Inilah jabatan fizik pertama saya. Hahaha. Gurau. Ini adalah gambar saya bersama classmate dan guru fizik saya ketika menuntut di matrikulasi. Di sini setiap makmal itu ada aras tersendiri. Contoh makmal fizik pada aras 3, makmal biologi pada aras 2 dan makmal kimia pada aras 1. Aku sering menganggap bahawa makmal-makmal di fizik itu seperti sebuah department. Sepanjang perjalanan ke makmal fizik itu ada digantungkan quotes yang menarik dari tokoh-tokoh ahli fizik. Perkara ini membuatkan saya tidak sabar untuk lanjutkan pelajaran dalam bidang fizik tulen. Di sana saya akan dipertemukan dengan ahli-ahli fizik yang cerdik pandai. Pasti saya dapat menemui orang yang bermatlamat yang sama dengan saya.
Aku dan classmate sedang membuat eksperimen berkaitan diffraction(pembelauan). |
Lab test & Lab report
Sejak saya belajar di matrikulasi. 2 sem saya mesti akan ada ujian lab yang perlu dilaksanakan. Untuk sem 1, ujian lab kami adalah berkaitan free fall motion & projectile motion. Untuk mengetahuan anda, laporan makmal eksperimen saya untuk gerakan peluru sebelum ini adalah gagal. Peratusan ralat saya terlalu tinggi. Salah saya mungkin lewat masuk lab 30 minit. Masa saya datang lab tu, senior (exp kerja berkumpulan) dah siapkan data tu. Fuh, saya jadi tukang tengok jelah. Pensyarah saya waktu tu pula tengok saya, macam pelajar baru bangun tidur!
Tapi bila saya mahu menyiapkan laporan makmal, saya sedar banyak ralat dalam data atau kurang tepat. Berdasarkan pemerhatian saya semasa diorang buat projectile motion. Diorang kadang keliru mana bola tu jatuh dekat carbon paper dan kesilapan mereka yang kedua adalah pengukuran mereka yang tidak jitu. Seperti mengukur tinggi meja, H dan jarak bola dilepaskan, h. Ralat paralaks inilah yang membuat graf menjadi lari daripada graf rujukan, lantas mempengaruhi hasil lab report. Sepatutnya eksperimen perlu diulang semula bila eksperimen anda tidak menepati kehendak hasil eksperimen. Masa ni juga saya terpaksa argue dengan ahli kumpulan saya sendiri. Dibawa masuknya sekali pensyarah. Disebabkan gerakan ini memerlukan graf, jadi graf saya memang berlainan sedikit dengan ahli lain. Kesimpulannya, saya tidak perlu ulang eksperimen dan memang terbukti bahawa eksperimen telah gagal. Bila anda ingin menulis laporan makmal, apa yang penting adalah kejujuran. Anda kena jujur yang eksperimen anda tak berjaya jika keputusan berlaku sebaliknya. Dari situ anda belajar daripada kesilapan. Senaraikan apa penyebab anda tidak dapat data yang diingini dan apa langkah berjaga-jaga yang perlu diambil. Bagi menghasilkan output yang berkualiti anda harus jujur dalam menjalankan proses. Richard Feynman pernah berkata "It doesn't matter how beautiful your theory is, it doesn't matter how smart you are. If it doesn't agree with experiment, it's wrong. In that simple statement is the key to science." (Cornell University Lecture, 1964)
Kembali kepada topik lab test. Untuk sem 2, lab test kami adalah berkaitan diffraction of light. Eksperimen ini memerlukan kerja berkumpulan. Sebab anda tidak dapat nak buat eksperimen ni sorang-sorang. Perlu ada yang tukang pegang. Nak buat sorang boleh ja, tapi ambil masa nak set up.
Mahu dijadikan cerita, kelas kami ada 15 pelajar. 2 orang untuk 1 kumpulan. Jadi, ada seorang yang tiada kumpulan. Jadi sir buat keputusan ambil pelajar dari kelas lain yang terlepas buat eksperimen untuk sertai sesi lab test kelas kami. Jadi sir ambil saya untuk berkumpulan dengan budak dari kelas lain tu. Sir kata dia jenis ganas sikit. Sir tau saya memang jenis langgar je buat eksperimen. Saya pun selamba kata "ok". Bagi saya, kalau budak tu pun tak function, saya sanggup buat eksperimen sorang-sorang. Tapi Alhamdulilah, dapat tahu saat-saat akhir saya datang makmal sir kata budak tu tak jadi mai. So end up saya buat dengan classmate saya. 3 orang 1 kumpulan. Laporan makmal pun kami dapat buat dengan peratus ralat yang rendah. Cuma saya sedikit kecewa kerana graf saya terlalu kecil/separuh kertas graf yang mana boleh buat saya hilang markah. Nasib sir saya baik, dia minta untuk membuat semakan dengan dia sebelum hantar hasil laporan makmal yang terakhir.
Tugasan Fizik
Sepanjang saya berada di matrikulasi, apa yang menjadikan mimpi ngeri pelajar adalah kehadiran assignment. Oklah mula-mula tu boleh lepak-lepak lagi. Bila nak dekat due date baru nak gelabah! Untuk sem 1, tugasan fizik saya berkaitan rotation of rigid body. Masa ini saya berada di rumah, kiranya kelas saya berjalan dalam talian. Jadi nak buat assignment pun kat rumah. Sejak saya tidak boleh nak hantar hard copy dekat pensyarah fizik saya. Saya cabar diri saya untuk buat assignment secara digital. Iaitu pengiraan semua menggunakan fungsi persamaan di microsoft word. Sebenarnya pelajar boleh sahaja nak buat assignment tulis tangan kemudian imbas. Tapi saya ini kan jenis nak cuba benda baru. Pernah saya cuba nak buat assignment dalam tulisan jawi, hahaha. Tapi masa saya padat, jadi saya buang keinginan saya itu.
Setiap kali anda ingin membuat tugasan, sentiasalah minta pensyarah anda tolong semak. Ya, pastikan anda jangan minta mereka semak minit-minit akhir kalau tidak mahu kena marah. Kalau boleh seminggu sebelum due date dah siap. Memang diorang tidak akan bagi jawapan, tapi sekurang-kurangnya para pensyarah akan bagitahu di mana kesilapan kita. Sepanjang assignment sem 1 dan sem 2 ini, sir saya selalu baik sangat beri pelajar pilih soalan yang diorang mahukan. Siapa cepat dia dapat. Tapi saya sukakan cabaran, saya sendiri suruh sir pilihkan set soalan yang perlu saya buat. Ya, untuk fizik ada set soalan untuk tugasan. Nak elak pelajar meniru agaknya. Alhamdulilah, saya dapat jawab assignment dengan jayanya. Oh ya, untuk sem 2 tugasan tentang Magnetism. Saya tidak buat digital untuk sem 2 ni. Sem 2 adalah sem paling tertekan dan padat masanya. Kalau batch sebelum ini adalah fast tract. Kami batch fast and furious. Berhidupkan dengan Covid-19.
Banyak lagi kisah menarik saya dengan fizik semasa menuntut di matrikulasi. Sampai sini sahaja dulu. Majulah fizik demi negara~
0 Komen:
Catat Ulasan