Langit sebagai mukadimah
Kalau anda mahu saya ceritakan pengalaman saya di bumi KMK, maka mukadimahnya adalah langit di sana. Sebagai seorang yang tinggal Selangor, jarang sekali untuk memperlihatkan keindahan langit seperti di bumi KMK. Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) ini terletaknya di Changlun, Kedah. Memang betul-betul sempadan Thailand. Paling menarik hati saya adalah KMK ni boleh tahan terpencil jugalah tempatnya. Penuh dengan hutan sahaja. Waktu paling menarik untuk anda saksikan langit adalah waktu terbit dan terbenamnya matahari. Kadangkala langit itu berwarna oren kekuningan, kadangkala ia berwarna biru. Dan bagi saya, warna yang paling cantik adalah ungu. Mungkin kedudukan altitud di sini membolehkan cahaya ungu terbias cantik.
Kalau saya pelajar 4 semester di sana, mungkin saya akan tubuhkan Kelab Astronomi KMK. Pernah juga saya usulkan ini pada bekas MPP juga seorang presiden kelab lain (untuk nak tahu prosedur membangunkan kelab). Sekurangnya saya perlu ada pensyarah untuk menjadi penasihat. Sepanjang pemerhatian saya, tidak pernah pula saya nampak pensyarah yang bergiat dalam bidang astronomi (mungkin peribadinya ada?). Lainlah ceritanya di KMPP, dahulu diorang ada Kelab Astronomi tapi tidak pasti sekarang masih ada atau tidak. Bagi saya, KMK ni boleh dibangunkan pusat cerap disebabkan kawasannya yang kurang pencemaran cahaya. Pengalaman kawan saya sendiri, diorang boleh saksikan juraian meteor geminids dengan jelas (waktu ni diorang tak balik, saya balik).
0 Komen:
Catat Ulasan