Jumaat, Julai 30, 2021

Kotak hidup kucing


Perangkap,
Jerat tidak berduri
Ringkas diungkit ungkap
Dalam kotak misteri

Nipisnya laluan,
Di depan harapan
Bebas bertuan
Hidup dengan Tuhan

Petah perintah,
seorang manusia
Dari titah berantah
seorang raja

Aku hanya kucing,
Perhati burung
Hinggap di ranting
Mengira untung

– hh
Share:

Ahad, Julai 18, 2021

Cherita Dalam Bilik Kuliyah

Berjenaka dengan kimia

Waktu itu peperiksaan semester kami semakin hampir. Lecturer kami terpaksa mempercepatkan silibus kuliah mereka. Semua pelajar penat dan tenat. Muka mereka ada yang berpeluh keruh, bermajoriti riak wajah yang bengis kerana kelas dari pagi hingga petang. Suatu ketika di kuliah kimia, lecturer tersilap lukis struktur kimia dalam tajuk polimer,


Pelajar lain : *tegur kekhilafan* menunjukkan mereka faham bahawa karbon hanya dapat membuat 4 ikatan bond sahaja. 

Sedangkan aku & Syazril(kawan sekelas) : "Weh kau tengok, karbon tu cacat ada 5 bond hahahha"

Persoalannya berkemungkinan ke karbon ada 5 bond? Mungkin suatu hari boleh jadi berdasarkan syarat dan penyediaannya. Sebab ini aku kurang berminat dengan subjek kimia. Apa-apa tindak balas boleh berlaku, dan saintis menghalalkannya dengan syarat. Contohnya, kesan sterik, konfigurasi elektron anomali, peraturan octet dan banyak lagi sebenarnya yang tidak sehaluan dengan pemikiran aku. Mereka buat 'special cases' bagi yang tak mematuhi prinsip atau peraturan itu. Mungkin ada sebab tetapi aku belum teroka?

Alam ini sungguh unik, terlalu banyak mineral dan komposisi yang belum lagi diterokai. Bidang sains yang bersifat dinamik, boleh jadi teori dan prinsip yang kita pegang sekarang tidak lagi bermakna. Bilamana datang pula dapatan teori yang lebih kukuh, maka kepercayaan kita berpindah. Tapi itulah yang menjadikan ia suatu yang menarik dan misteri bagi aku.

Semoga kita tidak tergolong antara orang yang tertekan dalam kuliah.


Kuliah bukan sekadar lihat dan rehat
Pensyarah matematik sem dua aku pernah tegur, pelajar suka sangat tidur dalam bilik kuliah. Mungkin sebab ada penghawa dingin. Diorang rasa seperti berada di panggung wayang. Kebanyakkan pelajar langsung tidak faham apa yang kuliah sampaikan kerana mereka sekadar lihat dan rehat. Apa yang disampaikan A hingga Z hanyalah berada dalam kuliah sahaja. Bila melangkah keluar dari bilik kuliah, habis hilang segala syarahannya. Pelajar tidak tahu apa konteks yang ingin disampaikan oleh pensyarah. Mengapa ini berlaku? Kerana mereka belum bersedia. 

Analoginya, seperti kau menonton filem di panggung wayang, bagaimana kau nak jangka apa jalan ceritanya tanpa melihat sipnosis dan genrenya? Begitu juga dengan kuliah yang disampaikan oleh lecturer kau. Persediaan dan pemahaman adalah dua perkara penting untuk fokus dalam kuliah. Merakam dan menulis adalah cara kita mengikat ilmu yang disampaikan.

Semoga kita tidak tergolong antara orang yang tidur dalam kuliah.


Masuk kuliah lewat malu beb!
Pintu masuk kuliah selalu berada di depan kuliah. Bila mana kau membuka pintu kuliah, setiap orang dalam kuliah boleh tertumpu kepada kau. Ini kes kalau kau masuk kuliah lambat. Kalau kau jenis yang beradab, kau akan pergi dekat pensyarah dan minta maaf kat dia sambil beri alasan kenapa kau lewat. Kalau kau jenis yang kurang beradab, kau abaikan orang sekeliling dan terus mencari tempat duduk. Sebenarnya bila kau dah masuk kuliah lambat, kau dah menganggu orang yang sedang belajar dan pensyarah yang sedang mengajar. Kalau kau rasa lewat masuk kuliah adalah sesuatu yang "cool" sebenarnya tidak. Lebih baik kau ponteng kuliah kalau begitu, kerana kau telah mendamaikan suasana kuliah dengan ketidakhadiran kau.

Dalam rekod aku, hanya pernah lewat masuk kuliah sekali sahaja di matrikulasi, itu pun sebab bangun lewat (kuliah pagi ya). Terus langkau mandi pakai baju kemeja haha. Aku mula melihat minyak wangi sebagai suatu kepentingan untuk menyembunyikan kebusukkan kau yang tak mandi. Terima kasih minyak wangi.

Semoga kita tidak tergolong antara orang yang tidak menepati masa.


Ditegur senior sebab nak ponteng kuliah
Pernah sehari itu aku penat sangat, nak masuk kuliah pun tak terdaya. Sebab aku yakin, aku akan tertidur dalam bilik kuliah. Jadi aku fikir, daripada aku tidur dalam bilik kuliah lagi baik aku tidur di bilik sendiri. Lagi selesa. Kawan sekelas aku ada yang senior, senior sorang ni ada ajak aku pergi kuliah. Aku kata tak payahlah masuk sebab susah nak masuk otak pun penat. Dia kata, kita masuk kuliah pun kalau tak dapat 100% output pun, 10% pun cukup. Dari situ aku sedar, betapa pentingnya ilmu yang disampaikan walaupun ilmu yang kita dapat hanya sedikit.

Mulai daripada haritu aku mula ada bersemangat balik masuk kuliah. Bukan maksud aku jarang masuk kuliah, ya. Cuma hilang semangat sebab tak dapat fokus dalam kuliah.

Semoga kita tidak tergolong antara orang yang poteng kuliah.


Pengalaman memberi pengajaran kepada kita. Supaya kita memperbaiki segala kekurangan dalam diri. Semoga dengan "Cherita Dalam Kuliyah" dapat memberi sedikit pengajaran dan renungan buat diri kita meskipun maksud tak sampai. – hh

Share:

Sabtu, Julai 17, 2021

Normalisasi Dosa

Menormalisasikan budaya negatif kalangan masyarakat

Apabila kita memasuki suatu tempat yang dipenuhi budaya negatif, pada mulanya kita merasakan ia suatu yang 'asing' bagi kita, kita berasa jijik dan malu akan perbuatan liar mereka, lama kelamaan kita merasakan ia suatu yang 'normal' kerana ia menjadi kebiasaan di tempat itu. Hanya kerana ia tidak menganggu kita atau membawa kemudaratan kepada kita, kita tidak boleh menganggap bahawa ia sesuatu yang boleh diterima. 

Percayalah, jika kita telah membiarkannya tanpa sebarang perasaan sebenarnya kita telah redha dengan dosa tersebut. Syaitan itu sungguh licik, perkara kemungkaran yang sepatutnya dicegah, kita biarkan ia menjalar ke ruang hati kita. Lalu ia membutakan hati kita. Normalisasi dosa menyebabkan kita tidak lagi bertindak. Maka fikirkanlah apa yang akan berlaku jika kita ada anak kecil, yang jahil pemikirannya. Bagaimana mungkin kita boleh jamin bahawa ia tidak akan dipengaruhi oleh budaya negatif itu? Jika tiada siapa yang mencegahnya?

Oleh sebab itu, kesedaran adalah kunci utama untuk berubah. Bila kita sedar bahawa selama ini kita telah melakukan kemungkaran dan redha akan kemungkaran tersebut. Keluarlah dari kitaran dan suasana itu. Kalau kita berubah sekalipun kerana hijrah, jika kita masih tidak lagi sedar akan normalisasi dosa yang telah membutakan kita. Sebenarnya ia masih berpaut pada diri kita. Bila-bila masa sahaja ia dapat meruntuhkan kita semula. 

Gurauan yang membawa normalisasi dosa

Normalisasi dosa boleh bermula hanya dengan sekadar gurauan. Pada mulanya kita gurau ringan, apabila gurauan ringan itu mula diselitkan dengan perkara maksiat ia menjadi gurauan yang melampaui batas. Jika perkara ini tidak dibendung atau disedari, ia akan membawa kepada normalisasi dosa.

Sebagai contoh yang pernah viral sebelum ini berkenaan suatu group di facebook iaitu "Riak apa hari ini". Dalam group tersebut hampir setiap hari akan post tentang barang kemas yang mereka ada, barang-barang yang mereka miliki. Kebanyakkan mereka menganggap bahawa ia hanyalah suatu gurauan biasa. Walaupun dengan niat bergurau, ianya bukan satu cara untuk menghalalkannya. Hantaran-hantaran yang mendedahkan aurat dan perbualan antara lelaki dengan wanita yang tidak sepatutnya adalah perkara yang dilarang sama sekali. Islam mengajarkan umatnya untuk tidak terlibat dalam perlakuan dosa apatah lagi menzahirkannya.

Netflix penstriman hiburan yang menormalisasi agenda LGBT

Ramai yang tidak sedar bahawa Netflix sebenarnya menayangkan agenda sonsang mereka melalui "Netflix Original". Indoktrinasi. Sama seperti maklumat palsu dan penyongsangan mengenai sejarah. Pendekatan mereka melalui babak asmara seksual sama sejenis suatu watak. Dengan terus menunjukkan watak LGBT, Netflix berusaha untuk menormalkan tingkah laku ini di mata masyarakat menonton sehingga mereka, pada gilirannya, menjadi lebih menerima LGBT dalam norma masyarakat.

Para kepemimpinan eksekutif Netflix kebanyakkan mereka yang memegang ideologi liberal/progresif/ bersayap kiri yang merasakan bahawa adalah tanggungjawab mereka untuk mengubah budaya dan moral masyarakat kita. Netflix mahu mengubah pandangan generasi muda kini dengan program mereka. Oleh itu, kita akan selalu melihat watak LGBT berperanan positif kerana ini membantu memberi petunjuk kepada penonton yang lebih muda untuk menerima gaya hidup homoseksual.

Bahkan ada seorang bapa yang kecewa apabila Netflix mensasarkan khalayak khusus dengan mempromosikan gay dan lesbian dalam setiap Netflix Original yang mereka buat dan mereka menilai sebagai +13. Apa yang berlaku adalah anak lelaki dan perempuannya yang sedang menonton terkejut dengan perbuatan sonsang watak tersebut. Maka ia terpaksa menghentikan langganan terhadap Netflix.

Netflix adalah alat yang kuat untuk mengawal dan mempengaruhi. Mereka adalah salah satu syarikat yang menjalankan dunia sekarang. Jika agenda ini terus berlaku di Malaysia, maka tidak mustahil bahawa masyarakat kita mula menormalisasikan budaya LGBT ini.

Mencarut, budaya normalisasi yang tak terhapus

Memang sukar untuk kita membuang secara menyeluruh budaya mencarut ini. Kerana budaya ini telah pun berlaku sejak zaman dahulu lagi. Seseorang tidak akan menggunakan bahasa yang kurang sopan atau tidak beradab jika diajar sejak kecil lagi. Namun, apabila ia terlalu bebas dalam bersosial. Dia menyangkakan bahawa mencarut adalah sesuatu yang biasa, dan apabila budaya ini terlalu normalisasi dia juga akan turut berpaut. Mencarut sudah menjadi trend komunikasi masa kini. Pasti ia suatu kejutan budaya bagi guru praktikal yang mengajar kanak-kanak di sekolah. Apabila mereka berkomunikasi semasa rakan sebaya mereka pasti akan ada perkataan, seperti bodoh, sial, babi, mampus, anjing, dan sebagainya tanpa menghiraukan orang sekelilingnya termasuk guru yang berada di dalam kelas mahupun luar waktu kelas.

Dari mana punca ini berlaku? Sebelum kau menyalahkan rakan mereka. Tanyalah keluarga mereka dahulu. Terlalu banyak keluarga toksik di Malaysia ini, ibu bapa menggunakan perkataan kotor dan carutan tanpa segan silu terhadap anak mereka mahupun orang lain. Kanak-kanak itu sifatnya meniru. Ia meniru perbuatan kita, percakapan kita dan aturcara kita. Kitalah sebenarnya orang yang bertanggungjawab atas budaya mencarut ini.

Budaya ini sudah dinormalisasikan dalam masyarakat kita. Di mana-mana sahaja kita dapat menjumpai makian dan carutan ini. Misalnya di media sosial.

Aku bangga ada ibu bapa zaman kini mula mengambil serius akan budaya ini. Tetapi percayalah, kalau mereka sekadar tidak menggunakan perkataan kurang sopan terhadap anak mereka sendiri tidak bermakna mereka tidak akan mencarut suatu masa nanti. Maka, adalah baiknya jika ibu bapa sendirilah yang mendidik anak mereka dalam pembentukan akhlak yang mulia agar mereka dapat membezakan baik buruk dalam sebuah komunikasi tersebut. Ubahlah diri kita sebelum mengubah orang lain.

- hh

Sumber Rujukan :



Share:

Khamis, Julai 15, 2021

Hukum Gerakan Newton

Hukum Newton Pertama

Hukum Newton Pertama menyatakan, suatu jasad akan kekal dalam keadaan asalnya jika tiada daya luar dikenakan. Ini bermaksud jika asalnya zarah bergerak dengan halaju seragam maka ia akan terus bergerak dengan halaju seragam dan jika ia dalam keadaan pegun maka ia akan terus pegun kecuali jika ia dikenakan suatu daya luar(external force).

Daya ialah sesuatu yang dihasilkan perubahan kepada keadaan pegun atau gerakan seragam suatu jasad. Hukum ini menunjukkan bahawa suatu jasad itu memiliki sifat ketidakmahuan di dalam dirinya untuk mengubah gerakannya. Sifat ini dikenali sebagai inersia. Jisim suatu jasad adalah suatu sukatan bagi inersia (Jisim besar, inersia besar).

Hukum Newton Kedua
Hukum Newton Kedua menyatakan kadar perubahan momentum satu jasad berkadar terus dengan daya panduannya dan berlaku dalam arah daya yang dikenakan itu (momentum adalah satu kuantiti vektor).


Jika sistem itu terdiri daripada satu jasad berjisim, m dan m adalah tetap maka,

maka, F = kma.

Nilai k ditentukan oleh sistem unit yang digunakan. Dalam sistem SI, satu unit daya ini disebut satu newton, N. Jadi, satu newton ialah magnitud daya yang perlu dikenakan ke atas satu jasad yang berjisim, m 1kg untuk memecutkannya dengan pecutan, a 1ms‾².
Hukum Newton Kedua adalah konsisten dengan hukum Newton pertama kerana, jika :
Iaitu jika tiada daya bersih bertindak ke atas suatu jasad, pecutannya adalah sifar. Maka halajunya seragam atau sifar iaitu jasad kekal dalam keadaan rehat atau bergerak dengan halaju seragam.


Hukum Newton Ketiga
Hukum Newton ketiga menyatakan, setiap kali sesuatu jasad mengenakan daya (tindakan) pada jasad yang lain, jasad kedua ini akan mengenakan daya tindak balas ke atas jasad pertama, yang bermagnitud sama tetapi berlawanan arah dan mempunyai garis tindakan yang serupa.


Jika satu jasad A mengenakan daya FA (tindakan) ke atas jasad B maka jasad B pula mengenakan daya FB ke atas A yang mana ia bermagnitud sama tetapi berlawanan arah iaitu FB=-FA

Misalnya,

1. Perlanggaran dua objek
Keadaan sebelum perlanggaran

Keadaan semasa perlanggaran

FB adalah daya tindakan ke atas A maka FA adalah daya tindak balas ke atas B. Kedua-dua daya ini adalah sama magnitud tetapi berlawanan arah oleh itu :
Kita menganggap bahawa objek yang bergerak ke arah kiri mempunyai nilai negatif. Manakala objek yang bergerak ke arah kanan mempunyai nilai positif.

2. Berat dan daya normal
Bongkah mengenakan daya berat ke atas lantai (W: tindakan), dengan itu lantai mengenakan daya normal ke atas bongkah (N: tindak balas). Magnitud kedua-dua daya normal dan berat adalah sama tetapi berlawanan arah.
3. Ketegangan

Ketegangan ialah daya yang bertindak di dalam tali atau benang untuk menentang daya regangan. Di sini wujud tindakan dan tindak balas. Daya regangan, F adalah tindakan dan daya tegangan, T adalah tindak balas menentang tindakan.
F = daya regangan (tindakan)
T = daya tegangan (tindak balas)

Kita menganggap bahawa tiada daya geseran yang dikenakan.

Share:

Ahad, Julai 04, 2021

Fizik Zarah: Emilio Segrè & Owen Chamberlain penemu antiproton

Sebuah makalah berjudul "Observation of antiprotons," oleh Owen Chamberlain, Emilio Segrè, Clyde Wiegand, dan Thomas Ypsilantis, anggota yang kemudian menjadi Makmal Radiasi University of California di Berkeley, US muncul dalam Physical Review Letters pada 1 November 1955. Ia mengumumkan penemuan zarah subatomik baru,  mempunyai sifat yang sama dengan proton - kecuali cas elektriknya negatif dan bukannya positif. Sebulan sebelum makalah itu muncul, The New York Times telah meletakkan berita di halaman depan:

New Atom Particle Found; Termed a Negative Proton

Dengan penemuan antiproton, Segrè dan rakan sekerjanya mempunyai bukti lebih lanjut mengenai essential symmetry of nature, antara jirim dan anti-jirim. Segrè dan Chamberlain dianugerahkan hadiah Nobel dalam bidang fizik pada tahun 1959 bagi penemuan antiproton mereka.


Share:

Victor Hess penemu sinar kosmik


Pada tahun 1911 dan 1912 seorang ahli fizik Austrian, Victor Hess membuat satu siri penerbangan dalam belon udara untuk melakukan pengukuran radiasi di atmosfera. Dia mencari sumber radiasi pengion yang terdaftar pada elektroskop - teori yang berlaku adalah bahawa radiasi itu berasal dari batuan Bumi.

Untuk menguji teori tersebut, pada tahun 1909 saintis Jerman Theodor Wulf mengukur kadar pengionan berhampiran puncak menara Eiffel (pada ketinggian kira-kira 300 meter) menggunakan elektroskop mudah alih. Walaupun dia menjangkakan kadar pengionan akan menurun dengan ketinggian, Wulf menyatakan bahawa kadar pengionan di bahagian atas hanya di bawah setengah dari permukaan tanah - penurunan yang jauh lebih signifikan daripada yang dijangkakan.


Penerbangan belon udara Victor Hess mengambil ukuran lebih jauh. Pada tahun 1911, belonnya mencapai ketinggian sekitar 1100 meter, tetapi Hess mendapati "tidak ada perubahan penting" dalam jumlah radiasi dibandingkan dengan permukaan tanah. Kemudian, pada 7 April 1912, Hess membuat pendakian hingga 5300 meter semasa gerhana Matahari hampir keseluruhan. Oleh kerana pengionan atmosfera tidak berkurang selama gerhana, dia beralasan bahawa sumber radiasi itu bukanlah Matahari - ia mesti datang dari luar di luar angkasa. Di atmosfera, Hess telah menemui sumber semula jadi zarah
bertenaga tinggi: sinar kosmik.


Hess berkongsi hadiah Nobel dalam fizik pada tahun 1936 untuk penemuannya, dan sinar kosmik terbukti berguna dalam banyak eksperimen fizik - termasuk beberapa di CERN.

Share:

Game Marathon : Assassin's Creed, Organic Chemistry: The Killer Subject, Jalan Pulang

Game Marathon : Assassin's Creed

Nampaknya dah seminggu aku meninggalkan blog. Sebenarnya aku dalam marathon permainan video Assassin's Creed. Sebelum masuk kolej lagi aku berkenan nak main permainan video ni. Cumanya tak sangka dapat main sekali series lain. Sepanjang seminggu ini aku berjaya habiskan AC 1, AC 2, AC:Brotherhood, AC:Revelation, dan AC 3. Yelah PKP kan, mana boleh keluar rumah. Aku rasa gaming marathon jarang orang buat. Sebab ia memerlukan masa lapang yang banyak. Ya, aku tak sepatutnya main permainan video lagi. Sebaiknya aku fokus pada pendidikan. Bagi aku Assassin's Creed adalah alternatif lain pendidikan, ia salah satu game Open World. Ia melibatkan tamadun yang terdahulu. Seperti AC1, kau akan berada di Jerusalem. AC2, kau akan berada di Italy. AC:Brotherhood kau berada di Rome. AC:Revelation pula kat Instanbul. Ia penerokaan pada masa silam. Syok rasa jalan-jalan di sana. Tetapi sejarah yang dibentangkan AC hanyalah fiksyen. Walaupun ada sebahagian watak yang betul diambil seperti Leonardo da Vinci, Pope Alexander VI, Niccolò Machiavelli, Bayezid II, etc. Ini adalah satu-satunya permainan video yang membuatkan aku meminati subjek sejarah. Sebab kau akan membuat sejarah! Walaupun hanya sedikit fiksyen. 

Mungkin aku patut kembali semula untuk belajar penerokaan alam, banyak benda dah aku tinggal. Rasanya sudah 2 bulan menganggur setelah habis menuntut di Matrikulasi. 15/7/2021 ini keputusan sem 2 akan keluar, aku harap sangat dapat keputusan yang memuaskan. Semasa aku jawab haritu sangatlah tak yakin dengan jawapan yang diberi. Paling terciduk dekat Kimia dan Matematik. Semoga aku tawakal dan redha dengan apa yang Tuhan beri.

"Organic Chemistry: The Killer Subject" - Lew

Beberapa hari sebelum peperiksaan semester akhir, berkali-kali Lew cakap yang Kimia adalah "killer subject". Lew adalah roommate aku, dia seorang yang bijak. Budak modul 1 yang ambil Biologi, Kimia, Matematik dan Fizik. Aku selalu rujuk kat dia kalau aku tak faham sesuatu. Kalau kau nak tahu, dia buat kerja seperti seminggu kehadapan dari aku atau yang lecturer dia ajar. Setiap topik dalam silibus kami ada tutor(Latihan) yang perlu disiapkan. Setiap kali aku tanya dia soalan tutor, mesti dia dah siap. Bahkan tutor yang belum aku buat lagi. Aku boleh sahaja nak tiru semua tutor dia, tetapi apa aku dapat? Tiru jawapan tak dapat memuaskan diri aku, maka aku lebih utamakan bertanya soalan kat dia walaupun dah ada jawapan. Alhamdulilah, dia baik dan bersabar dengan kebodohan aku. Aku akan bertanya selagi aku tak faham. Tapi selalu juga jadi yang mana benda yang aku tanya dia tak dapat jawap ataupun dia pun tak faham soalan tutor tu. Maka aku pergi ke langkah seterusnya. Iaitu bertanya lecturer aku sendiri. Kalau nak tahu, lecturer pun macam dah muak dengan aku sebab selalu tanya soalan. Tapi diorang suka orang tanya soalan. Bila aku dah dapat jawapan, aku akan kongsikan dengan Lew. Ada masa kami akan beri pendapat dan berdebat. Serius. Lew tahu aku minat Fizik, maka dia pun terkadang tanya soalan kat aku juga tentang Fizik.

Ya, kembali. Sem II kami dipendekkan. Hanya dalam 5 bulan sahaja tempoh pembelajaran kami termasuk peperiksaan. Dipendekkan sebab pandemik Covid19. Kami waktu itu jalankan peperiksaan secara bersemuka. Sebab kami semua ada di kolej. Aku tak pernah sangka Lew akan cakap kimia sem II ini sebagai killer subject. Sebab kimia sem II kami adalah kimia organik. Ah sudah. Bagi aku sendiri dengan tempoh sem yang singkat memang sukar kau nak tangkap semua silibus kimia organik. Ia lebih kepada menghafal. Aku kesian juga kat Lew sebab dia ada subjek Biologi yang dia terpaksa ada kelas bio pagi, petang, dan malam. Aku tak ambil subjek Biologi, tetapi aku ambil Sains Komputer. SK ini kau kena faham konsep dan rangka ja. Jujur aku kata, SK ini subjek advantage bagi aku. Sebab dari sekolah menengah dah belajar. Alhamdulilah. SK sem II adalah belajar programming Java.

Apapun, benda dah lepas. Kami peperiksaan ada beberapa tempat. Aku dan Lew semestinya berbeza tempat. Habis ja peperiksaan, semua pelajar balik blok. Aku masuk bilik, aku tenung Lew. Lew tenung aku. Kami tak cakap apa pun pasal Kimia. Dia nak aku mulakan dulu, sebab kalau dia mulakan seperti tak bersimpati kat aku. Kami berharap hanya satu, tolonglah gred turun.

Jalan Pulang

Aku mula sedar bahawa berubah itu mudah jika Tuhan kehendaki. Tetapi kau nak kekal istiqamah itu susah. Manusia boleh berubah baik sekelip mata, detik itu bermulalah hijrahnya. Tanpa panduan dan arah ia boleh kembali sesat ke lembah jahilliah. Itulah yang kita risaukan. Aku sudah mengalami fasa jatuh bangun. Perkara ini membuatkan aku jadi buntu, ataupun mati akal. Kadang mempersoalkan sampai bila aku nak jadi seperti ini. Ia sentiasa berulang. Seakan aku tahu penghujung cerita. Ia sesuatu yang menyedihkan buat jiwa hamba yang lemah. Bimbingan adalah jawapan. Hidup tanpa bimbingan kau akan sentiasa dalam kesesatan. Maka carilah seseorang yang mampu membimbing kau ke arah kebaikkan dan menjauhi keburukkan. Sampai suatu tempat dalam hijrah kau, kau akan temui suatu pekan. Iaitu pekan kebaikkan. Di sana, kau akan temui lebih ramai orang yang akan bimbing kau, lebih peduli tentang kau. Jika hanya kau sentiasa berusaha mencari arahnya. Kerana saat kau jatuh, merekalah yang akan menghulurkan tangan untuk kembali kepada Tuhan. Semoga kita sentiasa dipertemukan orang yang baik-baik demi mencari jalan pulang.

- hh

Share: