Selasa, Oktober 19, 2021

Nota Trilogy Gerakan Mekanik

———

Oleh hh (Selasa, Oktober 19, 2021)


Muat turun nota : [ Tekan sini ]

Pendahuluan :
Nota ini adalah percuma dan dibuat khas untuk pelajar matrikulasi juga STPM (orang luar nak baca pun boleh juga). Kandungan nota ini ditulis dalam Bahasa Melayu dan penerangan disampaikan agak santai sedikit. Kurang pengiraan dalam nota ini kerana penekanannya dalam menerangkan konsep fizik sahaja. Nota ini juga terdapat beberapa nota kaki bagi menambahkan pemahaman pembaca.

Nota ini bolehlah nak dijadikan sebagai rujukan tambahan, disebabkan ia tidak begitu formal dan tidaklah begitu terperinci penerangannya. Ada beberapa topik dalam nota ini terkeluar daripada silabus matrikulasi/STPM sekadar untuk pengetahuan tambahan. Jika hendak faham topik ini lebih jelas, aku mensyorkan membaca buku akademik yang berkaitan.

Jikalau terdapat sebarang kekhilafan fakta ataupun kenyataan boleh mesej di sini. Kalau ada persoalan yang hendak ditujukan boleh lawati blog aku di catatanpenakuhh.blogspot.com. Semoga pembaca dapat manfaat daripada nota yang tak seberapa ini.

– Hariz Harisun




Ahad, Oktober 03, 2021

Apa beza buruj dengan asterisme?

———

Oleh hh (Ahad, Oktober 03, 2021)

Rajah 3.4 – Tangkapan buruj skorpio dan asterisme teko betul-betul berada atas rumah

Constellation(Buruj)Buruj merupakan sekumpulan bintang yang membentuk sesebuah bentuk, imej atau corak di langit Bumi. Kebanyakkan bentuk buruj berasal dari mitologi kuno bangsa yunani dan rom. Terdapat 88 buruj piawai diakui oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (International Astronomical Union).

Asterism(Asterisme) – Sekumpulan kecil bintang yang membentuk corak yang boleh dikenali. Ia bukanlah buruj, tetapi boleh menjadi sebahagian darinya. Istilah ini tidak selalunya digunakan oleh para saintis tetapi sering digunakan oleh ahli astronomi amatur. Terdapat beberapa contoh asterisme yang terkenal seperti The Big Dipper dan The Little Dipper. The Big Dipper juga dikenali sebagai Plow (atau Plough di United Kingdom) dan bintang-bintangnya adalah sebahagian daripada buruj Ursa Major, Great Bear. Summer Triangle yang terdiri daripada tiga bintang yang sangat terang iaitu Vega, Altair dan Deneb juga merupakan contoh asterisme yang terkenal.

Sebagai contoh dalam Rajah 3.4, teapot(teko) merupakan asterisme bagi buruj Sagittarius(pemanah).

Rajah 3.5: Bentuk buruj pemanah

Sumber Rujukan:
[1] What Are Asterisms? – NASA Solar System Exploration. https://solarsystem.nasa.gov/news/1945/what-are-asterisms/ Dicapai 03/10/2021.

[2] Buruj - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Buruj Dicapai 03/10/2021.

[3] Asterisk – Kegunaan dan contohnya - ApaFungsi.com. https://apafungsi.com/asterisk/index.html Dicapai 03/10/2021.

[4] 10 Contoh Terorisme dan Radikalisme di Masyarakat. https://dosenppkn.com/contoh-terorisme-dan-radikalisme/ Dicapai 03/10/2021.

[5] Asterisms: Definition, facts and examples | Space. https://www.space.com/what-is-an-asterism Dicapai 03/10/2021.

[6] What Are Asterisms? – NASA Solar System Exploration. https://solarsystem.nasa.gov/news/1945/what-are-asterisms/ Dicapai 03/10/2021.

[7] Asterisms: Guide to Star Patterns in the Sky - Constellation Guide. https://www.constellation-guide.com/asterisms/ Dicapai 03/10/2021.

Langit di KMK

———

Langit sebagai mukadimah
Kalau anda mahu saya ceritakan pengalaman saya di bumi KMK, maka mukadimahnya adalah langit di sana. Sebagai seorang yang tinggal Selangor, jarang sekali untuk memperlihatkan keindahan langit seperti di bumi KMK. Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) ini terletaknya di Changlun, Kedah. Memang betul-betul sempadan Thailand. Paling menarik hati saya adalah KMK ni boleh tahan terpencil jugalah tempatnya. Penuh dengan hutan sahaja. Waktu paling menarik untuk anda saksikan langit adalah waktu terbit dan terbenamnya matahari. Kadangkala langit itu berwarna oren kekuningan, kadangkala ia berwarna biru. Dan bagi saya, warna yang paling cantik adalah ungu. Mungkin kedudukan altitud di sini membolehkan cahaya ungu terbias cantik.

Pengikut langganan