Khamis, Julai 15, 2021

Hukum Gerakan Newton

Hukum Newton Pertama

Hukum Newton Pertama menyatakan, suatu jasad akan kekal dalam keadaan asalnya jika tiada daya luar dikenakan. Ini bermaksud jika asalnya zarah bergerak dengan halaju seragam maka ia akan terus bergerak dengan halaju seragam dan jika ia dalam keadaan pegun maka ia akan terus pegun kecuali jika ia dikenakan suatu daya luar(external force).

Daya ialah sesuatu yang dihasilkan perubahan kepada keadaan pegun atau gerakan seragam suatu jasad. Hukum ini menunjukkan bahawa suatu jasad itu memiliki sifat ketidakmahuan di dalam dirinya untuk mengubah gerakannya. Sifat ini dikenali sebagai inersia. Jisim suatu jasad adalah suatu sukatan bagi inersia (Jisim besar, inersia besar).

Hukum Newton Kedua
Hukum Newton Kedua menyatakan kadar perubahan momentum satu jasad berkadar terus dengan daya panduannya dan berlaku dalam arah daya yang dikenakan itu (momentum adalah satu kuantiti vektor).


Jika sistem itu terdiri daripada satu jasad berjisim, m dan m adalah tetap maka,

maka, F = kma.

Nilai k ditentukan oleh sistem unit yang digunakan. Dalam sistem SI, satu unit daya ini disebut satu newton, N. Jadi, satu newton ialah magnitud daya yang perlu dikenakan ke atas satu jasad yang berjisim, m 1kg untuk memecutkannya dengan pecutan, a 1ms‾².
Hukum Newton Kedua adalah konsisten dengan hukum Newton pertama kerana, jika :
Iaitu jika tiada daya bersih bertindak ke atas suatu jasad, pecutannya adalah sifar. Maka halajunya seragam atau sifar iaitu jasad kekal dalam keadaan rehat atau bergerak dengan halaju seragam.


Hukum Newton Ketiga
Hukum Newton ketiga menyatakan, setiap kali sesuatu jasad mengenakan daya (tindakan) pada jasad yang lain, jasad kedua ini akan mengenakan daya tindak balas ke atas jasad pertama, yang bermagnitud sama tetapi berlawanan arah dan mempunyai garis tindakan yang serupa.


Jika satu jasad A mengenakan daya FA (tindakan) ke atas jasad B maka jasad B pula mengenakan daya FB ke atas A yang mana ia bermagnitud sama tetapi berlawanan arah iaitu FB=-FA

Misalnya,

1. Perlanggaran dua objek
Keadaan sebelum perlanggaran

Keadaan semasa perlanggaran

FB adalah daya tindakan ke atas A maka FA adalah daya tindak balas ke atas B. Kedua-dua daya ini adalah sama magnitud tetapi berlawanan arah oleh itu :
Kita menganggap bahawa objek yang bergerak ke arah kiri mempunyai nilai negatif. Manakala objek yang bergerak ke arah kanan mempunyai nilai positif.

2. Berat dan daya normal
Bongkah mengenakan daya berat ke atas lantai (W: tindakan), dengan itu lantai mengenakan daya normal ke atas bongkah (N: tindak balas). Magnitud kedua-dua daya normal dan berat adalah sama tetapi berlawanan arah.
3. Ketegangan

Ketegangan ialah daya yang bertindak di dalam tali atau benang untuk menentang daya regangan. Di sini wujud tindakan dan tindak balas. Daya regangan, F adalah tindakan dan daya tegangan, T adalah tindak balas menentang tindakan.
F = daya regangan (tindakan)
T = daya tegangan (tindak balas)

Kita menganggap bahawa tiada daya geseran yang dikenakan.

Share:

0 Komen:

Catat Ulasan