Hilang dapatannya jika hendak memandang tinggi akan ketamadunan orang-orang barat dalam pasca-modenisme ini. Penerimaan mereka terhadap LGBT+ sahaja menimbulkan pelbagai konflik yang meruntuhkan moral masyarakat mereka sendiri. Fitrah (perduaan jantina) ini yang tidak dapat mereka terima dengan akal fikiran mereka sendiri, akhirnya akan melahirkan masyarakat yang kecelaruan identitinya. Besar bahana pada negara, bangsa dan agama jika kesonsangan ini terus dinormalisasikan lalu menjadi malar budaya bagi suatu masyarakat.
Apabila mula timbulnya pelbagai konflik asbab penerimaan itu, mereka bagaikan binaan rapuh yang hanya menunggu masa untuk runtuh. Perkara yang mereka sangkakan ia sebagai suatu hak asasi manusia itu hanyalah memaparkan sebilangan besar kejahilan (kebodohan) diantara mereka. Dan inilah yang akhirnya akan memakan diri mereka sendiri kelak. Demikianlah, keperluannya wahyu sebagai panduan hidup kita sebagai seorang manusia yang berakal. Memiliki akal sahaja tidak cukup makannya.
– hh (4/8/2023)
0 Komen:
Catat Ulasan