Jumaat, Mei 12, 2023

Memaknai erti kesusahan

Satu perkara yang saya rasa kita selalu terlepas pandang adalah kita selalu fikir bahawa kita seorang sahajalah ada masalah yang spesifik dalam hidup. Tidak ada orang lain yang mempunyai masalah yang sama dengan kita. Sedemikian itulah kita merasakan diri kita keseorangan. Namun, kita lupa untuk memandang satu sudut.

Kita lupa yang kita berada dalam selang hidup dan mati. Maka, akan sentiasa ada orang yang lebih bernasib baik dari kita dan ada orang bernasib buruk dari kita. Diantara kedua selang itu, hidup adalah nasib yang sebaiknya kita perlu syukur dan seburuknya kematian lebih menuntut dari apa yang kita lalui dalam kehidupan.

Maka raikanlah penderitaan sepanjang anda hidup kerana itulah sebenarnya mencorak hidup supaya lebih menarik.

- hh

Share:

0 Komen:

Catat Ulasan