Ahad, Julai 18, 2021

Cherita Dalam Bilik Kuliyah

———

Oleh hh (Ahad, Julai 18, 2021)

Berjenaka dengan kimia

Waktu itu peperiksaan semester kami semakin hampir. Lecturer kami terpaksa mempercepatkan silibus kuliah mereka. Semua pelajar penat dan tenat. Muka mereka ada yang berpeluh keruh, bermajoriti riak wajah yang bengis kerana kelas dari pagi hingga petang. Suatu ketika di kuliah kimia, lecturer tersilap lukis struktur kimia dalam tajuk polimer,


Pelajar lain : *tegur kekhilafan* menunjukkan mereka faham bahawa karbon hanya dapat membuat 4 ikatan bond sahaja. 

Sedangkan aku & Syazril(kawan sekelas) : "Weh kau tengok, karbon tu cacat ada 5 bond hahahha"

Persoalannya berkemungkinan ke karbon ada 5 bond? Mungkin suatu hari boleh jadi berdasarkan syarat dan penyediaannya. Sebab ini aku kurang berminat dengan subjek kimia. Apa-apa tindak balas boleh berlaku, dan saintis menghalalkannya dengan syarat. Contohnya, kesan sterik, konfigurasi elektron anomali, peraturan octet dan banyak lagi sebenarnya yang tidak sehaluan dengan pemikiran aku. Mereka buat 'special cases' bagi yang tak mematuhi prinsip atau peraturan itu. Mungkin ada sebab tetapi aku belum teroka?

Alam ini sungguh unik, terlalu banyak mineral dan komposisi yang belum lagi diterokai. Bidang sains yang bersifat dinamik, boleh jadi teori dan prinsip yang kita pegang sekarang tidak lagi bermakna. Bilamana datang pula dapatan teori yang lebih kukuh, maka kepercayaan kita berpindah. Tapi itulah yang menjadikan ia suatu yang menarik dan misteri bagi aku.

Semoga kita tidak tergolong antara orang yang tertekan dalam kuliah.


Kuliah bukan sekadar lihat dan rehat
Pensyarah matematik sem dua aku pernah tegur, pelajar suka sangat tidur dalam bilik kuliah. Mungkin sebab ada penghawa dingin. Diorang rasa seperti berada di panggung wayang. Kebanyakkan pelajar langsung tidak faham apa yang kuliah sampaikan kerana mereka sekadar lihat dan rehat. Apa yang disampaikan A hingga Z hanyalah berada dalam kuliah sahaja. Bila melangkah keluar dari bilik kuliah, habis hilang segala syarahannya. Pelajar tidak tahu apa konteks yang ingin disampaikan oleh pensyarah. Mengapa ini berlaku? Kerana mereka belum bersedia. 

Analoginya, seperti kau menonton filem di panggung wayang, bagaimana kau nak jangka apa jalan ceritanya tanpa melihat sipnosis dan genrenya? Begitu juga dengan kuliah yang disampaikan oleh lecturer kau. Persediaan dan pemahaman adalah dua perkara penting untuk fokus dalam kuliah. Merakam dan menulis adalah cara kita mengikat ilmu yang disampaikan.

Semoga kita tidak tergolong antara orang yang tidur dalam kuliah.


Masuk kuliah lewat malu beb!
Pintu masuk kuliah selalu berada di depan kuliah. Bila mana kau membuka pintu kuliah, setiap orang dalam kuliah boleh tertumpu kepada kau. Ini kes kalau kau masuk kuliah lambat. Kalau kau jenis yang beradab, kau akan pergi dekat pensyarah dan minta maaf kat dia sambil beri alasan kenapa kau lewat. Kalau kau jenis yang kurang beradab, kau abaikan orang sekeliling dan terus mencari tempat duduk. Sebenarnya bila kau dah masuk kuliah lambat, kau dah menganggu orang yang sedang belajar dan pensyarah yang sedang mengajar. Kalau kau rasa lewat masuk kuliah adalah sesuatu yang "cool" sebenarnya tidak. Lebih baik kau ponteng kuliah kalau begitu, kerana kau telah mendamaikan suasana kuliah dengan ketidakhadiran kau.

Dalam rekod aku, hanya pernah lewat masuk kuliah sekali sahaja di matrikulasi, itu pun sebab bangun lewat (kuliah pagi ya). Terus langkau mandi pakai baju kemeja haha. Aku mula melihat minyak wangi sebagai suatu kepentingan untuk menyembunyikan kebusukkan kau yang tak mandi. Terima kasih minyak wangi.

Semoga kita tidak tergolong antara orang yang tidak menepati masa.


Ditegur senior sebab nak ponteng kuliah
Pernah sehari itu aku penat sangat, nak masuk kuliah pun tak terdaya. Sebab aku yakin, aku akan tertidur dalam bilik kuliah. Jadi aku fikir, daripada aku tidur dalam bilik kuliah lagi baik aku tidur di bilik sendiri. Lagi selesa. Kawan sekelas aku ada yang senior, senior sorang ni ada ajak aku pergi kuliah. Aku kata tak payahlah masuk sebab susah nak masuk otak pun penat. Dia kata, kita masuk kuliah pun kalau tak dapat 100% output pun, 10% pun cukup. Dari situ aku sedar, betapa pentingnya ilmu yang disampaikan walaupun ilmu yang kita dapat hanya sedikit.

Mulai daripada haritu aku mula ada bersemangat balik masuk kuliah. Bukan maksud aku jarang masuk kuliah, ya. Cuma hilang semangat sebab tak dapat fokus dalam kuliah.

Semoga kita tidak tergolong antara orang yang poteng kuliah.


Pengalaman memberi pengajaran kepada kita. Supaya kita memperbaiki segala kekurangan dalam diri. Semoga dengan "Cherita Dalam Kuliyah" dapat memberi sedikit pengajaran dan renungan buat diri kita meskipun maksud tak sampai. – hh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut langganan