Rabu, Ogos 02, 2023

Nilai perdebatan dalam membawa suatu isu perbahasan

Banyak hal dalam "acara" perdebatan, saya kira ia bukan soal mencari kebenaran. Ia lebih kepada memenangi perbahasan, tidak kira sama ada hujah itu benar atau tidak, jika si penghujah dapat mengail/mencuri hati penonton dan hakim, maka dialah pemenang acara (melalui penilaian² mereka). Lantas itu pada pendapat saya, acara debat ini bersesuaian jika isu/tajuk yang diperdebatkan bersifat "contentious". Seimbang dari segi pro dan kontra suatu isu/topik itu dengan sifatnya yang dapat dilihat melalui pelbagai sudut perspektif serta hujah yang mampu diterima di kedua-dua belah pihak. Maka, penilaian terbesar dalam acara perdebatan ini adalah lebih kepada teknik serta gaya seseorang menyampaikan suatu hujah itu.

Sekiranya penonton menginginkan suatu medium yang mampu membuahkan idea-idea dengan lebih besar dan baik. Jalan alternatifnya adalah untuk melibatkan diri dalam mana² wacana perbincangan ilmiah ataupun majlis syura'. Di mana, dapatannya bukan mencari siapa 'hebat', namun mencari hujah atau buah fikiran yang berasas dan berfakta. Hal ini juga terpakai dalam melibatkan isu² khilafiyyah. Melalui firman Allah SWT dalam Surah an-Nahl ayat 125,

وَجَٰدِلۡهُم بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ

Maksudnya: berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Dari konteks debat yang sia-sia, saya kira sebuah perdebatan (misalnya melibatkan aqidah – isu kepercayaan) berat hanya akan menjadi sebenar-benar "sia-sia" sekiranya kita meletakkan diri ke atas kebatilan dan bukannya kebenaran. Imam al-Syafie RA pernah menyebutkan,

مَا جَادَلْتُ أَحَدًا إِلَّا تَمَنَّيْتُ أَنْ يُظْهِرَ اللهُ الْحَقَّ عَلَى لِسَانِهِ دُوْنِيْ

Maksudnya: “Aku tidak akan berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah SWT mengzahir kebenaran di atas lidahnya berbanding diriku”.

Namun, sesi debat yang menjadi tumpuan sekarang saya kurang dapat sebarang objektif yang jelas melainkan hanya sekadar senario dua komponen lawan (debat politik) berbanding “debat ekonomi” itu sendiri.

– hh (2/8/2023)

Sumber Rujukan :

Share:

0 Komen:

Catat Ulasan