Selasa, September 21, 2021

Kenampakkan 22º Halo Bulan + Planet Musytari

———

Oleh hh (Selasa, September 21, 2021)

 

Aku kerap kali membuat pencerapan pada bulan September ini dan pada 20/9/2021, 11:34PM halo bulan berjaya ditangkap melalui kamera Canon PowerShot SX40 HS. Pada awalnya memang kurang jelas kelihatan lingkaran halo-nya namun setelah beberapa minit baru nampak sedikit lingkarannya walaupun langit agak berkabus.

Tetapan yang digunakan: 15 sec. f/8 4.3 mm. ISO100

Masa aku kongsi gambar ini di status whatsapp ada yang terkejut sebab tak sangka halo pun boleh terbentuk di sekitar bulan sebab sebelum ini pun kecoh bahawa ada halo matahari (boleh dilihat di beberapa negeri). Halo 22° ini terhasil sekitar matahari ataupun bulan kerana pembiasan cahaya pada kristal ais heksagon kecil di udara. Dengan sudut puncak prisma 60° yang dibentuk dengan memanjangkan sisi kristal dan indeks pembiasan ais (n=1.31) seseorang dapat mengira sudut sisihan minium menjadi 21.84°.

Apabila cahaya putih menembusi kristal ais, ia akan membiaskan warna pelangi dan sebab hal itu kita akan nampak seberapa warna pelangi di lingkaran halo. Ya, gambar yang ditangkap itu agak kurang jelas warna pelanginya mungkin disebabkan kamera ataupun kabus yang berlaku pada waktu itu. Namun jika dilihat dengan mata kasar kita sendiri, kita boleh melihat warna pelangi tersebut. Tetapi disebabkan setiap warna pelangi itu ada frekuensi yang berbeza, maka ia akan terbias dengan sudut yang sedikit berbeza. Dalam hal ini, kristal membengkokkan cahaya merah pada sudut yang lebih kecil berbanding cahaya biru. Akibatnya, bahagian dalam halo sedikit lebih merah daripada yang lain. Jadi korang bolehlah cuba tengok, jika terserempak dengan halo bulan nanti!

Gambaran bagaimana fenomena halo berlaku

- hh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut langganan