Isnin, Mei 24, 2021

Kemunduran buku IT dalam perpustakaan


Gambar ini diambil pada 23 August 2020 di dalam sebuah perpustakaan kolej. Kecewanya hati aku bila banyak buku IT di sini adalah ketinggalan zaman. Kebanyakkannya buku ini langsung sudah tiada guna kerana banyak berkongsikan tentang cara penggunaan perisian purba(out of date). Bahkan ada programming language yang lama seperti XHTML, sedangkan kini ramai sudah menggunakan HTML5. Aku bukan nak mengkritik sangat cuma IT merupakan bidang yang selalu berkembang pesat. Bahkan lebih pantas berkembang berbanding bidang sains itu sendiri! Aku tahu, memang susah nak cari buku IT/Sains komputer yang terkini hasil orang tempatan. Sekurangnya bawakanlah buku luar negara. Mungkin cara penggunaan microsoft 365 ataupun apa sahaja perisian yang terkini. Supaya pelajar dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan kini.

Industri Buku IT

Tak ramai sebenarnya warga tempatan yang dapat menghasilkan buku IT untuk masa kini. Disebabkan bidang IT/Sains komputer ini sentiasa berkembang pesat. Namun tidak mustahil, aku lihat ada para guru sains komputer yang dapat menghasilkan modul dan buku sendiri bagi membantu pelajar spm mendalami ilmu sains komputer. Bahkan kalau ada pun buku masa kini, ia hanyalah tajuk yang sama dengan abad lalu. Sentiasa berulang! Sungguh sedikitlah yang berani untuk menulis buku-buku terkini. Banyak pelajar cenderung untuk mengambil sumber bacaan dari luar negara. Mereka terlalu banyak mengaplikasikannya sehingga lupa untuk berkongsi ilmu yang dia peroleh. Berani aku katakan seperti ini sebab aku sendiri pergi semak buku yang diterbitkan oleh universiti-universiti tempatan ini.

Lebih banyak e-book berbanding buku fizikal

Ada brother ni, dia bagitahu aku yang dia banyak belajar bidang pengkomputeran dengan membaca buku secara digital. Bagi aku benda ini sangat relevan kerana menghasilkan buku secara digital adalah sangat jimat tetapi risiko kerana mudah untuk kegiatan cetak rompak. Tetapi brother tu pun cakap diorang dapat buku dari torrent kah kah. Mungkin kerana mahal nak beli buku dari luar negara.  Itu sahaja cara untuk brother tu belajar benda terkini. Keterdesakan itu membuat kita tiada pilihan lain, selain memilih jalan kotor. Maafkan kami Tuhan.


Penyelesaian Masalah
Aku tidak minta banyak, mungkin pihak kolej sendiri boleh beri sedikit peruntukkan kepada perpustakaan untuk beli buku-buku yang terkini. Pelajar memerlukan bahan bacaan baru untuk terus berkembang. Aku tahu memang silibus di kolej tu taklah sepadan dengan buku bacaan di luar sana yang lebih advance. Namun sebagai pelajar, kami bukan hanya belajar dalam silibus tetapi luar silibus juga. Penerokaan itulah yang melahirkan generasi yang sentiasa berkembang maju. Buku yang hanya beberapa ringgit itu sangatlah besar nilainya pada negara. Runtuhnya sebuah industri buku seakan hilang ketemadunan sebuah negara. Fikir-fikirkanlah.
Share:

Jabatan Fizik pertama saya


Inilah jabatan fizik pertama saya. Hahaha. Gurau. Ini adalah gambar saya bersama classmate dan guru fizik saya ketika menuntut di matrikulasi. Di sini setiap makmal itu ada aras tersendiri. Contoh makmal fizik pada aras 3, makmal biologi pada aras 2 dan makmal kimia pada aras 1. Aku sering menganggap bahawa makmal-makmal di fizik itu seperti sebuah department. Sepanjang perjalanan ke makmal fizik itu ada digantungkan quotes yang menarik dari tokoh-tokoh ahli fizik. Perkara ini membuatkan saya tidak sabar untuk lanjutkan pelajaran dalam bidang fizik tulen. Di sana saya akan dipertemukan dengan ahli-ahli fizik yang cerdik pandai. Pasti saya dapat menemui orang yang bermatlamat yang sama dengan saya.

Aku dan classmate sedang membuat eksperimen berkaitan diffraction(pembelauan).

Lab test & Lab report
Sejak saya belajar di matrikulasi. 2 sem saya mesti akan ada ujian lab yang perlu dilaksanakan. Untuk sem 1, ujian lab kami adalah berkaitan free fall motion & projectile motion. Untuk mengetahuan anda, laporan makmal eksperimen saya untuk gerakan peluru sebelum ini adalah gagal. Peratusan ralat saya terlalu tinggi. Salah saya mungkin lewat masuk lab 30 minit. Masa saya datang lab tu, senior (exp kerja berkumpulan) dah siapkan data tu. Fuh, saya jadi tukang tengok jelah. Pensyarah saya waktu tu pula tengok saya, macam pelajar baru bangun tidur!

Ini adalah penyusunan radas bagi projectile motion.

Tapi bila saya mahu menyiapkan laporan makmal, saya sedar banyak ralat dalam data atau kurang tepat. Berdasarkan pemerhatian saya semasa diorang buat projectile motion. Diorang kadang keliru mana bola tu jatuh dekat carbon paper dan kesilapan mereka yang kedua adalah pengukuran mereka yang tidak jitu. Seperti mengukur tinggi meja, H dan jarak bola dilepaskan, h. Ralat paralaks inilah yang membuat graf menjadi lari daripada graf rujukan, lantas mempengaruhi hasil lab report. Sepatutnya eksperimen perlu diulang semula bila eksperimen anda tidak menepati kehendak hasil eksperimen. Masa ni juga saya terpaksa argue dengan ahli kumpulan saya sendiri. Dibawa masuknya sekali pensyarah. Disebabkan gerakan ini memerlukan graf, jadi graf saya memang berlainan sedikit dengan ahli lain. Kesimpulannya, saya tidak perlu ulang eksperimen dan memang terbukti bahawa eksperimen telah gagal. Bila anda ingin menulis laporan makmal, apa yang penting adalah kejujuran. Anda kena jujur yang eksperimen anda tak berjaya jika keputusan berlaku sebaliknya. Dari situ anda belajar daripada kesilapan. Senaraikan apa penyebab anda tidak dapat data yang diingini dan apa langkah berjaga-jaga yang perlu diambil. Bagi menghasilkan output yang berkualiti anda harus jujur dalam menjalankan proses. Richard Feynman pernah berkata "It doesn't matter how beautiful your theory is, it doesn't matter how smart you are. If it doesn't agree with experiment, it's wrong. In that simple statement is the key to science." (Cornell University Lecture, 1964)

Kembali kepada topik lab test. Untuk sem 2, lab test kami adalah berkaitan diffraction of light. Eksperimen ini memerlukan kerja berkumpulan. Sebab anda tidak dapat nak buat eksperimen ni sorang-sorang. Perlu ada yang tukang pegang. Nak buat sorang boleh ja, tapi ambil masa nak set up.

Radas yang perlu disusun. Sinar laser perlu berserenjang dengan parutan pembelauan.

Mahu dijadikan cerita, kelas kami ada 15 pelajar. 2 orang untuk 1 kumpulan. Jadi, ada seorang yang tiada kumpulan. Jadi sir buat keputusan ambil pelajar dari kelas lain yang terlepas buat eksperimen untuk sertai sesi lab test kelas kami. Jadi sir ambil saya untuk berkumpulan dengan budak dari kelas lain tu. Sir kata dia jenis ganas sikit. Sir tau saya memang jenis langgar je buat eksperimen. Saya pun selamba kata "ok". Bagi saya, kalau budak tu pun tak function, saya sanggup buat eksperimen sorang-sorang. Tapi Alhamdulilah, dapat tahu saat-saat akhir saya datang makmal sir kata budak tu tak jadi mai. So end up saya buat dengan classmate saya. 3 orang 1 kumpulan. Laporan makmal pun kami dapat buat dengan peratus ralat yang rendah. Cuma saya sedikit kecewa kerana graf saya terlalu kecil/separuh kertas graf yang mana boleh buat saya hilang markah. Nasib sir saya baik, dia minta untuk membuat semakan dengan dia sebelum hantar hasil laporan makmal yang terakhir.

Tugasan Fizik
Sepanjang saya berada di matrikulasi, apa yang menjadikan mimpi ngeri pelajar adalah kehadiran assignment. Oklah mula-mula tu boleh lepak-lepak lagi. Bila nak dekat due date baru nak gelabah! Untuk sem 1, tugasan fizik saya berkaitan rotation of rigid body. Masa ini saya berada di rumah, kiranya kelas saya berjalan dalam talian. Jadi nak buat assignment pun kat rumah. Sejak saya tidak boleh nak hantar hard copy dekat pensyarah fizik saya. Saya cabar diri saya untuk buat assignment secara digital. Iaitu pengiraan semua menggunakan fungsi persamaan di microsoft word. Sebenarnya pelajar boleh sahaja nak buat assignment tulis tangan kemudian imbas. Tapi saya ini kan jenis nak cuba benda baru. Pernah saya cuba nak buat assignment dalam tulisan jawi, hahaha. Tapi masa saya padat, jadi saya buang keinginan saya itu.
Salah satu soalan yang saya jawab menggunakan microsoft word. Sebenarnyakan benda ini buat saya rasa kagum dengan pensyarah yang buat buku modul. Pasti ambil masa juga nak buat persamaan dan pengiraan secara digital.

Setiap kali anda ingin membuat tugasan, sentiasalah minta pensyarah anda tolong semak. Ya, pastikan anda jangan minta mereka semak minit-minit akhir kalau tidak mahu kena marah. Kalau boleh seminggu sebelum due date dah siap. Memang diorang tidak akan bagi jawapan, tapi sekurang-kurangnya para pensyarah akan bagitahu di mana kesilapan kita. Sepanjang assignment sem 1 dan sem 2 ini, sir saya selalu baik sangat beri pelajar pilih soalan yang diorang mahukan. Siapa cepat dia dapat. Tapi saya sukakan cabaran, saya sendiri suruh sir pilihkan set soalan yang perlu saya buat. Ya, untuk fizik ada set soalan untuk tugasan. Nak elak pelajar meniru agaknya. Alhamdulilah, saya dapat jawab assignment dengan jayanya. Oh ya, untuk sem 2 tugasan tentang Magnetism. Saya tidak buat digital untuk sem 2 ni. Sem 2 adalah sem paling tertekan dan padat masanya. Kalau batch sebelum ini adalah fast tract. Kami batch fast and furious. Berhidupkan dengan Covid-19.

Banyak lagi kisah menarik saya dengan fizik semasa menuntut di matrikulasi. Sampai sini sahaja dulu. Majulah fizik demi negara~


Share:

Sabtu, Mei 22, 2021

Matahari - Bintang terdekat bumi


Matahari dan Bumi − 
Matahari adalah bintang terdekat bumi. Ia memberikan cahaya, haba dan tenaga pada kehidupan. Berapa banyak tenaga? Bagaimana sekiranya tenaga yang diterima bumi adalah berlebihan? Keabadian tenaga itu ada, di mana bumi menghembuskan lebihan tenaga jika ada? Matahari adalah satu-satunya bintang yang dapat dilihat dari terbitnya ia hingga terbenam. Bangsa purba menyembah matahari sebagai dewa yang menghidupkan. Beberapa nama yang diberikan kepada dewa matahari adalah Aton, Apollo, Helios, dan Sol. Kini para saintis masih lagi mengkaji sifat matahari. Penting untuk mengkaji matahari kerana ia merupakan kunci untuk memahami bintang-bintang jauh yang tidak dapat diperhatikan secara terperinci.


Dalam agama dan mitologi Yunani kuno, Helios ialah tuhan
dan personifikasi Matahari (dewa Matahari).

Jumlah tenaga yang dikeluarkan oleh matahari sangat besar. Kekilauan (Luminosity) matahari L☉ ialah \(3,85\times 10^{26}\) watt. Tenaga suria praktikalnya tidak terhabiskan. Jumlah tenaga matahari yang jatuh sesaat di luar atmosfera bumi yang disebut pemalar suria (Solar constant) adalah sekitar 1400 watt/m² (126 watt/kaki persegi). Jumlah tenaga ini memberikan sebanyak mungkin haba dan cahaya dalam seminggu seperti yang tersedia dari semua simpanan minyak, arang batu, dan gas asli yang kita ketahui.

Matahari kita dinamik dan bergelora. Ada ketika ia sangat aktif dan ada masa ia agak 'sunyi' (tidak aktif). Perubahan keluaran tenaga suria mempengaruhi iklim, atmosfera, dan cuaca di bumi, serta sistem komunikasi dan penghantaran tenaga moden. Perubahan ini dipantau untuk mengetahui dengan tepat bagaimana matahari mempengaruhi mumi.

Warna sebenar matahari
Selama ini kita menyangka warna cahaya matahari adalah berwarna kuning ataupun jingga kemerahan. Namun, jika kita berada di angkasa lepas ISS misalnya, kita akan lihat bahawa warna matahari sebenarnya adalah berwarna putih. Matahari memancarkan semua spektrum cahaya dan warna pelangi lebih kurang sama rata. Itulah sebabnya kita dapat melihat begitu banyak warna yang berbeza di dunia semula jadi di bawah cahaya matahari.


Cahaya matahari yang kita alami di permukaan bumi telah diselerakkan oleh atmosfera dan sedikit berbeza. Keadaan di langit bumi cenderung menghamburkan warna biru dan ungu lebih banyak daripada warna lain. Akibatnya, cahaya matahari langsung di permukaan bumi sedikit lebih merah daripada cahaya matahari di angkasa.

Jarak dan saiz
Purata jarak diantara bumi dan matahari ini dipanggil sebagai Astronomical unit (AU), iaitu dalam 150 juta km (93 million miles). Ahli astronomi mengira jarak data planet yang diterima dengan radar berkisar. Mereka menggunakan unit astronomi sebagai ukuran jarak dalam solar sistem. Matahari adalah sfera gas yang besar. Kita lihat lapisan permukaan yang nyata di langit. Jejari matahari (R☉) dalam lingkungan 696000 km (432000 mile). Dari bumi, diameter sudut matahari = 32' kelihatan sama dengan bulan purnama. Ilusi ini berlaku kerana Matahari berada 400 kali lebih jauh. Kita boleh buta serta merta seandainya melihat matahari tanpa mengambil langkah berjaga-jaga. Pembaca tidak boleh melihat matahari secara terus dan jangan sekali-kali melihat matahari melalui instrumen optik kecuali solar khas menutup bukaan penuh.
Share:

Rabu, Mei 19, 2021

Borak Mengopi


Kopi
Siapa ja yang tidak pernah meminum kopi? Dengan kepahitannya yang menjadikan ia sebagai minuman yang paling disukai di seluruh dunia. Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih biji kopi yang dipanggang menghasilkan suatu air berperisa pahit manis. Biji kopi menjadi bahan utama yang seringkali digunakan untuk mendapatkan kafein. Setiap baka biji kopi mengandungi kandungan kafein yang berbeza. Kandungan utama dalam biji kopi ini adalahlah kafein. Kafein inilah yang membuatkan kopi itu berasa pahit.

Antara bahan boleh larut yang terdapat dalam biji kopi,
(i) Kafein – rasa yang pahit
(ii) Organik Asid – rasa masam, terdapat beberapa jenis asid iatu (Asid Malic rasa seperti epal hijau, Asid sitrik rasa seperti lemons, oranges, peach, Asid Tartarik rasa seperti anggur dan pisang, Asid Asetik rasa seperti cuka dan kurang menyenangkan)
(iii) Klorogenik Asid –rasa pahit – quinic asid (seperti dalam air tonik)
(iv) Lipid (lemak) – minyak yang memberikan rasa “body” yang lebih tinggi
(v) Gula – rasa manis (fruktosa, sukrosa, dll).

Jom aku kongsikan sedikit info berkenaan kopi. Aku sertakan sumber rujukan pada hujung entri.

Apa itu kafein?
Kafein adalah sejenis perangsang semulajadi yang terdapat terutamanya di dalam tumbuhan teh, kopi & pokok koko. Ia bertindak sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat, jantung dan sistem pernafasan. Kafein merupakan sebatian organik nitrogen kumpulan alkaloid, bahan yang mempunyai kesan fisiologi yang ketara. Nama kimia kafein ialah 1,3,7-trimethylxanthine dan struktur kimianya ialah C₈H₁₀N₄O₂.
Kafein (1,3,7-trimethyl xanthine)

Bagaimana kafein berfungsi
Kafein adalah perangsang kepada sistem saraf tunjang di mana kafein yang sudah dicerna dan memasuki salur darah akan menghalang kesan adenosine, sejenis neurotransmitter yang berfungsi bagi membolehkan otak kita berehat dan menghasilkan rasa letih dan menimbulkan keinginan untuk tidur. Tahap adenosine biasanya bertambah sepanjang hari tetapi pengambilan kafein akan membantut dan menghalang fungsi adenosine. Kafein juga merangsang pengeluaran adrenaline serta menambahkan aktiviti sel sel otak. 

Adrenaline

Kafein mampu menjadikan otak lebih sensitif terhadap dopamin, tetapi sebenarnya tidak meningkatkan kadar bahan kimia di otak. Kombinasi ini menyebabkan kita merasa segar & mempunyai daya fokus yang tinggi serta tidak mengantuk selepas pengambilan kafein. Kesan kafein ini boleh dirasai agak cepat iaitu  diantara 20 minit sehingga 1 jam selepas pengambilan kafein. 

Khasiat Kopi
(i) Kopi boleh meningkatkan tahap tenaga dan membuatkan anda lebih cekap. Di otak, kafein akan menghalang adenosine (inhibitory neurotransmitter). Apabila perkara ini berlaku, kadar neurotransmitter yang lain seperti norepinephrine akan meningkat justeru membawa kepada peningkatan neuron. Sudah banyak kajian yang dijalankan ke atas manusia berkaitan kesan pengambilan kopi ke atas fungsi otak. Ini termasuklah daya ingatan, mood, kewaspadaan, tahap tenaga, reaksi dan fungsi kognitif.
(ii) Kopi boleh membantu membakar lemak. Beberapa kajian mendapati bahawa kafein boleh meningkatkan kadar metabolisma badan sebanyak 3-11%. Kajian yang lain pula menunjukkan bahawa kafein boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak, sehingga 10% pada orang yang obese, manakala 29% pada orang yang kurus.
(iii) Kopi boleh meningkatkan presasi Fizikal. Kafein meransang sistem saraf, menyebabkannya menghantar insyarat ke sel lemak untuk membakar lemak badan. Pada masa yang sama, kafein meningkatkan kadar Epinephrine (Adrenaline) di dalam badan. Iaiya merupakan hormon yang memainkan peranan semasa pergerakan badan yang intensif.
(iv) Kopi boleh melawan kemurungan dan membuatkan anda lebih gembira. Bedasarkan satu kajian oleh Harvard pada tahun 2011, wanita yang minum 4 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 20%. Jadi bila kau stress bekerja, take a break and drink coffee.

Kopi Rabusta vs Kopi Arabica
Kopi rabusta mengandungi kandungan kafien yang tinggi. Hal ini disebabkan robusta ditanam di tanah rendah. Kafien digunakan oleh tumbuhan sebagai penghalau kepada serangga perosak. Disebabkan arabica ditanam ditanah tinggi yang sejuk, serangga perosak kurang. Maka kandungan kafien pun kurang sedikit menyebabkan kurang rasa pahit. 70% of the world comsumes Arabica (Mild and aromatic). While 30% remaining drinks Robusta (Bitter-tasting with 50% extra kafein)/Pahit yang berlemak.Kandungan kafein di dalam kopi Arabica yang kering ialah sebanyak 1.2 g–1.5 g setiap 100 g kopi manakala kopi Robusta mengandungi 2.2 g - 2.7 g setiap 100 g kopi. Antara sebatian kimia yang terlibat dalam kopi arabica adalah Sotolon, Abhexon dan Furaneol. Mereka ini adalah sebatian yang memberikan kopi rasa manis karamel. Manakala, Kopi Robusta mengandungi 3,5-Dimethyl-2-Ethylpyrazine, 2,3-Diethyl-5-methylpyrazine dan 4-ethylguaiacol. Sebatian kimia ini memberikan kopi rasa spicy, earthy notes.

Memanggang Kopi (Coffee Roasting)
Memanggang bermaksud mengubah biji kopi dari hijau menjadi coklat. Kopi ini akan dipanggang antara 180C hingga 250C. Proses memanggang kopi ini melibatkan "Maillard-Reaction". Reaksi Maillard, dinamai L. C. Maillard, juga dikenal sebagai nonenzymatic browning. Ini adalah proses yang sangat kompleks dan merupakan tindak balas antara mengurangkan gula dan protein akibat kesan haba. Reaksi Maillard bermula dengan gula pengurangan yang bertindak balas dengan amina, menghasilkan glikosil amina. Proses inilah yang mempengaruhi rasa, tekstur dan bau suatu kopi tersebut. Semakin tinggi roasting level, semakin rendahlah kandungan kafein. Melanoidin yang terbentuk dalam reaksi Maillard juga memainkan peranan penting dalam membentuk dan menstabilkan crema dalam espresso, dan menyediakan kopi untuk diseduh. Mereka juga boleh memberikan beberapa manfaat kesihatan kopi - terutamanya aktiviti antioksidan dan anti-radang. 


Retakan pertama berlaku pada 200C – 202C dan serupa dengan retak popcorn (hanya sedikit lebih tenang). Retakan ini berlaku disebabkan oleh gas yang dikeluarkan oleh biji kopi semasa proses memanggang.  Retak kedua “terjadi ketika dicapai pada 224C – 226C. 


Light Roasts, Tahap panggang yang sangat ringan, keretakan pertama berlaku dengan pantas. Mild dan rasa toasted-grain, dengan light body dan plenty of acidity. Suhu diantara 196 hingga 205 celsius.


Medium Roasts, More body, less acidity dan boleh jadi most fruity and sweet. Suhu diantara 210 hingga 219 celsius.


Dark Roasts, The most intense and bitter, boleh ada smoky or choco. Suhu diantara 225 hingga 245 celcius.

Aroma Kopi
Bila kita melakukan proses memanggang kopi terdapat lebih 1000 sebatian kimia yang terhasil, bahkan lebih lagi. Benda inilah yang memberikan biji kopi berbeza aroma. Pyrazine adalah kelas sebatian aromatik kedua yang paling banyak dan menyumbang kepada rasa panggang, walnut, bijirin, keropok, atau rasa seperti roti bakar dalam kopi. Bersama dengan Thiazole, Pyrazine mempunyai bau yang paling rendah dan oleh itu memberi sumbangan besar kepada aroma kopi. Seterusnya, Pyrrole bertanggungjawab untuk beberapa aroma manis, caramel-like, dan mushroom-like dalam kopi. Selanjutnya, Thiophene diketahui mempunyai meaty aroma dan dianggap dihasilkan dari reaksi Maillard antara sulfur yang mengandungi asid amino dan gula. Thiazole mempunyai kehadiran yang lebih kecil dalam aroma keseluruhan dan dikatakan terbentuk melalui penurunan gula.

Banyak lagi sebatian aroma dalam kopi yang dibancuh. Sebahagiannya seperti rajah atas.

Kopi Cold Brew
Cold brew adalah kopi yang dibancuh dengan air yang sejuk atau suhu bilik. More kafien akan extract easily dengan air panas. Less extract dengan air sejuk. Cold brew lagi high in caffein ini disebabkan ratio dia ja, normally ratio cold brew ni 1:6 or 1:4 kadang ada yang pergi sampai 1:3. Kopi cold brew kegemaran ramai mempunyai kandungan kafein tertinggi iaitu sebanyak 150 mg - 250 mg kafein untuk satu gelas besar. Ini kerana nisbah kopi & air untuk cold brew yang tinggi iaitu 1:8 manakala nisbah kopi seduhan panas ialah 1:16. Macam mana pun beans, grind size, water temperature main peranan penting dalam menentukan kandungan kafien.

Kopi Espresso
Espresso yang berasal daripada bahasa itali yang bermaksud cepat(express) kerana pembuatannya untuk disajikan segera kepada pelanggan. Ia adalah minuman yang dihasilkan dengan mengestrak biji kopi yang sudah dikisar dengan menyemburkan air panas di bawah tekanan tinggi. Expresso mula dibangunkan di Milan, Itali sejak awal abad ke-20 dengan penemuan mesin kopi yang boleh mengeluarkan wap dan air mendidih melalui serbuk kopi oleh Luigi Bezzera pada tahun 1901. Antara minuman yang berasaskan kopi espresso adalah seperti Americano, Cappuccino, Mochaccino(Caffe Mocha) dan Caffe Latte. Pembuatan coffee berdasarkan teknik espresso telah menghasilkan banyak lagi aneka minuman kopi.

Kopi Segera (Kopi 434 from MUAR!!)
Kandungan kafein dalam kopi segera umumnya kurang daripada kopi yang diseduh. Satu cawan kopi segera mengandungi 60+ mg kafein. Kopi segera dihasilkan dari kopi yang telah diseduh yang telah dikeluarkan airnya. Bila airnya dah dikeluarkan, kandungan kafein pun berkurang sedikit. Untuk membuat kopi segera, tambahkan satu sudu teh serbuk ke secawan air suam dan kacau! Jadi mari kita bersembang berkenaan jenama kopi yang paling saya minati. Iaitu kopi 434. Jenama kopi yang sangat popular di selatan tanah air khususnya di Muar, Johor. Kalau korang lalu bandar muar mesti nampak bangunan berwarna kuning dengan logo yang besar gedabak bertulis kopi 434. Kalau berkesempatan belilah! dan bau aromanya dan rasai kopinya. Keluarga kami selalu beli yang coffee bag. Mengandungi lebih 100 paket kecil. Sekali kau minum kopi-O nya. Pasti addicted punya.

Kopi Segera (Nescafe)
Saya bukan pengutip tin, tapi saya suka kumpul tin nescafe. Selalunya saya akan basuh setelah minum and cuba teka? Bau aroma kopi tu tak hilang. Bahkan aroma setiap tin tu berbeza.

Kopi jenama nescafe siapa tak kenal? Ia gabungan daripada "Nestle" dan "Cafe" menjadikan "Nescafe". Selalunya aku akan minum air tin dia sebagai kopi segera. Kekadang bila aku keluar rumah, aku akan beli satu tin air nescafe sekurangnya. Lebih dari 6 jenis air tin nescafe yang aku dah rasa. Memang ada diantaranya yang bau berbeza. Milky ada, very coffee O ada. Mocha, Hazelnut dan banyak lagi. Paling aku suka setakat ini adalah Kopi-C. Rasanya bagus, pahit pun pahit jugak dan sedikit bersusu. 

Kopi Seduhan
Kopi yang diseduh dibuat dengan menuangkan air panas ke biji kopi, kemudian dibancuh. Nak buat kopi seduhan ni kau sekurang-kurangnya kena ada serbuk kopi, french press/moka pot untuk senduh(extract) kopi dan gelas sudu. Banyak lagi peralatan lain, cuma aku tak mendalami sangat. Aku bukan barista! Satu cawan kopi seduhan mostly mengandungi 95 mg kafein manakala satu shot espresso mengandungi 40 mg kafein.

7. Saya syorkan join group ini https://www.facebook.com/groups/peminatkopi jika nak perkongsiaan tentang ilmu kopi
Share:

Khamis, Mei 13, 2021

Penjelasan Anomali Muon g-2


Baru-baru ini digemparkan dengan keputusan hasil eksperimen Fermilab Muon g-2 yang dapat mengubah landskap fizik yang baru apabila pengukuran baru dari eksperimen Mu-g-2 di Fermilab sangat mempersetujui dengan nilai yang terdapat di Brookhaven menyimpang dari teori dengan pengukuran yang paling tepat sehingga kini. Oleh itu mari kita mengenali terlebih dahulu apa itu muon dan penjelasan bagi anomali muon g-2.
Share: