Rabu, Mei 25, 2022

Pembenaman blog


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang melawat blog ini dan membaca entri ini. Bagi pelawat yang masih baru memasuki blog ini, selamat datang dan maaf saya ucapkan kerana segala penulisan di dalam blog ini telah diarkibkan secara peribadi. Bagi mereka yang belum mengetahui, sebelum ini saya sudah menulis lebih dari 200+ entri dengan tajuk yang pelbagai. Namun, saya sedar akan kekurangan dan kesilapan dalam penulisan entri saya secara sengaja mahupun tidak sengaja, maka saya dengan rela hati membenamkan blog ini secara berperingkat bermula pada tarikh 25/5/2022.

Kepada pembaca/pengikut blog ini, maaf jika tindakan/keputusan ini mengecewakan anda. Namun demi kebaikan saya sebagai pemilik blog ini, dan kebaikan pembaca yang saya kasihi. Ini adalah keputusan terbaik yang saya ada. Bukanlah dipaksa oleh sesetengah pihak, atau terguris hati oleh sesiapa. Namun ini adalah keputusan peribadi sendiri yang mula sedar akan kekurangan diri yang masih mentah ini. Maaf jika sepanjang penulisan saya ada berupa kekurangan juga kejahilan dalam menyampaikan ilmu. Dan semoga segala hikmah dan manfaat yang pembaca dapat dalam entri blog sebelum ini dapat memandu pembaca untuk ke arah yang lebih baik. Terlalu banyak lagi yang perlu saya pelajari di dalam hidup ini, dan hidup itu adalah suatu proses pembelajaran jangka masa hayat.

Saya penulis dengan nama pena "hh" memohon mengundur diri dengan jiwa yang bersih dan kemaafan daripada anda semua. Semoga ada rezeki suatu masa nanti kita akan bertemu kembali, terima kasih kerana membaca dan memahami.

- hh (7:05AM; Gelugor, Pulau Pinang; 25/5/2022)




Share:

0 Komen:

Catat Ulasan