Khamis, Disember 09, 2021

Circuit Program

Fig. 1: Logo of Circuit Diagram (.org)

"Circuit Diagram" adalah program yang membolehkan pengguna menghasilkan gambar rajah litar elektronik dengan mudah. Sangat berguna untuk pelajar undergraduate seperti saya yang sekadar mahu menggunakan gambar rajah litar untuk penghasilan laporan eksperimen. Program ini juga adalah percuma dan mesra pengguna.

Penggunaan "Circuit Diagram" dalam laporan eksperimen
Setakat ini saya baru menggunakan program ini untuk eksperimen "Lee's Disc". Lee's Disc adalah satu kaedah yang mudah untuk mengukur kekonduksian terma untuk konduktor yang lemah. Gambar rajah litar diperlukan dalam eksperimen ini untuk mendapatkan hasil eksperimen yang sah(valid). 

Fig. 2: Circuit diagram of Lee’s Disc method

Voltan bekalan kuasa dalam eksperimen ini akan dilaraskan kepada V ≤ 10 Volt dan arus sebagai 𝐼 ≤ 1.0 Ampere. Parameter kawalan ialah bekalan kuasa kepada litar, iaitu 𝑃 = IV ≤ 3.6 𝑊𝑎tt. Dalam eksperimen ini cakera tembaga digunakan dan dihimpitkan diantara cakera perspex (sebagai bahan konduktor yang lemah). Panaskan cakera tembaga sehingga hampir mencapai 40 °𝐶, kemudian arus  dikurangkan dengan melaraskan bekalan kuasa atau rheostat kepada 0.25 𝐴mpere. Hal ini bagi mengelakkan mengeluaran haba yang berlebihan kepada cakera.

Sebelum ini ada sahaja eksperimen yang melibatkan penggunaan gambar rajah litar, kebanyakkannya adalah eksperimen elektronik. Cuma aku lukis secara free-hand sahaja. Dah masuk universiti ini perlu naik taraf sedikit. Hehe.

Contoh gambar rajah litar bagi Suis peka cahaya
Penggunaan suis peka cahaya boleh menghalang penggunaan cahaya yang tidak diperlukan apabila terdapat cahaya siang yang mencukupi. Fig. 3 menunjukkan suatu litar tapak-transistor yang berfungsi sebagai suatu suis automatik peka cahaya. Ini bermakna, pada waktu malam, mentol akan bercahaya secara automatik manakala pada waktu siang (cerah), cahaya mentol akan terpadam. Melibatkan perintang peka cahaya (PPC/LDR), transistor, rintangan mentol dan punca voltan D.C. Dalam hal ini, LDR atau PPC (Perintang peka cahaya) mempunyai suatu rintangan yang sangat tinggi jika ia dalam keadaan yang gelap dan suatu rintangan akan menjadi sangat rendah apabila ia berada dalam keadaan cerah. Rintangan dan LDR akan membentuk suatu pembahagi keupayaan dalam litar ini. Bermakna apabila pada hari yang cerah, LDR akan mempunyai rintangan yang rendah berbanding rintangan pada satu litar lainnya. Maka, beza keupayaan merentasi tapak transistor adalah terlalu rendah untuk menghidupkan transistor. Manakala apa hari yang gelap atau malam, ia adalah sebaliknya.

Fig. 3: Suis automatik peka cahaya



Fig. 4: Perintang Peka Cahaya (PPC/LRD)







Share:

0 Komen:

Catat Ulasan