Isnin, Julai 31, 2023

Formula menghentikan budaya membuli perlu bersifat kesejagatan

———

Oleh hh (Isnin, Julai 31, 2023)

Budaya membuli sukar nak dihentikan selagi mana kita tidak mencabut punca akarnya. Boleh jadi budaya membuli ini bermula daripada keluarga terdekat sendiri (segi layanan kepada si pembuli) ataupun daripada persekitaran si pembuli itu sendiri (fizikal mahupun maya). Kemudian ia (pembuli) menterjemahkan pembudayaan ini kepada komuniti sekolah.

Maka formulanya tidak hanya khusus penyelesaian kepada sekolah namun penyelesaian terhadap budaya suatu masyarakat itu sendiri. Boleh saya katakan, jika ada seseorang yang berjaya merangka formula yang berkesan secara efisien dan menyeluruh, sewajarnya diberikan Pingat Nobel Keamanan kerana ia telah menyelesaikan masalah yang bersifat sejagat serta aeon ini.

– hh (31/7/2023)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut langganan