Ahad, April 03, 2022

Redha Ibu bapa dalam menuntut ilmu

———

Oleh hh (Ahad, April 03, 2022)


Saya selalu berbual dengan para pensyarah berkenaan latar belakang pendidikan mereka sehinggalah kini mereka bergelar pensyarah. Antara sebabnya, saya nak visualisasi laluan arah bidang yang boleh saya lalu. Selalu saya akan ambil waktu senggang, supaya tak menganggu waktu mereka. Lagipun borak secara santai sahaja.

Antara perbualan saya itu, kebanyakan pensyarah akan mengaitkan pendidikan mereka dengan faktor ibu bapa. Hal ini bermakna ibu bapa mereka adalah sebab utama mereka berada di tempat mereka berada sekarang. Maka, kejayaan mereka ini bukanlah terletak pada diri mereka sahaja, tetapi banyaknya terletak pada ibu bapa mereka juga. Setelah pun saya membuat kesimpulan ini, saya nampak kepentingan redha ibu bapa adalah sangat penting untuk kita. Cuba kalau mereka tidak mengikut kehendak atau pesanan ibu bapa mereka? Belum tentu ibu bapa mereka redha dengan perkara mereka kerjakan. Sebelum kita mengejar cita-cita dan matlamat, utamakan kehendak ibu bapa dahulu. Redhanya mereka bermakna Allah juga redha dengan kita. Walau teruk macam mana sekalipun cabaran dan dugaan yang kita alami, kalau ibu bapa redha dengan kita. Semuanya akan dipermudahkan dan pasti rezeki akan sampai pada waktunya.

Sungguhnya saya dahulu meletakkan diri sendiri sebelum mereka (ibu abah), saya hanya mengharapkan doa mereka untuk kejayaan yang saya nak kecapi. Alangkah baiknya jika saya utamakan mereka antara segala-galanya di dunia ini, bukan sekadar bacaan doa mereka untuk saya berjaya. Andai ibu abah ingin merancangkanku atau meracanakanku, pasti saya terima dengan terbuka. Walau di mata saya sekalipun ia kelihatan merugikan, pasti sebaliknya ada yang lebih mahal dari apa yang saya fikirkan. Apa yang penting adalah saya sentiasa dalam redha mereka.

Tanpa mereka kita tidak akan ada di dunia ini, maka apapun tindakan yang kita buat di dunia ini perlulah ada redha mereka. Kekusutannya mereka adalah dengan kita. Jika kita hidup tanpa redha mereka, mungkin kita tidak pernah temui apa yang hendak kita kecapi. Aku pernah temubual seorang guru sains komputer, dia sebenarnya tidak mahu pun jadi seorang guru tetapi ibunya nak anaknya jadi guru. Pasti sebagai seorang anak tidak akan senang, dan sedikit berontak untuk keputusan itu. Namun semua itu mula kelihatan jelas apabila ia sudah besar. Hidupnya kini senang (baca: cukup makan), rezeki pun cukup untuk menampung keluarganya sendiri. Semuanya atas mencapai keredhaan ibunya. Mungkin redha ibu bapalah faktor kejayaan paling penting dalam hidup kita. Bukannya mendapat keputusan yang baik ataupun bijaknya kita dalam suatu subjek itu. Sekalipun itu semua tidak bermakna tanpa redha mereka. Apa Tuhan juga akan meredhai kita jika demikian?

Moga fi sabilillah kita dalam menuntut ilmu sentiasa dalam redha ibu bapa kita dan Allah SWT sebagai Tuhan yang merancang hidup kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut langganan