Game Marathon : Assassin's Creed
Nampaknya dah seminggu aku meninggalkan blog. Sebenarnya aku dalam marathon permainan video Assassin's Creed. Sebelum masuk kolej lagi aku berkenan nak main permainan video ni. Cumanya tak sangka dapat main sekali series lain. Sepanjang seminggu ini aku berjaya habiskan AC 1, AC 2, AC:Brotherhood, AC:Revelation, dan AC 3. Yelah PKP kan, mana boleh keluar rumah. Aku rasa gaming marathon jarang orang buat. Sebab ia memerlukan masa lapang yang banyak. Ya, aku tak sepatutnya main permainan video lagi. Sebaiknya aku fokus pada pendidikan. Bagi aku Assassin's Creed adalah alternatif lain pendidikan, ia salah satu game Open World. Ia melibatkan tamadun yang terdahulu. Seperti AC1, kau akan berada di Jerusalem. AC2, kau akan berada di Italy. AC:Brotherhood kau berada di Rome. AC:Revelation pula kat Instanbul. Ia penerokaan pada masa silam. Syok rasa jalan-jalan di sana. Tetapi sejarah yang dibentangkan AC hanyalah fiksyen. Walaupun ada sebahagian watak yang betul diambil seperti Leonardo da Vinci, Pope Alexander VI, Niccolò Machiavelli, Bayezid II, etc. Ini adalah satu-satunya permainan video yang membuatkan aku meminati subjek sejarah. Sebab kau akan membuat sejarah! Walaupun hanya sedikit fiksyen.
Mungkin aku patut kembali semula untuk belajar penerokaan alam, banyak benda dah aku tinggal. Rasanya sudah 2 bulan menganggur setelah habis menuntut di Matrikulasi. 15/7/2021 ini keputusan sem 2 akan keluar, aku harap sangat dapat keputusan yang memuaskan. Semasa aku jawab haritu sangatlah tak yakin dengan jawapan yang diberi. Paling terciduk dekat Kimia dan Matematik. Semoga aku tawakal dan redha dengan apa yang Tuhan beri.
"Organic Chemistry: The Killer Subject" - Lew
Beberapa hari sebelum peperiksaan semester akhir, berkali-kali Lew cakap yang Kimia adalah "killer subject". Lew adalah roommate aku, dia seorang yang bijak. Budak modul 1 yang ambil Biologi, Kimia, Matematik dan Fizik. Aku selalu rujuk kat dia kalau aku tak faham sesuatu. Kalau kau nak tahu, dia buat kerja seperti seminggu kehadapan dari aku atau yang lecturer dia ajar. Setiap topik dalam silibus kami ada tutor(Latihan) yang perlu disiapkan. Setiap kali aku tanya dia soalan tutor, mesti dia dah siap. Bahkan tutor yang belum aku buat lagi. Aku boleh sahaja nak tiru semua tutor dia, tetapi apa aku dapat? Tiru jawapan tak dapat memuaskan diri aku, maka aku lebih utamakan bertanya soalan kat dia walaupun dah ada jawapan. Alhamdulilah, dia baik dan bersabar dengan kebodohan aku. Aku akan bertanya selagi aku tak faham. Tapi selalu juga jadi yang mana benda yang aku tanya dia tak dapat jawap ataupun dia pun tak faham soalan tutor tu. Maka aku pergi ke langkah seterusnya. Iaitu bertanya lecturer aku sendiri. Kalau nak tahu, lecturer pun macam dah muak dengan aku sebab selalu tanya soalan. Tapi diorang suka orang tanya soalan. Bila aku dah dapat jawapan, aku akan kongsikan dengan Lew. Ada masa kami akan beri pendapat dan berdebat. Serius. Lew tahu aku minat Fizik, maka dia pun terkadang tanya soalan kat aku juga tentang Fizik.
Ya, kembali. Sem II kami dipendekkan. Hanya dalam 5 bulan sahaja tempoh pembelajaran kami termasuk peperiksaan. Dipendekkan sebab pandemik Covid19. Kami waktu itu jalankan peperiksaan secara bersemuka. Sebab kami semua ada di kolej. Aku tak pernah sangka Lew akan cakap kimia sem II ini sebagai killer subject. Sebab kimia sem II kami adalah kimia organik. Ah sudah. Bagi aku sendiri dengan tempoh sem yang singkat memang sukar kau nak tangkap semua silibus kimia organik. Ia lebih kepada menghafal. Aku kesian juga kat Lew sebab dia ada subjek Biologi yang dia terpaksa ada kelas bio pagi, petang, dan malam. Aku tak ambil subjek Biologi, tetapi aku ambil Sains Komputer. SK ini kau kena faham konsep dan rangka ja. Jujur aku kata, SK ini subjek advantage bagi aku. Sebab dari sekolah menengah dah belajar. Alhamdulilah. SK sem II adalah belajar programming Java.
Apapun, benda dah lepas. Kami peperiksaan ada beberapa tempat. Aku dan Lew semestinya berbeza tempat. Habis ja peperiksaan, semua pelajar balik blok. Aku masuk bilik, aku tenung Lew. Lew tenung aku. Kami tak cakap apa pun pasal Kimia. Dia nak aku mulakan dulu, sebab kalau dia mulakan seperti tak bersimpati kat aku. Kami berharap hanya satu, tolonglah gred turun.
Jalan Pulang
Aku mula sedar bahawa berubah itu mudah jika Tuhan kehendaki. Tetapi kau nak kekal istiqamah itu susah. Manusia boleh berubah baik sekelip mata, detik itu bermulalah hijrahnya. Tanpa panduan dan arah ia boleh kembali sesat ke lembah jahilliah. Itulah yang kita risaukan. Aku sudah mengalami fasa jatuh bangun. Perkara ini membuatkan aku jadi buntu, ataupun mati akal. Kadang mempersoalkan sampai bila aku nak jadi seperti ini. Ia sentiasa berulang. Seakan aku tahu penghujung cerita. Ia sesuatu yang menyedihkan buat jiwa hamba yang lemah. Bimbingan adalah jawapan. Hidup tanpa bimbingan kau akan sentiasa dalam kesesatan. Maka carilah seseorang yang mampu membimbing kau ke arah kebaikkan dan menjauhi keburukkan. Sampai suatu tempat dalam hijrah kau, kau akan temui suatu pekan. Iaitu pekan kebaikkan. Di sana, kau akan temui lebih ramai orang yang akan bimbing kau, lebih peduli tentang kau. Jika hanya kau sentiasa berusaha mencari arahnya. Kerana saat kau jatuh, merekalah yang akan menghulurkan tangan untuk kembali kepada Tuhan. Semoga kita sentiasa dipertemukan orang yang baik-baik demi mencari jalan pulang.
- hh
0 Komen:
Catat Ulasan