Ahad, April 16, 2023

Menggeruni Diriku Sendiri

Bukanlah lagi namanya manusia jika amarah menguasai diri. Bahkan binatang juga tahu masa untuk berhenti membukti egoisnya. Matahari yang terik juga ada masa untuk ia benam; berehat memanaskan bumi.

Kini aku menggeruni diriku sendiri. Andai jauhnya iman, nafsu pula menguasai diri?

Dalam kemanisan iman, adanya tutur kata yang baik, diri yang lebih bersabar.

- hh
Share:

Sabtu, April 15, 2023

Asterisme dan Buruj

Buruj dan asterisme sangat berkait rapat dalam bidang astronomi, kedua-duanya merujuk kepada kumpulan/gugusan bintang yang dilihat dari Bumi. Namun, terdapat perbezaan antara keduanya.

Buruj merujuk kepada satu set kumpulan bintang yang membentuk corak tertentu dan telah dikenalpasti secara rasmi oleh International Astronomical Union (IAU).


Asterisme merujuk kepada kumpulan bintang yang lebih ringkas dan tidak mempunyai status rasmi sebagai buruj. Asterisme boleh menjadi sebahagian daripada satu atau lebih buruj.

Disebabkan ia mempunyai bentuk yang ringkas, asterisme sering digunakan sebagai panduan untuk membantu orang mencari dan mengenal pasti buruj di langit malam.

Asterisme biasanya mudah dikenal pasti oleh mata manusia (dengan keamatan cahaya bintang yang terang), ia dapat menjadi titik rujukan yang berguna untuk mencari dan mengenal pasti buruj yang lebih besar dan kompleks. Dengan menggunakan asterisme sebagai panduan, orang dapat mempelajari dan mengecam buruj dengan lebih mudah dan efektif.

Contohnya, teko (teapot) merupakan salah satu contoh asterisme yang terdapat dalam buruj Sagittarius. Asterisme teko ini dapat digunakan sebagai panduan untuk mengenal pasti buruj Sagittarius, yang menandakan arah di langit kita ke pusat galaksi Bima Sakti.

๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐‘๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ค๐š๐ง :
[1] https://www.skyatnightmagazine.com/advice/constellations-asterisms-what-difference/

[2] https://earthsky.org/favorite-star-patterns/teapot-of-sagittarius-points-to-galactic-center/
Share:

Jumaat, April 14, 2023

Eksperiment penyerapan sinar beta

Kebanyakkan atom tidak stabil dan boleh terpecah menjadi bahagian yang lebih kecil. Proses ini dipanggil pereputan radioaktif (radioactive decay). Satu jenis pereputan radioaktif dipanggil pereputan beta, di mana sesebuah atom melepaskan elektron/positron (kebanyakkannya) yang bergerak pantas. Zarah -zarah ini dipanggil zarah beta atau sinar beta.

Zarah beta boleh bergerak melalui medium udara dan menembusi beberapa bahan, namun ia juga boleh dihentikan oleh bahan-bahan yang tertentu. Keupayaan sesuatu bahan untuk menghentikan zarah beta bergantung pada ketebalannya dan kepadatannya. Semakin tebal dan padat bahan tersebut, semakin tinggi kebarangkalian untuk bahan tersebut menyerap zarah beta dan mengambil tenaga mereka.

Dalam eksperimen ini, kita akan menggunakan sebuah alat dipanggil tiub Geiger-Mueller untuk mengukur berapa banyak zarah beta yang boleh melalui ketebalan bahan penyerap (E.g. Aluminium, Al dan plumbum, Pb) yang berbeza. Al dan Pb adalah logam yang mempunyai ketumpatan yang berbeza. Al adalah lebih ringan dan kurang padat berbanding Pb.

Kita akan menggunakan sumber radioaktif yang mengeluarkan zarah beta, seperti strontium-90. Kemudian kita akan meletakkan bahan tersebut berdekatan dengan tiub Geiger-Mueller, kemudian tiub Geiger-Mueller akan mengira berapa banyak zarah beta yang dicapainya setiap saat. Umumnya ini dipanggil kadar pengiraan (count rate). Hal ini dibuat tanpa meletakkan bahan penyerap dan kadar voltage yang berbeza supaya kita dapat menentukan voltan kerja (working voltage) dengan memplotkan graf kadar pengiraan lawan voltage.

Voltan kerja adalah penting bagi mendapat nilai bacaan yang stabil serta menentukan sinar latar belakang (background voltage).

Kemudian, kita akan meletakkan helaian bahan penyerap di antara sumber dan tiub, dan mengukur kadar pengiraannya dengan voltage kerja yang sudah ditentukan. Kita akan mengulangi proses ini dengan ketebalan helaian bahan penyerap yang berbeza sehingga kadar pengiraan menurun menjadi separuh dari nilai asalnya. Ini bermakna separuh daripada zarah beta telah diserap oleh bahan itu.

Umumnya semakin tebal suatu bahan penyerap itu, semakin berkurang bacaan kadar pengiraan bagi suatu bahan tersebut.

Dengan melakukan eksperimen ini, kita dapat belajar tentang sifat-sifat zarah beta dan bagaimana mereka berinteraksi dengan bahan penyerap. Kita juga dapat belajar tentang kepentingan melindungi sumber radioaktif dengan bahan yang sesuai untuk melindungi diri kita daripada radiasi yang berbahaya.

- hh



Share:

Khamis, April 13, 2023

If (status == hidup) {

 Hidup dah macam loop hole,

Tiada breakthrough dalam same cycle problem,

Satu theme yang sama tapi different person,

Fikir tahun lepas dah break the chain.

Tapi minda masih stagnant,

macam masalah fizik 20th century.

So, kena jumpa kaunselor lagi? Tiap minggu?

macam ambil course?

2 kredit.

- hh (13/4/2023)

Share:

Sabtu, April 08, 2023

Saintis juga perlu berehat! Ibrah Tesla dan Sir William

Semasa kuliah Nikola Tesla di Royal Instritution di kota London, beliau menjalin persahabatan rapat dengan Sir William Crookes, seorang saintis British yang hadir semasa kuliah. Sehari selepas kuliah, Crookes menghulurkan jemputan kepada Tesla untuk melawat makmalnya di mana Tesla menunjukkan cara membina Tesla Coils sendirinya. Mereka makan malam bersama pada petang itu dan terlibat dalam perbincangan yang meliputi pelbagai subjek, termasuk penyelidikan masing-masing, kepentingan elektrik pada masa hadapan, metafizik, agama, dan beberapa eksperimen Crookes yang melibatkan telepati mental, spiritualisme, dan levitasi manusia. Crookes melihat kesihatan Tesla yang lemah akibat terlalu banyak bekerja, dan selepas pemergian Tesla, Crookes menulis surat ini kepadanya,

"My dear Tesla,

You are a true prophet. I have finished my new coil, and it does not do so well as the little one you made for me. I fear it is too large. I have fitted it with two sets of Levden jars; six quart jars on each side, but the spark is not long or thick, and there is scarcely any brush to be seen. The phosphorescence through my body when I hold one terminal is decidedly inferior to that given with the little one. I am actuating it only with the ordinary make and break of the large coil, as the alternator is not yet here, I do not think I have made any mistake in the winding of the coil, as your coil does just the same as mine.

I hope you will get away to the mountains of your native land as soon as you can. You are suffering from over work, and if you do not take care of yourself you will break down. Don't answer this letter or see any one but take the first train. I am thinking of doing so myself, but I am only thinking of going as far as Hastings.

With our united kindest regards,

Believe me,
very sincerely yours,
William Crookes."

Setelah Tesla menerima surat ini, beliau pun berbalas,

"To my illustrious friend Sir William Crookes of whom I always think and whose kind letters I never answer!

Nikola Tesla

(June 17, 1901.)
"


Daripada surat itu, dilihat bahawa William Crookes mempunyai hubungan yang mesra dan membina dengan Tesla. Beliau menunjukkan kebimbangan terhadap kesihatan Tesla, lalu menggesanya untuk berehat dan mencadangkan supaya dia pergi ke pergunungan tanah asalnya. Crookes juga mengakui kepakaran Tesla dan memujinya sebagai "true prophet". Selain itu, dia berkongsi butiran teknikal tentang gegelungnya dengan Tesla dan mendapatkan inputnya. Surat tersebut menunjukkan bahawa Crookes adalah rakan yang menghormati dan mengambil berat kepada Tesla.

Satu ibrah yang kita boleh ambil daripada surat ini ialah kepentingan menjaga diri. Sir William Crookes menyatakan kebimbangan terhadap kesihatan Tesla, mengakui bahawa beliau terlalu banyak bekerja dan menggesanya untuk berehat. Ini adalah peringatan bahawa walaupun kita bersemangat (atau terlalu ghairah) dengan kerja kita, kita juga perlu mengutamakan kesejahteraan diri kita untuk mengelakkan keletihan (burnout) dan masalah kesihatan fizikal atau mental kita. Dalam dunia yang serba pantas dan menuntut, mudah untuk mengabaikan penjagaan diri kita, semoga surat daripada Crookes kepada Tesla ini berfungsi sebagai peringatan bahawa menjaga diri kita adalah penting untuk kejayaan dan kebahagiaan jangka panjang kita. Saintis juga perlu berehat!

- hh
Share:

Jumaat, April 07, 2023

Kebenaran tentang pereputan beta: ia bukan sekadar elektron dan positron

Zarah beta, juga dipanggil sinar beta atau sinaran beta (simbol ฮฒ) adalah zarah bertenaga tinggi yang dapat dipancarkan melalui pereputan radioaktif.

Sebenarnya terdapat dua jenis zarah beta, iaitu zarah beta negatif (ฮฒ-) dan zarah beta positif (ฮฒ+). Zarah beta negatif terdiri daripada elektron yang dipancarkan daripada nukleus atom radioaktif. Zarah beta positif, sebaliknya, adalah positron (anti jirim), yang merupakan zarah bercas positif dengan jisim yang sama dengan elektron.

Namun, tidak semua pereputan beta melibatkan elektron dan positron sahaja. Dalam sesetengah kes, kebarangkalian zarah lain seperti muon atau neutrino juga boleh dipancarkan. Ini juga dianggap sebagai zarah beta, kerana ia dipancarkan semasa pereputan beta.

Kita boleh membuat kesimpulan bahawa sebarang zarah yang dipancarkan dalam lingkungan pereputan beta merupakan zarah beta. Jadi zarah beta boleh jadi elektron dan positron, namun tidak terhad kepada kedua-dua itu sahaja, ia juga boleh melibatkan zarah lain juga.

- hh

Share:

Sabtu, April 01, 2023

Jelajah masjid Pulau Pinang


Harini berbuka puasa dekat Masjid Al Ittifaq, Sungai Nibong Kecil, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sebelum ni selalu terserempak sahaja masjid ni bila nak pergi kompleks Bukit Jambul. Dari haritu duk fikir macam mana nak masuk masjid ni sebab tak nampak laluan masuk. Tapi ada satu laluan kecil dari belakang masjid dan laluan hadapan (ada perlu pusing sedikit). Apapun fasiliti masjid ini lengkap dan sangat selesa untuk beribadah (sejuk ada pendingin hawa).

Berbeza masjid ini dengan masjid lain adalah masjid ini berbuka dengan minuman dan kurma dahulu, kemudian solat maghrib terus. Habis solat barulah boleh berbuka dengan makanan berat. Saya haritu berbuka di sini dengan nasi kandar kayu (Tudiaaaa!) beserta kuih muih. Dihidang juga air sirap dan nescafe panas.


Bila difikirkan ok juga bila masjid buat solat dahulu baru makan-makan untuk berbuka. Habis makan sahaja boleh tunggu waktu isya' dan buat terawih terus di masjid ini. Masjid ini juga laksanakan solat terawih 8 rakaat dan witir seperti biasa. Apapun memang terbaik masjid ini, dan semoga ibadah kita diterima Allah hendak-Nya.

- hh
Share: