Isnin, Mei 24, 2021

Kemunduran buku IT dalam perpustakaan

———

Oleh hh (Isnin, Mei 24, 2021)


Gambar ini diambil pada 23 August 2020 di dalam sebuah perpustakaan kolej. Kecewanya hati aku bila banyak buku IT di sini adalah ketinggalan zaman. Kebanyakkannya buku ini langsung sudah tiada guna kerana banyak berkongsikan tentang cara penggunaan perisian purba(out of date). Bahkan ada programming language yang lama seperti XHTML, sedangkan kini ramai sudah menggunakan HTML5. Aku bukan nak mengkritik sangat cuma IT merupakan bidang yang selalu berkembang pesat. Bahkan lebih pantas berkembang berbanding bidang sains itu sendiri! Aku tahu, memang susah nak cari buku IT/Sains komputer yang terkini hasil orang tempatan. Sekurangnya bawakanlah buku luar negara. Mungkin cara penggunaan microsoft 365 ataupun apa sahaja perisian yang terkini. Supaya pelajar dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan kini.

Industri Buku IT

Tak ramai sebenarnya warga tempatan yang dapat menghasilkan buku IT untuk masa kini. Disebabkan bidang IT/Sains komputer ini sentiasa berkembang pesat. Namun tidak mustahil, aku lihat ada para guru sains komputer yang dapat menghasilkan modul dan buku sendiri bagi membantu pelajar spm mendalami ilmu sains komputer. Bahkan kalau ada pun buku masa kini, ia hanyalah tajuk yang sama dengan abad lalu. Sentiasa berulang! Sungguh sedikitlah yang berani untuk menulis buku-buku terkini. Banyak pelajar cenderung untuk mengambil sumber bacaan dari luar negara. Mereka terlalu banyak mengaplikasikannya sehingga lupa untuk berkongsi ilmu yang dia peroleh. Berani aku katakan seperti ini sebab aku sendiri pergi semak buku yang diterbitkan oleh universiti-universiti tempatan ini.

Lebih banyak e-book berbanding buku fizikal

Ada brother ni, dia bagitahu aku yang dia banyak belajar bidang pengkomputeran dengan membaca buku secara digital. Bagi aku benda ini sangat relevan kerana menghasilkan buku secara digital adalah sangat jimat tetapi risiko kerana mudah untuk kegiatan cetak rompak. Tetapi brother tu pun cakap diorang dapat buku dari torrent kah kah. Mungkin kerana mahal nak beli buku dari luar negara.  Itu sahaja cara untuk brother tu belajar benda terkini. Keterdesakan itu membuat kita tiada pilihan lain, selain memilih jalan kotor. Maafkan kami Tuhan.


Penyelesaian Masalah
Aku tidak minta banyak, mungkin pihak kolej sendiri boleh beri sedikit peruntukkan kepada perpustakaan untuk beli buku-buku yang terkini. Pelajar memerlukan bahan bacaan baru untuk terus berkembang. Aku tahu memang silibus di kolej tu taklah sepadan dengan buku bacaan di luar sana yang lebih advance. Namun sebagai pelajar, kami bukan hanya belajar dalam silibus tetapi luar silibus juga. Penerokaan itulah yang melahirkan generasi yang sentiasa berkembang maju. Buku yang hanya beberapa ringgit itu sangatlah besar nilainya pada negara. Runtuhnya sebuah industri buku seakan hilang ketemadunan sebuah negara. Fikir-fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut langganan