Isnin, Disember 25, 2023

Jangan kembali kepada penyelia dengan tangan kosong

Kemaskini blog yang telah lama bersarang, penulis sekarang sedang menghadapi FYP (Final Year Project). Walaupun penulis tidak berada di final year dalam pengajian ini lagi, namun ia adalah berkenaan projek penyelidikan. Tajuk saya melibatkan kajian secara teori. Kami tiada lapangan untuk turun, dan banyak melibatkan simulasi dan perisian. Mungkin ini yang dikatakan fizik teori? atau pengkomputeran fizik? Entah, den kecelaruan bidang.

Setiap minggu perlu ada kemajuan (progress). Itulah yang sepatutnya diterapkan apabila melakukan penyelidikan. Besar atau kecil kemajuan itu tak penting, yang penting 'ada'. Melakukan penyelidikan benar-benar memerlukan disiplin yang besar dan teguh. Penyelia tidak akan selalu bersama, temunya hanya sekali seminggu dalam kes aku. Namun penyelidikan juga harus sentiasa dikerahkan.

Bila sudah mati akal, minta bantuan. Nak minta bantuan, kitalah yang perlu berikan sesuatu. Supaya pertolongan itu dilaburkan pada perkara yang benar-benar bermakna. Kekadang aku melihatnya seperti sebuah jual beli. Untuk kita mendapatkan sesuatu daripada penyelia, kita perlu memberikannya sesuatu.

Apapun penyelia bagi kajian saya sudah banyak membantu. Secara formal mahupun tidak formal.

- hh (4:19PM, 25/12/2023)


Share:

0 Komen:

Catat Ulasan