ada baik kita beli perabot baharu di IKEA." alasan Zard kepada ayahnya. "Apa yang kau katakan anakku. Seorang perkebun yang cekap, haruslah mampu menempuhi segala perkara yang batin bahkan sulit. Bahkan bapa tidak ada duit nak beli perabot di IKEA. Cukuplah apa yang ada sahaja." balas bapanya. Zard tahu bahawa bapanya sedang berjimat, tiada langsung kehendak hatinya untuk memperbaikan suasana rumahnya yang usang. Disebabkan rumahnya dibina kawasan berbukit, tiada alasan bagi mereka mengalami kepanasan di rumah. Tiupan angin saling bersahabat dengan mereka meskipun pada musim panas. Hidup mereka sudah biasa dengan tekanan atmosfera yang rendah. Tidak memerlukan oksigen yang begitu banyak untuk bernafas. Ini adalah kelebihan yang tidak dapat dilihat oleh Si Zard.


"Kau baca surat ini buatku" kata bapanya yang sedang beriadah di halaman luar rumahnya. Zard yang merasakan surat itu tidak penting mula timbul perasaan ingin tahu.

"tenang, menang, teh dan hujan
berangkat aku ke medan pemikiran
serikat gundam dan dagangan
peneroka alam sang perjuangan."

Habis sahaja ucapan itu, bapanya lantas berkata "Keluarlah kau dari rumah ini, sudah tiba masanya kau teroka dan timba alam ini. Ambillah duit simpananku buat keberangkatanmu. Jangan berani kau kembali disini melainkan kau bawa pulang seijazah pemikiran dan buah fikiran di setiap pengajaran dan ibrahnya."

Zard terkejut kerana itulah keinginannya selama ini. Walau usang pun rumahnya, ia juga ada beberapa buku yang merangsang Zard untuk teroka dunia ini. Dia tidak menyangka bahawa bapanya akan membenarnya untuk merantau ke luar seawal ini. Dia percaya bahawa tugas utama seorang anak itu menjaga ibu bapanya yang masih hidup, maka seluruh tenaganya digunakan untuk orang tuanya. Tetapi surat itu mengubah semuanya. Apa ada silapnya? Zard dengan ragunya berkata "Apa betul kau katakan bapa? Sudahkah tidak bergunanya aku pada bapa? Secangkir teh hijau yang ku bawakan pun kau minta. Mampukah bapa?".

Share:

0 Komen:

Catat Ulasan