Kerja secara mendalam adalah keupayaan seseorang untuk memberi tumpuan tanpa gangguan pada tugas yang menuntut secara kognitif; yakni tumpuan terhadap tugasan asal yang menuntut seseorang untuk bekerja. Kemahiran ini sudah menjadi semakin berharga dalam ekonomi kita. Keupayaan untuk fokus secara mendalam adalah kemahiran yang boleh dipelajari dan diperbaiki. Terdapat empat peraturan untuk memupuk kerja yang mendalam,
- Hidup secara minimalis - Hilangkan gangguan daripada persekitaran dan jadual kerja kita.
- Bekerja dalam blok masa yang difokuskan - Ketepikan masa tanpa gangguan untuk mengerjakan tugasan kita yang paling penting.
- Amalkan latihan yang disengajakan - Fokus pada meningkatkan kemahiran anda dengan berulang kali mengerjakan tugas yang mencabar.
- Ambil rehat - Bangun dan bergerak setiap 25-30 minit untuk mengelakkan keletihan mental.
Kerja secara mendalam ini bukan sesuatu yang mudah, namun tidak mustahil untuk dicapai. Jika kita benar-benar sanggup untuk meletakkan usaha yang sungguh, kita boleh belajar untuk memberikan tumpuan yang mendalam dan capai banyak perkara yang hebat. Antara manfaat yang boleh kita dapat dengan bekerja secara mendalam ini ialah meningkatkan produktiviti, kreativiti, kepuasan yang lebih besar dalam kerja kita, dan rasa pencapaian yang lebih kuat.
Tidak mengapa untuk mengatakan tidak kepada gangguan - Jika kita cuba memberi tumpuan, adalah penting untuk dapat mengatakan tidak kepada e-mel, media sosial dan gangguan lain. Adalah perkara penting untuk mendapatkan tempat yang sunyi untuk bekerja, mendapatkan rehat serta bersabar. Hal ini kerana belajar untuk fokus secara mendapat mengambil masa dan juga usaha. Keupayaan kita untuk memberi tumpuan yang mendalam adalah sesuatu kelebihan daya saing, yakni dalam dunia di mana semua orang sentiasa dihujani dengan gangguan (e.g. media sosial), keupayaan untuk memberi tumpuan yang mendalam akan memberikan kita kelebihan yang ketara.
Kerja secara mendalam ini merupakan sebuah perjalanan, dan bukan destinasi. Seperti dinyatakan sebelum ini, ia mengambil masa dan usaha untuk mempelajari cara untuk memberi tumpuan secara mendalam. Ia hanya akan membuahkan hasil dalam jangka masa panjang, dan jangan mengharapkan untuk mendapatkan keputusan yang terlalu awal!
- hh (7:57 PM; 7/8/2023)
Merujuk:
Deep Work: Rules for Focused Success in a Distracted World karya Cal Newport
0 Komen:
Catat Ulasan