Jumaat, Julai 28, 2023

Wanita itu sungguh ajaib!

———

Oleh hh (Jumaat, Julai 28, 2023)

Kagum benar saya. Apakah daya seorang wanita biasa mampu mengisi hati seorang lelaki yang kosong jiwanya. Hilang tujuan-tujuan yang tiada halanya dalam hidup si lelaki itu. Setelah tercipta pula pengharapan si lelaki itu, tidak lagi ia memperjudikan hati sesiapa lagi. Ajaibnya walau sekadar orang biasa, wanita itu telah membuat hidupnya terasa bermakna kembali dengan sisa paling berharga.

Mungkin juga ia hanya dapatan bahawa manusia itu juga perlu perhubungan; Manusia juga saling memberi makna hidup. Andai Adam tidak menemui Hawa, manakan kita pula mampu merasai nikmat kasih sayang dan cinta dalam penghidupan ini? Mungkin juga kita tidak akan menemui apa makna kehidupan di dunia ini. Jika Allah ciptakan duniawi tanpa ukhrawi, kehidupan ini tentu mengecewakan.

Saya kira kehidupan kita di dunia ini tidak terletak pada memelihara hubungan rapat dengan Allah SWT (hablu min Allah) tetapi juga hubungan sesama manusia (hablu min 'an nas). Dan hubungan inilah yang membentuk redha diantara diri dengan penciptanya sekiranya baik tujuannya. Hubungan yang suci itu membawa kepada keluhuran budi yang baik dan jiwa yang murni.


اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ


- hh (Petikan Catatan 2:51AM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut langganan