Ahad, Jun 16, 2024

Jadikan pekerjaan sebagai ibadah – Memaknai hal yang lebih besar

———

Oleh hh (Ahad, Jun 16, 2024)

Saya memikirkan ungkapan ini seketika. Sudah beberapa hari saya memikirkan bahawa hidup ini hakikatnya perlu sentiasa berada pada landasan ibadah. Hidup yang berpaksinya pada Allah semata-mata. Ya, dalam peri itu pula tidak sepatutnya pula seorang mukmin itu melakukan sesuatu kemungkaran yang dibenci oleh Allah. Tidak akan ada cahaya terhadap itu. Senantiasanya kita muhasabah diri ketika melakukan sesuatu pekerjaan, "Apakah Allah redha akan pekerjaan saya ini?". Ibadah itu pula memberikan makna yang lebih besar, lebih sekadar aspek ibadah khusus (fardu dan sunat) sebaliknya ia juga melibatkan setiap apa yang kita kerjakan yakni ibadah umum.

Setiap tindakan kita di dunia ini haruslah selaras dengan syariat-Nya. Apa sahaja yang kita lakukan, tujuannya pada akhirnya adalah untuk mendapat redha Allah semata-mata. Kerana tanpa redha-Nya itu, apapun pekerjaan pun pada dunia, ia tidak akan membawa kebaikan di akhirat. Dan menjadi sia-sia pula apa yang dikerjakan itu.

Oleh demikian, berhati-hatilah dalam setiap tindakan yang kalian kerjakan (termasuklah saya yang sedang menulis ini). Ada banyak hal dalam hidup ini tidak menyenangkan hati; kabur kelabu keputusan hendaklah kalian hindarkan jika mahu selamat. Dengan cara inilah sahajalah kita akan dapat membentuk individu mukmin yang cemerlang dunia akhirat.

- hh (16/6/2024)

Ajar adik iman subjek pendidikan islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut langganan