Ahad, Mei 21, 2023

Falsafah disebalik filem KIL

———

Oleh hh (Ahad, Mei 21, 2023)

Cuba kau fikir sejenak, fikirkan akan ketiadaan, kekosongan. Seperti bayi yang baru lahir. Di mana kau hanya hidup ke atas naluri untuk kelangsungan hidup. Maksud aku, makan, minum, dan tempat tinggal yang kita gelar "Home". Buat kau rasa selamat dari sebarang bahaya. Tiada emosi mahupun perasaan. Tetapi bukan mati, cuma tiada. Macam bayi? Menangis, namun hanya ke atas naluri. (Aku beri 1 minit untuk kau fikirkan).

Kini kau fikirkan keadaan kau sekarang. Fikiran bercelaru, emosi yang tidak tentu arah. Perasaan yang kau sendiri tidak pasti. Berbolak balik macam tayar yang dilepaskan dari tempat yang curam. Kau juga tidak suka keadaan kau sekarang. Menyalahkan diri sendiri.

Tapi kau sedar tidak sedar, bahawa hakikatnya ini semua mainan fikiran dan emosi kau sendiri? Kau boleh tekan butang "reset" dalam fikiran kau untuk jadi bayi baru lahir, tiada masalah. Kau boleh tinggalkan semua emosi dan perasaan kau kat belakang. Dalam kekosongan ini, minda kau mungkin ada yang membantah dengan masalah-masalah. Di sini kognitif bermula, apa masalah paling teruk kau boleh dapat. Dan apa masalah tu nak buat dengan hidup kau pada masa hadapan? Tak berguna? Buang.

Jika kau rasa fikiran kau tiada butang "reset", berdoalah agar kau kehilangan ingatan. Pada waktu itu, kau sedar (jika kau mula ingat akan waktu lalu) bahawa segala masalah-masalah, perasaan, emosi yang kau hadapi langsung tidak berguna. Sebab kau dah lost it all. Lepas kau hilang ingatan, kau jadi manusia. Possibly paling teruk condition macam bayi.

Dalam kesucian pemikiran kau itu, kau boleh pilih untuk hidup. Kau boleh pilih untuk senyum. Kau boleh pilih untuk bergembira.

Cuma, kau tidak perlu untuk hilang ingatan. Kau hanya perlu KIL the emotional and the negative cognitive thought. How? Read first paragraph.

Inilah idea apa yang diselitkan dalam filem KIL. Kau boleh renyukkan pemikiran serta emosi kau yang rosak, dengan ketiadaan. Namun tidak selamanya tiada, kau perlu isi dengan kebahagiaan.

Kita mengawal emosi kita, bukan emosi yang mengawal kita kerana pemikiran adalah kuasa yang ada pada semua orang.


- hh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut langganan