Apa itu terbitan formula fizik?
Terbitan atau dalam bahasa inggerisnya "Derive". Selalu semasa kita sekolah menengah dahulu, kita akan diperkenalkan dengan formula-formula fizik (bagi siapa yang mengambil subjek fizik) dan tugas kita masukkan sahaja nilai kuantiti ke dalam formula fizik yang sesuai dengan soalan. Tetapi pernah tak terfikir bagaimana ahli fizik terbitkan persamaan tersebut? Kalau lihat pada pucuk pangkalnya memang sukar untuk menerbitkan suatu persamaan. Boleh lihat sendiri cara kerja ahli fizik teori. Oleh itu, saya akan berkongsi pendedahan saya terhadap terbitan formula fizik pada peringkat rendah sahaja.
Pendedahan terbitan formula fizik di Matrikulasi
Saya tidak pasti piawaian matrikulasi sudah perlu diperkenalkan/didedahkan dengan penerbitan formula fizik atau tidak. Namun kalau berdasarkan pemerhatian saya dan bentuk soalan PSPM (peperiksaan penting bagi matrikulasi), tidak ada satu pun soalan meminta kami untuk menerbitkan suatu formula itu (termasuk soalan-soalan tahun lepas). Bagi pendapat saya, peringkat matrikulasi sendiri sudah perlu memperkenalkan penerbitan formula fizik bagi kursus fizik itu sendiri. Pembahagian tiga jurusan sains (sains hayat, sains fizikal, sains komputer) itu menunjukkan bahawa pelajar matrikulasi sepatutnya sudah ada haluannya sendiri.
Saya pertama kali didedahkan dengan terbitan formula fizik adalah semasa saya peringkat matrikulasi. Bangga dengan pensyarah saya kerana memperkenalkannya walaupun ia bukanlah keperluan dalam silibus/piawaian matrikulasi. Rajah di bawah ini adalah penerbitan bagi tenaga keupayaan graviti yang beliau bentangkan semasa sesi bersemuka (tutorial),
Waktu ini juga saya baru nampak aplikasi kalkulus dalam menerbitkan suatu formula itu. Maka saya sedar bahawa kalkulus adalah subjek penting dalam bidang fizik, kerana Isaac Newton juga pengasasnya. Bahkan saya rasa pada peringkat matrikulasi ini pendedahan pengamiran/pembezaan hanyalah pra-kalkulus sahaja. Kalau nak belajar kalkulus dengan lebih mendalam, ambillah kursus kalkulus sewaktu Ijazah Sarjana Muda. Tak pun belajar sahaja melalui internet, "Education for free!" katanya. Penerbitan formula fizik bagi saya adalah penting bagi pelajar undergraduate. Pelajar sudah ada matlamat untuk mengambil kursus fizik maka ia sudah jadi keperluan untuk didedahkan.
Terbitan formula fizik di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree)
Saya sekarang sudah berada di penghujung semester pertama, banyak formula fizik yang telah pensyarah terbitkan melalui sesi kuliah. Bagi pendapat saya sendiri, aktiviti menerbitkan formula adalah suatu yang menarik kerana kita tahu bagaimana suatu formula itu diterbitkan/dihasilkan. Tapi saya pasti, tak semua pelajar suka. Memang ada sebahagian terbitan yang agak kompleks, tetapi insyaAllah mudahlah nak faham jika kita mendalami dan meneliti lagi. Ada juga pensyarah yang menjadikan terbitan formula fizik ini sebagai tugasan "Assignment", fuh kena terbitkan sendiri! Kalau lihat entri "derivation of prism", itulah salah satunya.
Pernah berangan untuk menerbitkan formula sendiri jika diizinkan menjadi ahli fizik teori. Namun itu hanyalah angan-angan kerana di Malaysia ini adalah sukar untuk menjadi ahli fizik teori kerana kurang pusat kajian dan peluang pekerjaan dalam akademia. Oleh itu saya serahkan perjalanan ini pada Allah. Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik.
Tidak lupa juga, mungkin saya akan membuat entri blog berkenaan menerbitkan suatu formula itu. Kalau tidak Hukum (Law) mungkin Theorem juga. InsyaAllah.
- hh
0 Komen:
Catat Ulasan