Rajah 1.2 – Tarikh cerapan adalah 20 September 2021 |
Keadaan langit paling jelas dan kurang berawan membolehkan kenampakan bintang 45 Capricornus berhampiran planet Musytari. Pada pukul 8:39 PM, bulan ganymede sangat hampir dengan planet Musytari. Manakala Io berkedudukan bertentangan dengan 3 bulan yang lain (Ganymede, Europa & Callisto).
Rajah 1.3 – Tarikh cerapan adalah 21 September 2021 |
Langit sangat jelas dan sedikit berawan. Terdapat sedikit penyuntingan pada planet Musytari supaya nampak lebih cantik. Pada waktu ini, 4 bulan utamanya planet Musytari berada dalam kedudukan sebaris.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa bulannya planet Musytari, Io merupakan bulan yang terdekat yang boleh dilihat menghampiri planet Musytari. Diikuti dengan bulan Europa, Garymede dan Callisto. Kepentingan mengetahui jejari orbit bulan-bulan tersebut adalah membolehkan kita mengukur tempoh orbit dan halaju sudut bagi bulan-bulan tersebut dengan menggunakan Hukum Kepler Ketiga. Tetapi itulah, tangkapannya baru sahaja 3 hari (termasuk sebelum ini). Keadaan cuaca yang tidak menentu menghalang saya untuk memerhati kedudukan bulan planet Musytari dengan jelas.
0 Komen:
Catat Ulasan