Ahad, Ogos 06, 2023

Era Politik Sinis Rakyat Malaysia

Polarisasi politik yang menebal telah membawa kita kepada pemikiran yang sempit. Sehingga daya kemampuan kita untuk menerima fakta lebih cenderung kepada apa yang kita 'memihak' sehingga membuang secara mutlak sudut pandang lain. Sikap sebahagian ahli politik yang sering mengadu domba dan berpolitik kotor telah membawa kita (terdiri daripada penyokong mahupun pengundi) kepada pemikiran binari; "you're either with us, or against us" hasil daripada polarisasi politik yang menebal.

Melalui pengamatan saya (sudut pandang mahasiswa), hasil daripada polarisasi politik (wujudnya golongan fanatik) serta pemikiran binari ini telah membawa masyarakat (khususnya generasi mendatang) menjadi sinis (cynical) tentang politik kerana misalnya parti yang sebelum ini menentang parti lain tetapi kini bergabung. Politik matang? Tidak, ini adalah hasil politik kotor yang diamalkan oleh parti² berkaitan yang membuatkan polar politik kita menebal. Kurangnya kepercayaan; kepercayaan seseorang dalam proses politik menyebabkan peningkatan sikap tidak peduli atau pengasingan diri daripada urusan politik. Fenomena ini bukan sesuatu yang luar biasa dalam politik, dan ia sering timbul apabila orang menganggap bahawa parti politik mengutamakan kepentingan mereka sendiri daripada rakyat.

Namun, hasil daripada fenomena inilah rakyat akan mula "matang" dan lebih menilai wakil rakyat mereka dari sudut prestasi dan bukan lagi kepartian. Tiada lagi politik persepsi, politik fanatik, etc. Percayalah, seberapa banyak anda menafikan pendapat yang saya kongsikan ini. Suatu masa ia akan tetap berlaku.

Mungkin beberapa tahun lagi kita akan menjadi seperti negara Indonesia yang menerima pembangunan Jokowi. Indonesia pasca Orde Baharu ini telah menukar cara berpolitik negara itu kepada yang lebih matang dan terbuka. Kematangan politik dan perasaan mendahulukan negara dalam setiap perkara.

– hh (6/8/2023)





Share:

0 Komen:

Catat Ulasan