Rabu, Julai 01, 2020

Merantau aku ke Semerah


Semerah adalah sebuah bandar di Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia. Bandar ini pada dasarnya adalah jalan utama dengan rumah kedai lama dan jalan ke pasar basah. Saya sebenarnya balik kampung selama 2 hari. Sebab apa? Musim durian lah der! Kampung saya pula terdapat dalam kawasan semerah ini. Bukanlah pertama kali saya merantau ke sini, cumanya baiknya kalau sekarang saya share pengalaman yang saya dapat. Sejak saya sendiri dapat telefon yang boleh tahan cameranya dan sebuah blog yang saya nak aktif kembali. Dapatlah saya gambarkan suasana di sini. Tak jauh beza pun dengan dahulu, the vibes still same. Tapi adalah yang berubah sedikit.


Berdasarkan gambar di atas ini, korang nampak kan kawasan macam bertanah tu? Itulah sawah yang terdapat di semerah. Arwah atuk kami juga salah seorang pengusaha sawah itu dahulu, tapi sekarang rasanya sudah tidak diuruskan kerana tanahnya tidak lagi bersesuaian untuk bertani padi. Tapi untung juga, ada orang yang siap buat homestay lagi tengah sawah tu. Nice view lagi.



Beberapa gambar sawah padi yang dapat saya tangkap. Siap ada pondok tu tempat untuk lepak. Ada juga sebenarnya warung kat sini. Dahulu ayah saya bawa saya ke sawah padi main layang-layang. Peristiwa manis yang tak dapat dilupakan. Paling lawak layang2 mak saya pula terlepas talinya.. 


Pasaraya yang paling dekat dengan kampung saya. Pasaraya Chuan Aik Chash & Carry Sdn. Bhd. Jarang kan dengar? Sejak saya kecil lagi pasar ni dah ada. Macam-macam juga ada dalam pasaraya ini, tapi satu tingkat sahaja ada. Bangunan je besar. Boleh tahan kemaskini juga barangannya. Haritu saya jumpa nescafe baru.. Nescafe alta rica & cap colombia. Saya tak pasti baru ke tak. Tapi saya tak pernah dengar lagi. Cantik sangat design dia. Harganya saya check, seingat saya dalam RM20+ juga. Saya pulak tak bawa beg duit, lejen je kad pengenalan tinggal kat rumah haha. Lagipun kalau saya bawa memang tiada duit cash, semua duit saya dalam akaun bank. Jadi saya snap awal-awal nescafenya. Mana tau jumpa kat pasaraya lagi nanti.


Sejak saya tulis benda ni pada bulan julai, so saya cakap benda ni sebagai bulan lepas. Saya tak pasti kenapa saya sangat ketagih sangat dengan kopi. Saya mula minum air nescafe tin, kemudian saya jadi ketagih untuk minum air kopi O. Saya dulu, minum kopi pun dalam sebulan sekali, kemudian seminggu sekali. Sekarang, dalam seminggu 3/4 kali. Paling teruk pun sehari sekali. Tapi saya nampak macam kebaikkan kopi ini lagi banyak berbanding keburukkan dia. Itu pun keburukkan bila kita minum kopi dengan kuantiti yang berlebihan. Yelah, kopi ada kandungan utama dia kafien yang menjadikan dia pahit. Saya kalau bab-bab macam ini, memang suka untuk saya buat reseach. Ok, kembali kita merantau!


Salah satu kebun di kampung saya. Kat kebun dalam gambar ni ada pokok nangka, durian, kelapa, manggis.. Bila kami datang je yang berbuah adalah durian dan cempedak. Musim durian kan? Hurm haha.

Kami bab ilmu cari cempedak yang masak ni kurang,
jadi kami petik je mana yang dah ada bau tu. Nak google malas pulak time tu.

Beberapa durian yang kami dapat pada waktu pagi

Sememangnya kami jarang ambil tahu pasal nama durian ini. Tapi kami selalu gunakan nama pokok untuk labelkan durian mana asalnya. Nama pokok durian yang saya ingat adalah pokok angah, pokok along, pokok adik, pokok uteh, pokok cikgu, dan etc. Banyak lagi lah. Sebagai contoh, kalau duriannya pahit-pahit. Itu dari pokok along lah tu. Haha. Kalau duriannya kulit tebal, itu dari pokok angah (katanya). Tapi melalui rasa itu kami tahulah sedikit durian apa tu.. durian susu ke.. durian jantung.. Kat dusun saya tunjuk atas tu memang ada satu pokok durian jantung. 

Durian jantung.
Malangnya banyak yang tak runtuh lagi. Haha.
Tapi ada je yang dah. 


2 pokok kelapa kat dusun ni tumbang. Ribut agaknya. Masih baru lagi.. The jokes that I made. "Tic Tac Toe in real life". Haha. Confirm kuat bunyinya bila tumbang. Bersilang pulak tu. Tapi itu tak menghalang kami untuk mengutip durian! Sebab kebanyakkan pokok durian ada kat hujung dusun ini. Depan-depan je banyak pokok kelapa. Kadang makcik kami kutip buah kelapanya, jual. Dahulunya dusun ni tak macam dalam gambar, dulu lagi semak samunnya masih lagi tebal. Nyamuk jangan cakap, memang ramai-ramai akan jadi pengikut den. Tapi sekarang kurang lah kot. Bagi saya baguslah ada perubahan. Bila dipotong semaknya, nampak luas pula dusun ni.


Ini pula dusun kedua kami, sebelah kampung. Ada juga beberapa pokok durian. Lebih banyak berbanding dusun saya nyatakan atas tadi.


Banyak lagi durian yang belum gugur. Bulan julai ni habislah kot. Kita datang lagi raya haji nanti! hehe.


Makan durian lu! Ya, saya adalah salah seorang hantu durian. Melahap juga makannya. Saya tak suka sangat durian yang pahit-pahit. Saya boleh je makan tapi taklah yang pahit sangat. Saya lebih kepada yang manis-manis sikit. Memang selera saya. Benda yang saya perasan adalah, saya macam ada elergik dengan durian. Sebab setiap kali saya makan durian, mesti saya akan selsema. Kalau bukan selsema pun bibir saya akan bengkak atau gatal. Damn, sampai sekarang saya makan. Padahal saya dah perasan lama dah benda ni, just tak ambil peduli sangat. Come on, raja buah kot. Sedap huhu. Kita patut bangga dapat makan durian. Tak semua orang dapat makan durian, apatah lagi bau durian. Walaupun saya lahirnya kat sarawak, masih ada lagi mengalir genetik untuk makan durian haha.


Durian ini memang ada yang busuk, tapi tak bermakna ia merugikan. Selalunya durian yang busuk ini kami buat tempoyak. I mean bukanlah busuk kena makan ulat dah or dah jadi hitam gelam. Jenis yang busuk lah, rasanya pun masam. Kebanyakkan keluarga kami memang makan tempoyak, cuma saya je kurang makan.


Walaupun di kampung hanya 2 hari, sempat lagi saudara kami ajak main boardgame. Namanya "Catan". Saya pun tak pernah dengar lagi game ni. Tapi agak menariklah. Mula-mula je susah nak faham. And guess what? Saya paling terkebelakang dalam game ni haha. Bukan sebab saya tak pandai strategi eh, saya just dapat badluck dalam tanah yang saya jejak tu. Rasa macam nak repeat je main! Semoga raya haji nanti dapatlah main balik. PAYBACK MY LOSSES!


Sebelah kampung kami ni, ada penternak kambing. Bukan baru lagi, dah lama dah. Teringat dulu, pernah kena kejar dengan kambing haha. Sebab dulu takde lagi kandang ni. apatah lagi jaringnya. Memang terbebas juga kekadang. Memang takziah kalau kena sondol dengan kambing ni. Walaupun ada longkang yang jadi penghalang, diorang apa kisah. Masih lagi dapat lompat ke seberang. Tapi alhamdulilah, sekarang dah berubah. Kandang pun sudah ada. (Tak pasti sebenarnya dulu ada ke tak. Yang saya pasti dulu kambing banyak bebas! Haha)

Seperti biasa, hidangan kopi O :)

Oklah sampai sini je saya akan berkongsi. Banyak je lagi saya nak kongsi sebenarnya. Duduk dua hari pun banyak pengalaman saya dapat. Mungkin lepas ini saya buat part merantau ke sini lagi. Semoga semuanya sihat sentiasa, Insya-Allah. Assalamualaikum.

- hh - (3:31AM;1/7/2020)
Share:

Selasa, Jun 30, 2020

A song of arrow

when I say this;
I always cry a bit;
in your life you use more words than you use fire, water, or money;
so gather your words and used them well;
people compare words;
not to swords but to arrows;
or like arrows; words once used don't return;
in a thick wood, on pointed arrow;
there is hard pierce by words that spread poison or fire;
my lip tremulous;
I use more word than I use fire, water, or money;
for words the most precious thing I own,
when I say this;

- MHH - (17/4/2011)

Arkib Arwah Puksu
Share:

Sabtu, Jun 13, 2020

Perbezaan antara Kuantiti Asas & Kuantiti Terbitan / Kuantiti Skalar & Kuantiti Vektor

Sebelum kita lihat perbezaannya, kita perlu tahu dahulu apa itu "Kuantiti fizik".

Apa itu kuantiti fizik? Ia adalah kuantiti yang boleh diukur. 

Apa kuantiti yang boleh diukur? 
- Umur,
- Ketinggian, 
- Jisim.. 

Kuantiti fizik ini diwakili oleh simbol kuantiti, nilai berangka(magnitud) dan unit pengukurannya.

Umur, T = 18 Tahun. (T adalah simbol, 18 adalah magnitud dan tahun adalah unit).

Dalam pengukuran, terdapat dua jenis kuantiti fizik iaitu kuantiti asas dan kuantiti terbitan. Bagi aku, banyak juga student keliru antara dua benda ini. Kekadang soalan objektifnya mudah sahaja, ada juga yang salah. Jadi apa beza dua ini?

Mudah sahaja. Kuantiti Asas ini ialah kuantiti yg TIDAK boleh ditakrifkan dalam sebutan kuantiti-uantiti fizik yang lain (Ia bersifat tunggal). Manakala Kuantiti Terbitan ini adalah gabungan daripada kuantiti Asas (Melalui pendaraban, pembahagian atau kedua-duanya).

 Kuantiti Asas Kuantiti Terbitan
- Panjang (meter,m)
- Jisim (kilogram, kg)
- Masa (saat,s)
- Suhu Termodinamik (kelvin,K)
- Arus Elektrik (Ampere, A)
- Keamatan berlumin (cendela,cd)
- Kuantiti Bahan (mol, mol)
- etc.
- Isipadu (m^3)
- Ketumpatan (kg/m^3)
- Halaju (m/s)
- Cas (A/s)
- Pecutan (ms-1/s)
- Frekuensi (1/s)
- Muatan haba tentu (Jkg-1K-1)
- Impuls (mv-mu)
- Berat (kgms-2)
- etc.

Bagaimana pula dengan kuantiti skalar & kuantiti vektor? Kuantiti skalar ini adalah kuantiti yang mempunyai magnitud (tiada arah). Manakala, kuantiti vektor ini yang ada magnitud dan arah.

 Kuantiti Skalar Kuantiti Vektor
 Contoh soalan kuantiti skalar 
adalah "Berapakah umur kamu?"
Umur saya adalah 18 tahun. 
(Ada tak saya cakap arah? Tiada.)

Contoh lain adalah, masa, jarak, luas, 
panjang, isipadu, tenaga, suhu, laju, etc.
 Contoh bagi kuantiti vektor adalah
sesaran, halaju, pecutan, daya, momentum. 



Biasanya student tak nampak pun mana arahnya. Sebenarnya negatif dan positif menentukan arahnya. Itu yang kadang ada student dapat negatif halaju/pecutan. Andai objek bergerak pada arah bertentangan, nilainya akan menjadi negatif.

Namun sebaliknya, boleh sahaja nyatakan "\(0.5~ms^-1\) dari A ke B".

Share:

Hukum Sifar Termodinamik (Zeroth law of thermodynamics)



Terdapat satu hukum yang dikenal sebagai Hukum Sifar Termodinamik. Jika A berada dalam keseimbangan terma dengan B, C juga berada dalam keseimbangan terma dengan B, maka, A dan C akan berada dalam keseimbangan terma dengan satu sama lain.

Oleh kerana hukum ini adalah mengenai konsep yang lebih asas daripada Hukum  Pertama dan Hukum Kedua Termodinamik, hukum ini dikenal sebagai Hukum Sifar.
Share:

Isnin, Mei 18, 2020

Pemprosesan : Pemproses Linear & Pemproses Semasa

Permprosesan Linear :

- Juga dikenali sebagai pemprosesan bersiri.
- Pemproses (CPU) memproses data dan arahan secara berjujukan.
- Mengikut Kitaran Mesin : Capai(IF) - Nyahkod(ID) - Laksana(EX).
- Hanya sesuai untuk melaksanakan arah yang ringkas.

Perlaksanaan arahan secara linear

 Pemprosesan Semasa :

- Juga dikenali sebagai pemprosesan tidak linear atau pemprosesan selari.
- Boleh dikonfigurasikan bagi melaksanakan pelbagai tugas dalam satu masa (multitasking).
- Mampu melaksanakan beberapa arahan secara serentak dengan menggunakan teknik talian paip (pipelining).
- Teknik ini digunakan untuk mempertingkatkan prestasi pemproses semasa.
- Teknik ini membenarkan pemprosesan arahan-arahan secara bertindih (overlapping).

Pelaksanaan Arahan Menggunakan
Teknik Talian Paip (Pipelining).
Kalau kita lihat, jumlah masa yang diperlukan untuk menyelesaikan tiga arahan hanyalah lima milisaat. Berbanding pula dengan pemprosesan linear yang memerlukan sembilan milisaat untuk menyelesaikan tiga arahan.

Teknik ini masih digunakan dalam pemproses masa kini seperti dalam pemproses Intel Core dan digunakan dalam mikrokomputer atau superkomputer.

Perbezaan Pemprosesan linear & Pemprosesan semasa :

Pemprosesan Linear Pemprosesan semasa

- Kurang efektif dalam pemprosesan data dan arahan yang panjang dan kompleks.
- Hanya boleh melakukan satu tugas pada satu masa.

- Efektif dalam pemprosesan data dan arahan yang panjang dan kompleks.
- Arahan-arahan dibahagikan kepada beberapa bahagian dan dilaksanakan secara berasingan.
- Melaksanakan pelbagai tugas dalam 1 masa.
- Proses lebih cepat.
Share:

Khamis, Mei 14, 2020

Kenapa aku berhenti gaming?


Aku dahulu seorang yang amat ketagihan dalam permainan video sehingga aku mengabaikan pendidikan aku di sekolah. Boleh dikatakan aku menjadi tertinggal dengan sahabat-sahabat aku yang lain. Sibuk mereka mengejar ilmu untuk menjadi lebih baik, aku pula sibuk menghabiskan waktu emasku dengan permainan video. Sehingga ayahku mencadangkan supaya aku masuk sahaja dalam gaming courses sebab aku waktu itu langsung tiada minat untuk belajar malah lebih mendalami permainan video. Namun, takdir aku bukanlah terletak pada permainan video. Selama ini aku bermain hanya untuk bergembira dan lagha. Kerja rumah yang diberi cikgu pun aku tidak menyiapkannya, kalau terpaksa pun aku akan membuatnya pada waktu tengah malam, lalu aku sendiri yang tidur lewat.

Aku tidak mahu bersangka buruk akan permainan video kerana ia juga adalah suatu hobi yang sangat diminati ramai golongan sekarang, tidak kira muda atau tua. Malah ada kanak-kanak yang sudah mahir dalam bermain permainan video. Dalam Islam, tak pernah melarang kita untuk berhibur. Tetapi yang menjadi masalah apabila hiburan itu membuatkan kita jauh daripada Allah malah mengabaikan tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Sama juga seperti mendengar lagu, jangan kita leka Dengar lagu tersebut sehingga seruan azan pun kita buat tak dengar. Berpada-padalah.. Zaman sekarang sudah ada e-sport iaitu ‘permainan kompetitif pada tahap profesional’ yang hanya melibatkan permainan video, ataupun sebarang permainan video dengan konsep kalah dan menang boleh dikategorikan sebagai esport, Semakin besar jumlah pemainnya, semakin sengit pula persaingan.

Aku dahulu memang nak kearah e-sport tetapi Allah takdirkan aku bukan itu kelebihan yang aku ada. Dahulu aku pernah bermain CS:GO iaitu "Counter Strick : Global Offensive", jumlah masa yang aku main game itu adalah 1.1k jam. Ya 1100jam. Lebih kurang 46 hari aku bermain tanpa henti. Itu baru game CS:GO. Belum tambah lagi game2 lain aku main. Aku dahulu main permainan video dekat Steam. Dalam tu ada banyak game, lebih kepada games store lah. Aku bukanlah seorang mobile gamer. Sebab aku baru dapat fon  sendiri ketika umur aku tingkatan 5. Itu pun sebab galakan cikgu aku untuk buat group kelas menggunakan whatsapp. Sebelum ni aku hanya menggunakan komputer sahaja. Bermulanya aku dalam bidang permainan video ini ketika aku berumur 11 tahun. Waktu itu, aku bermain permainan video yang ringan-ringan sahaja. Sehinggalah aku tingkatan 3, aku telah bermain game yang berat-berat. Sebagai contoh game paladins,csgo,gta,rocket league, l4d, unturned,COD dan mcm-mcm lagi. Menyebabkan markah peperiksaan aku menjadi rendah.

Kemudian, aku sedar bahawa permainan video ini hanyalah menjadi tempat aku membuang masa. Aku belum cukup bijak untuk menguruskan masa aku. Aku banyak mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan pelajar. Malah permainan video tersebut tidak membawa kebaikkan kepada aku untuk masa yang akan datang kerana aku bermain hanyalah kerana ingin membuang masa. Kadang-kadang menjadikan emosi aku tidak stabil, aku menjadi seorang yang agresif. Suka marah-marah. Kau tahu tentang "Toxic Player"? kau googlelah.. Aku sering juga terserempak dengan golongan tu. Senang cerita, selama aku bermain permainan video ini lebih banyak benda negatif aku dapat berbanding positif. Banyak benda bukan-bukan juga aku belajar. Benda baiknya adalah aku jumpa ramai kawan. Maklumlah ketika itu aku masih meningkat remaja, pastinya perangai entah apa-apa. Berlainan pula mereka yang betul-betul bijak dalam mengurus masa dan diri. Mereka menjadikan permainan video itu sebagai tempat lepaskan tekanan stress juga menjadi tempat mereka menimba ilmu dan pengalaman yang ada. Tambahan lagi, mereka tidaklah begitu ketagih sehingga mengabaikan solat. Sungguh beruntungnya mereka!

Kembali kepada persoalan yang terpapang besar dekat tajuk ini. Selepas sahaja aku tingkatan 3, aku mula sedar akan ketagihan aku dalam permainan video. Malah pendidikan aku mula jauh ketinggalan. Bapa aku kemudian memindahkan aku ke sekolah yang baru. Dari sinilah di mana aku mengubah diri aku. Aku dapat masuk kelas aliran sains. Tetapi kelas ini tiada subjek biologi, ditukar kepada sains komputer. Memang minat aku sudah ada terhadap komputer. Dalam kelas itu aku dikelilingi dengan orang-orang yang bijak pandai. Ada yang dapat 8A ketika PT3, malah ramai diantaranya. Menyebabkan aku berasa rendah diri. Kemudian, aku berazam untuk bangkit. Aku lakukan perubahan yang drastik. Aku tidak lagi menyentuh komputer yang aku gunakan sebelum ini. Ya, sekarang komputer itu penuh dengan habuk. Ayah aku pernah cadang untuk memasukkan komputer itu ke dalam bilik aku. Sungguh aku menolaknya. Apa sahaja kejahilan yang boleh aku buat jika komputer ada dalam bilikku. Maka, aku memberitahu bahawa komputer itu milik keluarga bukan milik aku seorang. Jadi baiknya jika komputer itu letaknya pada ruang tamu atau apa sahaja tempat yang semua orang dapat gunakannya dengan mudah.

Seterusnnya, perubahan drastik kedua. Aku mula membuang segala benda yang aku buat sebelum ini. Aku buang permainan video, files dan apa sahaja yang dapat mengimbau kenangan jahil aku itu dalam komputer. Kalau boleh nak sahaja aku format komputer itu, tapi masih ada sebahagian benda yang aku sayang dalam komputer itu.

Aku tahu dalam perubahan pasti ada cabaran, sungguhnya aku masih ada sisa baki untuk bergiat dalam permainan video tetapi sangat sedikit. Aku pernah bermain dalam tempoh yang singkat juga. Namun, segala nikmat aku bermain permainan video sudah hilang. Seperti tiada lagi keseronokkan yang aku dapat. Tetapi aku berlapang dada dan berterima kasih kepada Allah. Sudah sekian lama, ketagihan aku mula hilang. Memang agak susah untuk berubah, lagi-lagi bila kau ketagih. Ada sahaja kesempatan untuk bermain permainan video walaupun sedikit. Namun tidak salah bagiku. Cukuplah aku sudah ada kesedaran untuk mengurus masa yang bermanfaat.

Aku dahulu seorang yang sukar sangat membaca buku. Ibu ayah aku banyak juga beli buku untuk aku, tapi aku langsung tidak membaca. Kalau ada pun hanya belek-belek muka surat melihat gambar dan info menarik. Tambahan lagi minat aku hanya pada kisah-kisah nabi terdahulu dan komik-komik yang mengarut. Inilah perubahan drastik aku yang ketiga sebenarnya. Aku mula untuk tanam minat dalam membaca buku ilmiah. Aku menyertai "Reading Challenge". Tapi sayang aku lupa nk rekod semua buku yang aku baca.

Bagi aku bermain permainan video itu tidak salah yang salah itu diri kita sendiri. Kalau kita bijak mengurus masa malah menjadikkan permainan video itu sebagai suatu perkara bermanfaat jadi baguslah. Tambah lagi apabila ia dapat mengingatkan kita tentang ilmu pengetahuan dan agama.

Oh ini yang terakhir, aku ada tips untuk ibu bapa diluar sana bagaimana nak uruskan anak-anak dengan permainan video ini. Sememangnya permainan video ini boleh buat seseorang itu ketagih. Namun aku cadangkan supaya ibu ayah yang ada hanya membenarkan anak mereka bermain permainan video bila capai umur dimana dia dapat berfikir secara matang dan bijak dalam pengurusan masa. Kalau setakat budak-budak itu, ibu bapa bolehlah bagi anak bermain permainan video yang menguji minda. Jangan pula bagi permainan yang berat-berat. Banyak game sekarang sudah tetapkan umur minimum yang diperlukan untuk bermain game tersebut. Jadi apa kesannya kalau anak-anak mula bermain permainan video yang berat-berat ini? Contohnya ML,CSGO,PUBG. Sungguhnya dalam itu ada bahayanya. ia memberi kesan kepada emosi seseorang. Andai kata seseorang itu kalah, maka ia tidak dapat mengawal emosinya. Dia pun akan bertindak agresif mula menghentak-hentak benda. Kemudian mula mengeluarkan air mata tagisan apabila kalah. Tambahan lagi, bila anak-anak tersebut menjadi mangsa siber buli. Pemain dari luar menghina-hina anak anda. Menyebabkan anak anda kemurungan atau paling teruk anak-anak anda mungkin akan mencontohi sifat pemain tersebut. Bagi aku tiada masalah bila seorang anak itu mula tahu bezanya baik dan buruk. Juga, buat mereka yang dapat mengawal emosi juga perasaan. Aku ada sahaja saudara yang bermain permainan video, tetapi dapat juga skor dalam pendidikan. Malah dia bijak dalam menguruskan masa.

Itu sahajalah yang ingin aku kongsikan. Sebagai ex-gaming. Aku boleh sahaja nak main game semula, cumanya buat masa sekarang aku lebih minat mencari hiburan lain. Sudah puas bagi aku sebelum ini. Banyak pengalaman aku dapat. Banyak juga derita aku terima. Sekian terima kasih.

- Sang Meruton -
Share:

Ahad, Mei 10, 2020

Sejarah Model Sistem Suria : Geosentrik & Heliosentrik


Perkembangan Sejarah Model Sistem Suria (Berikut adalah penerangan mudah hendaknya berkenaan sejarah model sistem suria) :

Teori Model Geosentrik (Geocentric Model)
 
Dalam astronomi, model geosentrik atau dikenali sebagai geosentrism adalah istilah astronomi yang menggambarkan alam semesta dengan bumi sebagai pusatnya. Model geosentrik adalah gambaran utama alam dalam banyak peradaban kuno, seperti Aristotle di Yunani klasik dan Ptolemy di Mesir Rom.

Model awal sistem suria(Model Geosentrik) adalah berdasarkan falsafah dan agama. Ahli falsafah menghabiskan masa mereka untuk membincangkan dan membahaskan bagaimana alam semesta kelihatan. Kita mesti ingat: Ahli falsafah tidak mempunyai teknologi yang kita miliki sekarang. Asal dan penempatan Bumi sangat berakar pada agama. Model geosentrik ini diterima sehingga abad ke-16.

Claudius Ptolemy dilahirkan pada tahun 100M di Alexandria, Mesir dan meninggal pada tahun 170M di tempat kelahirannya. Ptolemy ini membuat kira-kira dalam konsep geometri untuk mengenal pasti kedudukan matahari, bulan dan planet-planet lain. Ptolemy adalah yang bertanggungjawab dalam membina model geosentriknya ("Sistem Ptolemaic") berdasarkan ajaran Aristotle iaitu bumi sebagai pusat sistem suria dan planet-planet beredar mengelilingi bumi. Beliau diadaptasi dan memperbaiki model geosentrik Hipparchus untuk menjelaskan perbezaan yang didapati oleh pemerhatian yang lebih baik.


Ciri-ciri model Geosentrik
  • "Geo" membawa maksud Bumi.
  • "Sentrik(Centric)" bermaksud pusat.
  • Bumi berada pada pusat sistem suria.
  • Susunan planet & bintang dari Bumi ke luar adalah: Bulan, Utarid, Zuhrah, Matahari, Marikh, Musytari, Zuhal, dan bintang-bintang.
  • Bumi dalam keadaan pegun dan semua objek seperti bulan, Matahari dan planet lain mengelilingi bumi dalam orbit yang membulat.
  • Berdasarkan pseudosains
Nota kaki :
Pseudosains terdiri daripada pernyataan, kepercayaan, atau amalan yang didakwa sebagai saintifik dan fakta tetapi tidak sesuai dengan kaedah saintifik.


Teori Model Heliosentrik (Heliocentric Model)

Dalam astronomi, heliosentrisme ataupun heliosentrik adalah model astronomi yang mana bumi dan planet lain mengelilingi matahari yang berada pada pusat sistem suria. Dalam sejarah, heliosentrisme bertentangan dengan geosentrisme yang menempatkan Bumi di pusat sistem suria. Ketika abad ke-16 Nicolaus Copernicus membangunkan model baru sistem suria(Heliosentrik) dalam sebuah buku, De Revolutionibus.

Nicolaus Copernicus mempunyai hubungan seumur hidup dengan gereja. Gereja tidak langsung melihat modelnya sebagai radikal. Modelnya hanyalah hipotesis. Ia lebih mudah secara matematik dan lebih mudah digunakan. Bukunya "De Revolutionibus" tidak dilarang oleh gereja sehingga 73 tahun selepas penerbitan. Ia dilarang pada tahun 1616M setelah berita Galileo semakin hampir.

Copernicus mencadangkan model heliosentrik (berpusat pada matahari) untuk alam semesta.


Ciri-ciri model Heliosentrik(Lama)
  • "Helio" membawa maksud Matahari.
  • "Sentrik(Centric)" bermaksud pusat.
  • Susunan planet-planet dari Matahari ke luar adalah: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal dan bintang-bintang.
  • Bumi berputar pada paksinya dan beredar mengelilingi matahari dalam orbit yang membulat.
  • Terbukti menggunakan data matematik oleh Copernicus.
Pada abad berikutnya, model tersebut diperluaskan oleh Johannes Kepler. Johannes Kepler lahir pada tahun 1571M di Jerman dan meninggal dunia pada tahun 1630M. Kepler adalah orang pertama yang mengaitkan fizik dengan astronomi. Semasa zaman Kepler, mencampurkan astronomi dengan fizik merupakan sesuatu yang radikal dan dianggap bidaah. Usaha Kepler dalam menyatukan fizik dan astronomi dikritik ramai orang antaranya Johannes Praetorius dan gurunya sendiri, Michael Maestlin.Tiada prinsip dan hukum fizik yang pernah dibangunkan, semuanya dilihat berdasarkan dari sudut matematik sahaja.

Kepler mengubah suai model Heliosentrik dengan Matahari pada titik fokus sepunya pada orbit elips planet mengikut Hukum Kepler. Semasa zaman Kepler, saintis baru menjumpai enam planet.

Sedikit Info : Pada tahun 1610M, Kepler mendapat khabar tentang penciptaan teleskop Galileo. Kepler pernah merayu kepada Galileo untuk memberikannya satu teleskop tetapi Galileo tidak memberi balasan sebabnya teleskop-teleskopnya sudah diberi kepada para pembesar Itali untuk kepentingan politik. Tiada satu pun yang ditinggalkan untuk Kepler. Akhirnya Kepler menghasilkan teleskopnya sendiri pada tahun 1611M. Teleskop tersebut diberi nama "Teleskop Keplerian". Ia adalah penambahbaikan pada reka bentuk Galileo. Ia menggunakan kanta cembung sebagai cermin mata dan bukannya kanta cekung Galileo.

Model Heliosentrik yang dikemaskini menggunakan Hukum Kepler

Ciri-ciri model Heliosentrik(Semasa)
  • Susunan planet-planet dari Matahari ke luar adalah: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan bintang-bintang.
  • Semua objek di sistem suria kita mengorbit mengelilingi matahari atau planet. Dulu, orbit-orbit ini adalah lingkaran yang sempurna(membulat). Namun, sejak itu ditunjukkan bahawa orbit objek-objek ini berbentuk elips.
  • Planet berputar mengelilingi matahari.
  • Dalam orbit jenis ini, planet-planet bergerak mengelilingi matahari dalam bentuk elips(Bentuk bulat bujur, seakan-akan bujur telur).
  • Daya graviti adalah menyebabkan planet mengelilingi matahari.
  • Bulan berputar mengelilingi planet.
  • Bulan juga bergerak mengelilingi planet dengan bentuk elips.
  • Hukum-hukum Kepler bersifat empirikal iaitu berdasarkan data eksperimen. Kemudian, Issac Newton berjaya membuktikan secara teori.
Share:

Biografi Imam al-Ghazali & Kisah Kitab Ihya' Ulumuddin

Biografi Imam Al-Ghazali

Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali atau lebih dikenali sebagai Imam al-Ghazali lahir di Tusia, Khurasan pada tahun 450 Hijrah/1058 Masihi.

Beliau yang dikenali sebagai Algazel di Dunia Barat, adalah salah seorang ilmuan islam yang terkenal pada zamannya sehingga ke hari ini. Beliau juga merupakan seorang wali Allah dan lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta dianggap sebagai al-mujaddid pada kurunnya.

Share:

Sabtu, April 25, 2020

Pengalaman Fenomena Gerhana Matahari Anulus



Pada 23 Disember 2019 (Khamis), telah berlaku suatu fenomena yang jarang berlaku di Malaysia iaitu Gerhana Matahari Anulus. Gerhana Matahari Anulus ataupun 'cincin' hanya boleh dilihat secara tepat di Tanjung Piai, Johor dan di Serian, Sarawak sahaja atau kawasan sekitarnya. Bagi kawasan-kawasan lain di Malaysia hanya dapat menyaksikan Fasa Gerhana Matahari Separa sahaja. Oleh itu, disebabkan sy duduk selangor, kami(rakan) pun merancanglah untuk pergi ke tanjung piai, johor bagi menyaksikan fenomena tersebut.

Image

Tempoh gerhana berlaku di Tanjung Piai adalah pada pukul 1.21 tengah hari hingga 1.23 tengah hari. Gerhana Matahari Anulus berlaku selama 2 minit sahaja.. Jadi rugilah bagi siapa yang tidak menyaksikan gerhana pada masa tersebut.

Image

Gerhana Matahari Anulus berlaku apabila Matahari dan Bulan betul-betul sebaris dan hanya boleh dilihat apabila seseorang berada di dalam kawasan autumbra. Autumbra dari bahasa Latin iaitu 'Ante' yang bermaksud 'Sebelum', adalah kawasan di mana sumber cahaya(matahari) mempunyai diameter yang lebih besar daripada objek(bulan). Oleh itu gerhana yang terhasil adalah seakan-akan cincin. Gerhana matahari anulus bergantung pada jarak Bulan dari Bumi. Semakin besar jarak, semakin besarlah antumbra.

Gerhana matahari pengaruhi perilaku haiwan - Kalau korang nak tahu, ketika saya di tanjung piai. Kami ternampak seekor ular yang sedang melingkar di dahan pokok. Berdasarkan pemerhatian, ular itu hanya bergerak sekali sekala sahaja sebelum waktu kemuncaknya gerhana..


Ketika itu langit mula mendung, seakan-akan waktu maghrib. Hal ini kerana ular amatlah sensitif terhadap perubahan alam..

Khutbah & Solat Sunat Gerhana Matahari - Mula sahaja fasa gerhana matahari, kami terus menunaikan solat sunat gerhana matahari.

Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim daripada Jabir bin Abdullah RA:
فَإِذَا رَأَيْتُمْ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ فَصَلُّوا حَتَّى تَنْجَلِيَ
Maksudnya: Jika kalian melihat sesuatu dari itu (gerhana) maka solatlah sehingga bercahaya kembali.
Riwayat Muslim (904)
Setelah selesai solat, kami diberikan khutbah gerhana matahari. Boleh rujuk video yang saya muat naik untuk mendengar khutbah rare tersebut :

Itulah perkongsiaan ringkas saya tentang gerhana matahari anulus. Maaf jika ada kekurangan dalam saya menyampaikan ilmu.




Share:

Rabu, April 15, 2020

Pengalaman APS 2019 Negeri Selangor

Assalamualaikum Semua! 👀,

So pada 12 November 2019 telah berlangsungnya Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Selangor. Sebenarnya majlis ni adalah pengiktirafan dan penghargaan tertinggi KPM kepada murid2 juga guru2 dan sekolah2 yang telah menjayakan inovasi dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yg berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kiranya, hanya yang tercalon jelah dapat. Sy sebenarnya ambil remeh pasal benda ni sebab sy langsung tak tau majlis apa ni. Ceritanya bermula tahun 2018, sy berpindah sekolah SMK Sungai Pelek, dapatlah rezeki ambil subjek Sains Komputer bawah aliran sains jugak cumanya tiada biologi. Sejak sy dah ada minat dalam pengkomputeran, Sains Komputer jadilah sedikit mudah untuk saya memahami dan saya mula menunjukkan minat saya terhadap subjek Sains Komputer. Sy juga mula menyertai beberapa pertandingan, dan memberi sumbangan sedikit kepada sekolah. Mungkin asbab dari tu cikgu sains komputer sy nampaklah potensi(Kot AHAHAH) dalam diri sy.

APS ni berlangsung setiap tahun, jadi sy pun tak sangka tercalon. Dah lah tahun tu SPM pulak kan? Sy tercalon untuk murid bestari cemerlang (Komputasional Menengah Atas). Sebenarnya banyak lagi anugerah2 lain mcm :

➤Murid Bestari Cemerlang ( Pengaturcaraan )
➤Murid Bestari Cemerlang ( Rekabentuk Kejuruteraan )
➤Murid Bestari Cemerlang (Pembangunan Perisian)
➤Murid Bestari Cemerlang Robotik
➤Murid Bestari Cemerlang ( Komputasional Menengah Rendah )
➤Murid Bestari Cemerlang ( Komputasional Sekolah Rendah )

Mungkin korang terfikir asal sy tak dapat anugerah yg lain ni. Sebabnya sy belum sedia! Ya. Kalau sy tau kehadiran APS ni mungkin sy dah mula buat projek2 pengkomputeran. Sebab nanti kena hantar portfolio dekat BTP. So melalui portfolio tu, diorang akan tengok kelayakan kita untuk menerima anugerah ataupun tidak. Sebenarnya 1 murid hanya dibenarkan 1 anugerah sahaja Hehe. Ada lagi anugerah lain untuk guru2 serta sekolah.

So yes, bila sy dapat tahu sy tercalon. Cg suruh sy buat portfolio dan sy tak tahu pun kena buat(HAHAHA). Tapi alhamdulilah nasiblah produktif sikit dekat sekolah ni. So mcm2 bahan sy letak dalam portfolio tu. Cg pernah bagi idea untuk buat dalam bentuk animasi tau, tapi sy btul2 x reti. Lupa dah software dia apa. So sy fikir untuk buat guna powerpoint je and kan sy SPM 2019, korang rasa ada masa ke nk buat portfolio? Sy sebenarnya minta kebenaran kat cikgu untuk tangguh sekejap buat portfolio. Sebab tarikh percalonan tu dah dpt awal dah. So guess what? Sy punya tangguh tu sampai last minit. Deadlinenya esok AHAHAHA (2/8/2019). So sehari sebelum tu jugak sy siapkan. Tapi bukan kat rumah tau, sy buat kat sekolah disamping cg sk sy. Time tu sy call kakak/ibu (tak ingat) untuk ambil sekolah lewat sedikit. Sy buat dalam makmal komputer, dan time tu budak junior form 3 tengah buat pembentangan dengan projek ask(Asas Sains Komputer) diorang. Diorang kena buat sistem menggunakan python.. Me as senior jeles bhai, sebab tak dapat belajar python. Form 4 dapat belajar java je. So kembali kepada cerita, dalam portfolio tu kau kena ada : kategori murid bestari cemerlang yg korang dapat, latar belakang murid, penyertaan dalam kokurikulum, dan sijil2 yg korang dapat (Sebaiknya berkait dengan bidang pengkomputeran atau STEM). So step dia cikgu akan calonkan korang dan korang kena buat portfolio. Dari situ akan adalah persaingan dengan sekolah lain, portfolio mana yang lagi layak. Bila sy dah siap tu, sy hantarlah kepada cg sk sy.. tapi belum setakat tu tau. Sy balik rumah pun sambung tambah bahan dalam portfolio tu. And guess what. Pukul 12:54 pagi (2/8/2019) baru hantar emel pada btp. Nasib pihak btp masih terima.

Jadi pada 6 November 2019, Sy terima emel yg sy dapat pengesahan kehadiran untuk majlis APS.

Pihak BTP juga menghantar tiket untuk kegunaan majlis nanti. Tiket ni kena print sendiri, printer sy kat rumah dah lah rosak ahaha. Terpaksa minta tolong member suruh printkan guna printer dia. Terima kasih sahabatku Wafi. Tiket ni kalau tiada tak boleh nak masuk majlis tu dan tak dapat makan percuma..

Sebenarnya mula2 sy xnk pergi tau APS 2019 ni. Sebab tgoklah tarikh majlisnya bila. "12 November" dan time tu adalah tempoh peperiksaan SPM. 12 November tiada exam pun, masalahnya keesokkan harinya tu exam Pendidikan Islam.


Tapi xpelah, sy pergi jugak(Selepas dipujuk pihak btp hehe). Mcm biasa, kena minta blazer pengawas kat cg. Cikgu kata harga blazer ni RM100 lebih, aduh sy pun dah berpeluh kena jaga mcm anak raja ni. Oh ya terima kasih juga pada sahabatku Haziq Najme sebab ambil aku balik awal time ambik blazer.

12 November 2019 pun tiba.. Bangun pagi mcm biasa, mak ayah sy hantar kat kolej mana tah lupa. Sbb semua wakil dari PPD sepang kami datang naik bas je. Cumanya ada tambang lah sikit. So bus pickup kat kolej "tu".. P/s: Sy pergi dengan cg. Majlis tu diadakan di Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan dekat Bukit Kiara.

Pandangan Atas Bagunan Auditorium Bahagian 
Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Pintu Utama Auditorium BTP (Cari Saya hehe)
Bahagian dalam dewan BTP. (Besarkan! 😄)

Sebelum Majlis bermula kitaorang diberi coupon untuk makan dulu. Takkan nak berlapar pulak kan dalam dewan tu. Kemudian, selesai makan tu barulah masuk dewan. Tapi sebelum nak masuk tu kena tunjuk tiket dulu, kalau tak dia tak bagi masuk. Time ni lah sy berpisah dgn cg Hmm. Sbb tempat duduk ditetapkan mengikut no kerusi. So yeah, sy tak nak panjangkan cerita lagi. Saya mendapat tempat ketiga dalam murid bestari cemerlang (komputasional menengah atas).

Walaupun dapat tempat ketiga, tapi sy akan jadikan ia sebagai pemangkin kejayaan buat sy untuk menjadi lebih hebat pada masa hadapan! Ini terbukti yg usaha sy selama ini bermakna buat sy. Terima kasih kepada cikgu sains komputer sy, Pn.Zahirusalwa.. Terima kasih puan.

Share: