Jumaat, Ogos 27, 2021

Jika mula bosan dengan suatu ilmu


"Waktu belajar ialah daripada buaian hingga ke liang lahad."
Belajar daripada liang lahad ialah mengambil iktibar daripada kematian. Belajar hingga ke liang lahad bererti istiqamah dalam belajar. Kerana kematian adalah sebaik-baik guru, dan dunia merupakan penjara orang mukmin. Sepanjang kita mendalami dan mencari ilmu ini pasti akan terdetik perasaan bosan yang akan berpaut. Hal ini tidak boleh dinafikan bagi seseorang penuntut ilmu. Maka bagaimanakah dapat kita mengatasi cabaran ini? Dalam kitab Adab Al-Muta'allimin karya Nāṣir ad-Dīn aṭ-Ṭūsī ada menyatakan beberapa penyelesaian antaranya,
Share:

Khamis, Ogos 26, 2021

Tangkapan planet musytari dan bulan-bulannya (25/08/2021)

Rajah 1.1 – Tarikh cerapan pertama adalah pada 25 August 2021, 9:54PM

Bulan Io yang paling menghampiri planet musytari diikuti dengan Ganymede, Europa dan Callisto. Kedudukan Ganymede kelihatan seperti lebih dekat dengan planet Musytari berbanding Europa disebabkan penglihatan dari bumi. Akhir sekali, bulan Callisto dapat dilihat merupakan bulan yang terjauh dari planet Musytari.
Share:

Rabu, Ogos 25, 2021

Teori Perbentukkan sistem solar (Teori Nebular)

Teori perbentukkan sistem solar (Teori Nebular) adalah teori yang menjelaskan bahwa tata suria terbentuk dari awan gas dan debu yang berputar dan mendingin secara perlahan-lahan. Teori Nebular pertama kali dicadangkan oleh seorang ahli falsafah jerman Immanuel Kant (1724-1804), ia mencadangkan bahawa matahari dan planet terbentuk melalui putaran awan gas dan debu antara bintang yang disebut nebula kira-kira 5 juta tahun yang lalu. Menurut teori ini, awan gas dan debu yang dipanggil nebula mula menguncup akibat daya graviti. Penguncupan ini menyebabkan nebula berputar semakin laju dan merata menjadi cakram/cakera. Pada bahagian tengah cakram, bahan terkumpul membentuk matahari manakala bahagian luar cakera, di mana gas dan habuk yang berputar terpecah menjadi gumpalan-gumpalan kecil yang dipanggil planetesimal. Planetesimal ini kemudian bertembung dan bergabung membentuk planet-planet.


Dalam konteks perbentukan matahari, ia mesti dikumpulkan paling banyak jisim di pusat nebula, membentuk ProtostarProtostar adalah objek di mana tidak ada pelakuran nuklear yang berlaku, tidak seperti bintang yang mengalami pelakuran nuklear. Protostar menjadi bintang apabila pelakuran nuklear bermula. Kemungkinan besar langkah seterusnya adalah bahawa nebula diratakan dalam bentuk cakera yang disebut Protoplanetary Disk; planet akhirnya terbentuk dari dan dalam cakera ini.

Tiga proses berlaku dengan keruntuhan nebula,

(i) Suhu terus meningkat
(ii) Nebula suria berputar lebih pantas dan pantas
(iii) Cakera nebula solar diratakan

Matahari mempunyai lebih daripada 99 peratus jisim sistem suria dan memberikan daya graviti yang membuat planet mengelilinginya. Graviti permukaannya secara praktikal 28 kali bumi. Lebih daripada 70 unsur kimia telah dikenal pasti dalam spektrum matahari. Lapisan luar matahari kemungkinan mempunyai komposisi kimia yang sama dengan matahari ketika dilahirkan: kira-kira 73 peratus hidrogen, 25 peratus helium, dan 2 peratus unsur lain mengikut berat. Teras matahari mungkin kemudian berubah menjadi sekitar 38 peratus helium dalam tindak balas pelakuran nuklear. 

Ahli astronomi berharap dapat menemui bintang lain yang mempunyai planet mengelilingi mereka kerana berdasarkan teori nebula yang mengatakan bahawa planet mengelilingi matahari dilahirkan bersama dengan bintang mereka. Sejak matahari adalah sebuah bintang, ia sama juga seperti bintang lain yang juga lahir dalam sekeluarga planet.

Sumber Rujukan:
[1] (PDF) Makalah Mengenai Teori Nebula | Putu Feby Miswari - Academia.edu. https://www.academia.edu/17096559/Makalah_Mengenai_Teori_Nebula Dicapai 04/03/2023.

[2] 5 Teori Pembentukan Tata Surya dan Pencetusnya - Ruangguru. https://www.ruangguru.com/blog/teori-pembentukan-tata-surya Dicapai 04/03/2023.

[3] Teori Nebula - KOMPAS.com. https://www.kompas.com/skola/read/2021/01/24/145919569/teori-nebula Dicapai 04/03/2023.

[4] Apa Itu Teori Nebula Dalam Pembentukan Tata Surya - Gramedia Literasi. https://www.gramedia.com/literasi/teori-nebula/ Dicapai 04/03/2023.
Share:

Tangkapan Planet Musytari (Tanpa Bulan-bulannya)

Langit agak bersih tanpa sebarang awan untuk seketika. Pada awalnya nak tangkap gambar bulan seperti biasa. Tetapi ternampak sinaran cahaya daripada planet musytari(jupiter) juga zuhal(saturn). Cumanya Zuhal tak dapat ambil kerana sinarannya lebih malap berbanding musytari. Aku sebenarnya tak mengharapkan pun camera canon ni akan dapat tangkap planet musytari dengan jelas tetapi sekurang-kurangnya ada. Dalam kamera aku nampak planetnya dengan bulan-bulannya, cuma bila tangkap sahaja planet mustari sahaja yang nampak. Mungkin kerana terlalu bergoyang bila nak tangkap. Ya, ada tripod sekalipun. Mungkin selepas ini boleh cuba naiktaraf lagi.. Paling kurang nampak juga bulan-bulannya ataupun ribut pada musytari.

Tangkapan bulan.

Agak kecewa jugalah sebab tak dapat tangkap bulan purnama pada 22/8/2021 haritu. Atas sebab cuaca hujan dan berawan. Kebelakangan ini Malaysia kerapkali hujan katanya disebabkan kita berada dalam fasa monsun barat daya melemah atau "Monsoon Break". Keadaan cuaca yang lebih lembab, liputan awan yang tebal dan hujan lebih kerap boleh berlaku. Sebenarnya beberapa minit sahaja selepas aku menangkap gambar planet musytari, berlaku hujan lebat secara tiba-tiba. Sebelum ini hujan juga pada waktu tengah malam. Semoga semuanya baik-baik sahaja.




Share:

Ahad, Ogos 22, 2021

Astrofotografi pertama saya -bulan

Diambil oleh kamera Canon Powershoot SX40 HS pada tarikh 20/8/2021. Pada waktu ini bulan masih berada dalam fasa hampir purnama kerana fasa bulan penuh akan berada pada 22/8/2021 iaitu beberapa hari selepas tangkapan gambar ini. ISO yang digunakan adalah 800. Dengan kelajuan shutter 1/100 saat. Dan aperture f8. Kali pertama bermain-main kamera untuk tangkapan bulan, mungkin selepas ini akan cuba tetapan yang lebih baik. Adapun kata orang jika ingin tahu akan cantiknya gambar rebulan itu, akan terlihatlah kawahnya itu? Hahaha. Mungkin selepas ini aktiviti plot kawah bulan boleh dibuat. Hehe

PS: Selepas ni nak cuba tangkap planet pula kalau dapat. Tapi kamera ini pun agak lama. Jika ada rezeki, mungkin boleh naiktaraf. InsyaAllah.



- hh

Share:

Jumaat, Ogos 20, 2021

Erti Sebuah Kegagalan & Kejayaan

Kegagalan

Erti sebuah kegagalan yang sebenar itu apabila kita gagal dan berhenti mencuba. Dalam sebuah kebarangkalian untuk berjaya, selagi anda melontar dadu mendapatkan apa yang anda mahukan itu dikira usaha. Usaha yang tidak putus asa itu akan membawa anda kepada kejayaan. Kegagalan adalah sebuah pengalaman dari orang-orang yang berjaya. Meskipun lontaran dadu itu tidak mengena apa yang kita inginkan tetapi sekurangnya tahulah kita kewujudan akan angka lain itu. Oleh itu, tanpa kegagalan dan usaha untuk bangkit, kita sebenarnya tidak pernah mencuba untuk berjaya tetapi mencuba untuk gagal.

Bagi saya kegagalan adalah suatu yang mencabar dan menyeronokkan. Aku pernah mengalami beberapa fasa kegagalan dalam hidup. Dalam pendidikan misalnya, saya pernah gagal mendapatkan data yang tepat apabila membuat eksperimen fizik disebabkan ralat ketika membuat eksperimen atau dalam memplot graf. Di setiap laporan fizik ada peratusan ralat yang perlu ambil kira. Jikalau ralatnya terlampau tinggi, maka eksperimen tidak boleh diterima. Eksperimen diulang semula. Dalam kehidupan misalnya, saya pernah gagal mendapatkan apa yang ibu ayah saya harapkan. Beberapa lagi kegagalan lain yang berlaku pada waktu yang sama. Keadaan ini membuatkan berada dalam fasa kemurungan melampau.

Waktu ini saya belum menemui apa erti sebuah kegagalan. Apa yang saya tahu hanya mencuba lagi dengan samar-samar harapannya atas hidup yang perlu diteruskan. Kemudian, masuk sahaja pra-universiti. Aku mula belajar erti kegagalan & kejayaan dengan melihat orang sekeliling aku. Ada diantara mereka yang ditimpa musibah yang sangatlah hebat tetapi masih lagi untuk senyum dan bangkit. Ini sesuatu yang hairan. Lalu, pada masa mendatang. Mereka tersenyum riang atas kejayaan dirainya mereka. Maka, ubahlah cara kau melihat kejayaan seseorang. Setiap senyumannya itu ada juga bekas kesakitan dan kepahitan dalam mencapainya. Dia juga pasti ada fasa kejatuhan juga kegagalan. Ini adalah fasa hidup yang tak boleh kita tolak.

Ya, kegagalan adalah menyakitkan dan pahit rasanya. Kita akan berasa sangat runtuh dan putus asa. Namun ketahuilah, setiap dugaan yang Tuhan beri ada juga hikmahnya. Kegagalan itu mengajar kita bahawa kejayaan bukan hanya ada satu jalan, tetapi bercabang jalannya. Sebab itu hidup perlu sentiasa ada perancangan, jikalau kau tak dapat jalan A maka kau masih ada jalan B. Dan pada akhirnya kau akan temui semula satu jalan kejayaan yang kau mahukan.

Kejayaan

Secara definisinya, kejayaan membawa maksud telah mencapai atau mendapatkan sesuatu yang dimatlamatkan. Ini bermaksud untuk berjaya, kau perlu ada matlamat dalam hidup. Matlamat adalah umpama suatu titik dalam kehidupan. Titik-titik dalam kehidupan itu menghasilkan perjalanan hidup. Dalam perjalanan hidup itu ada jutaan cabang jalan. Jalan yang bercabang umpama pilihan dalam hidup, kegagalan adalah panduan untuk kau cari jalan yang sesuai untuk kau lalui. Dan pada akhirnya kau akan kembali pada satu jalan kejayaan yang sebenar(akhirat).

Kalau kau seorang pelajar, matlamat kau adalah untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Kalau kau ibubapa kepada anak-anak, maka matlamat kau adalah untuk membesarkan mereka dengan sihatnya. Setelah kejayaan dicapainya dalam satu siri kehidupan. Maka dia akan terus bergerak dalam titik(matlamat) lainnya.

Oleh itu, tatkala kita melihat kejayaan orang lain sedangkan kita dalam kegagalan. Janganlah kita merasa runtuh juga berputus harap. Orang yang berjaya itu adalah mereka yang telahpun melalui fasa-fasa kegagalan. Selepas ini mereka ada matlamat lainnya dan akan mengalami perkara yang sama. Kita pula dalam mencapai matlamat, maka janganlah berputus asa ketika menghadapi kegagalan. Teruskan berjalan dan melalui satu jalan antara cabang jalan-jalan lainnya.

Share:

Rabu, Ogos 18, 2021

Pemburu Meteor Perseids 2021

Jujur aku katakan, ini adalah pengalaman pertama aku melihat meteor dengan kansa mata sendiri. Sebelum ini, aku hanya dengar dan lihat melalui media sosial sahaja. Rumah aku berdekatan dengan pantai, jadi memang sangat sesuai untuk dijadikan tempat mencerap langit. Kadang terasa rugi juga sebab tak menggunakan peluang yang ada untuk mencerap selama ini. 

Cuma aku perlukan beberapa eksperimen adakah benar pantai itu dipenuhi awan ataupun tidak(baca: kurang). Berdasarkan sumber rujukan, awan besar akan terbentuk di pantai disebabkan fenomena bayu laut dan bayu darat. Maka pembentukan awan akan sentiasa ada. Arah pantai aku menuju ke arah barat daya, mungkin lebih jelas kalau dilihat ke arah bertentangan. Malangnya, disebabkan Selangor masih berada pada Fasa 1, lebih pada pukul 10 malam tak dibenarkan untuk keluar dari rumah kecuali dengan kebenaran pihak polis. Tengoklah rezeki nanti macam mana.

Jadi, aku terpaksa cerap langit dari halaman rumah sahaja. Walaupun terdapat beberapa pencemaran cahaya datang daripada lampu jalan. Kalau lampunya biasa sahaja aku ok lagi, ini mereka gunakan lampu LED. Orang pun takut kalau nak merompak rumah kalau macam ni. Nasib ada beberapa pokok yang menghalang lampu tersebut daripada kawasan cerapan aku.

Kawasan cerapan aku, halaman rumah. Aku menggunakan tripod juga telefon.

Berdasarkan idea ini mungkin nampak bijak sebab aku boleh akses telefon melalui laptop menggunakan benda bajet. Tapi berdasarkan kemampuan, telefon aku tak cukup 'perform' untuk menangkap/merakam langit. Walaupun aku dah menggunakan tetapan kamera PRO. Semua kelihatan gelap kecuali beberapa cahaya bintang yang terang.

Aku betul-betul terkejut sebab boleh tahan tinggi juga tripod ni. 👀

Telefon samsung aku ada aplikasi yang bernama "Samsung Flow" yang membolehkan kau akses telefon menggunakan laptop. 

Tripod ini memang tak sesuai untuk fon. Tapi disebabkan aku terdesak, aku ikat sahaja telefon dengan tripod ni. Kehkeh.

Disebabkan telefon tersebut memang tak nampak apa pun waktu malam, aku terpaksa putuskan niat untuk tidak menangkap gambar atau rakam. Maka tak dapatlah aku berkongsi gambar meteor perseids pada orang lain kecuali diri aku sendiri. Tetapi aku sempat untuk merekod data meteor perseids. Waktu kemunculan dia.

Data Meteor Perseids (13 August 2021)

Bil meteor

Waktu meteor muncul

1st

4:02 pagi

2nd

4:29 pagi

3rd

4:32 pagi

4th

5:00 pagi

5th

5:09 pagi

Kawasan : Sepang, Selangor. Arah : Menghadap Timur laut (Buruj Perseus)

Aku tahu data agak mudah. Tapi cukuplah sebagai permulaan bagi aku. Pada awalnya aku hampir putus harapan setelah 1jam aku mencerap, tak nampak sebarang kelibat meteor. Hanya dipenuhi dengan awan tebal. Nasib aku ada sahabat, juga minat yang sama dalam mencerap meteor. Dia suruh aku bersabar.

Pada awalnya aku menghadap barat dan timur yang mana memang salah arah cerapan aku. Sebab itu bukan titik kemunculan. Kemudian aku betulkan semula kedudukan menggunakan aplikasi "Star Walk 2". Dalam pukul 4 pagi, awan mula hilang. Nampaklah jutaan bintang dan beberapa meteor seperti yang direkodkan dalam data.


Laporan data juga dihantar pada pihak yang menganjurkan program cerapan juraian meteor perseids. Dapatlah sijil penyertaan juga.

Abah mula nampak minat aku dalam astronomi, InsyaAllah selepas ini lebih mudah untuk aku mencerap dengan kemudahan yang ada daripada abah. Ini hanya permulaan aku dalam dunia astronomi, banyak lagi yang perlu aku teroka. Semoga aku terus menganjak terus kehadapan. Merasai keagungan Tuhan.

Gambar di Facebook

Share:

Rabu, Ogos 11, 2021

Cara rutin pelajar Cina

Betul ke pelajar Cina pandai?

Semasa aku menuntut di matrikulasi, aku ada rakan sebilik seorang bangsa cina. Aku agak kagum kerana kebanyakkan bilik memang pelajar melayu sahaja majoritinya. Tapi bilik aku ada pelajar cina. Pelajar cina bagi aku tidak asing, sebab dari sekolah menengah sudah bergaul dengan mereka. Cuma aku masih tak reti cakap cina keh keh. Nama dia Lew, dari hari pertama aku lihat dia memang serupa budak pandai dan skema. Aku nampak potensi kat situ untuk tanya soalan kalau aku tak faham. Tapi betul ke pelajar cina ni semua pandai belaka? Ya dan tak. Kalau nak kata pelajar cina pandai, pelajar melayu juga ramai yang pandai juga. Tapi kenapa mereka nampak lebih pandai? Sebab mereka rajin. Kita melayu pun ramai pandai, tapi kita tak gunakan secara optimum.

Bukan rajin hadap 24 jam buku

Lew merupakan pelajar yang rajin. Rajin yang aku katakan bukanlah jenis yang akan hadap buku 24 jam tetapi rajin yang aku katakan adalah dia fokus apabila dia hendak buat sesuatu dan menghargai masa yang dia ada. Sepanjang aku perhatikan rutin Lew, kebanyakkan dia menggunakan masa menonton youtube dan berehat. Aku pun tertanya, macam mana dia boleh ada masa lapang sebegitu. Sedangkan matrikulasi merupakan fast track. Maka pembelajarannya agak pantas. Tetapi baru aku tahu, dia jenis fokus melakukan sesuatu dan sangat tertib melakukan rutin. 

Bila dia ada kelas secara dalam talian, dia akan tumpukan perhatian dengan pensyarah dia. Tanpa sebarang gangguan pun atau perbuatan lain selain dari kertas, pen dan telefon untuk dia belajar. Mata melihat pensyarah mengajar, telinga mendengar pensyarah bercakap dan tangan menulis apa yang penting. Kemudian, kalau dia ada tugasan diberi oleh pensyarah dia. Dia akan buat tugasan tersebut tanpa tangguh. Tapi macam mana dia dapat jawab tugasan dengan mudah? Sebab dia dah fokus waktu kelas tadi. Dengan mudah dia siapkan semua soalan dan tugasan. Jadi aku terfikir bahawa, fokus sahaja tidak akan dapat membantu kita memahami sesuatu dengan mudah kerana suatu topik itu baru sahaja diperkenalkan. Jadi macam mana Lew boleh faham dengan mudah? Hal ini kerana dia dah belajar suatu topik kehadapan pensyarah dia mengajar. Oleh itu, dia tiada masalah untuk membuat tugasan melebihi kehendak pensyarah dia minta.

Tuntasnya, dia banyak masa lapang untuk dia berehat atau lakukan aktiviti lain dia. Ini adalah situasi 'win-win'. Dimana kau ada masa lebih dan kau dapat 'catch up' apa yang diajar pensyarah. Tetapi bukan macam aku, kekadang kelas dalam talian pun buat macam-macam. Tanpa memberikan tumpuan penuh pada kelas. Akhirnya, kita terpaksa kejar semula apa yang diajar yang mana ambil masa lebih pula. Cumanya kekurangannya cara Lew, terlalu gopoh melakukan tugasan menyebabkan kita mudah cuai. Aku dapat lihat ini apabila aku hendak menyemak jawapan dengan Lew. Ada juga fasa di mana ia kerap membetulkan jawapannya.

Betul ke pelajar Cina bangun awal?

Ya, dia jenis yang bangun awal. Bahkan bersiap untuk pergi kelas tutorial pada awal pagi walaupun ada beberapa jam lagi untuk kelas bermula. Bagi aku dia jenis yang tidak menyusahkan orang kerana dia selalu datang awal. Dari segi waktu dia waktu keluar dari bilik untuk pergi tutor, memang awal. Cukup untuk dia ambil sarapan pagi dan memanaskan fikirannya.

Tapi ada sebab juga kenapa dia mandi awal untuk bersiap. Dia tak mahu bersesak dengan pelajar lain sewaktu dalam tandas yang mana semua mandi jenis lewat. Benda ni memang aku contohi dia, bahkan aku sendiri memang tergolong di kalangan mandi awal. Apa yang aku tak ikut adalah pakai pakaian formal kemeja terlalu awal untuk ke kelas.

Bila kau pakai baju kemeja terlalu awal, kebarangkalian baju kau akan renyuk sebab terlalu banyak pergerakkan. Bila baju kau renyuk, kau akan nampak selekeh. Oh ya, tapi Lew tu jarang dia gosok baju. Huhu.

P/S: Tak semua pelajar Cina bangun awal ya. Aku ada member Cina lain yang bangun lambat Nauzubillah seakan dia tiada kelas. Aku pun jadi risau dia tak bangun lagi. Cuma petua dia kau kena jadi bijak sahaja, supaya tak kena marah dengan pensyarah sebab masuk kelas lewat.

Pelajar Cina tidur awal?

Rakan sebilik aku Lew tepat sahaja pukul 10 malam dia akan tidur. Apa yang menarik, bila dia tidur dia akan minta kebenaran untuk tutup lampu bilik. Pergh. Bayangkan pada pukul 10 malam bilik orang lain cerah lagi, bilik kami dah malap. Tapi kami langsung tiada masalah, lagipun 1 bilik 4 orang. Dan setiap orang ada lampu belajar masing-masing. Suasana macam ini buat aku lebih fokus ketika belajar dan buat tugasan sebenarnya.

Aku pula jenis yang tidur lambat, sama seperti rakan sebilik aku seorang lagi. Memang burung hantu. Kami pernah berjaga hingga 3/4 pagi. Aku kat kolej mengalami insomnia jangka panjang. Hanya disebabkan aku nak siapkan tugasan yang berlambak. Masa ini aku tak sedar lagi kaedah Lew. Bahkan sebenarnya aku lebih banyak hadap buku berbanding dia kekadang. Tapi dari segi kualiti, dia lebih efisien dalam belajar. Aku banyak main-main ketika belajar menyebabkan aku lambat menyiapkan tugasan. Termasuk menangguh "Assignment".

Cuma aku perhatikan, dia jenis yang tidur awal dan bangun lambat. Maksud aku, kalau kau tidur awal pukul 10 malam, sekurangnya kau bangun pukul 5 pagi untuk 8 jam kitaran tidur. Tapi dia bangun juga pukul 7 pagi. Mungkin kerana dia dah terbiasa, sebab rutin kan.

Apa yang aku boleh contohi dia adalah rutin dia yang tidur awal. Bila kau tidur awal dan dapat tidur yang cukup kau langsung tiada masalah ngantuk pada waktu pagi ke petang. Kira hebat juga teknik dia.

P/S: Tak semua ya pelajar Cina tidur awal, pernah juga member Cina aku tidur lambat nauzubillah belajarnya. Hingga aku sendiri nak tidur, dia belum tidur. Mungkin dia ada ujian esok. Monolog dalaman aku sendiri.

Mendapat kefahaman Optimum

Salah satu akhlak yang aku suka tentang Lew. Dia selalu tanya aku apabila dia tak dapat menjawab suatu soalan. Bukanlah selalu tetapi ada. Walaupun aku sendiri tahu yang dia lebih bijak dari aku. Tetapi sikap dia merendah diri dalam belajar, membuatkan aku hormat dia. Macam yang aku cerita sebelum ini, apabila dia tak dapat jawab sesuatu dalam tugasan dia. Dia akan pergi dekat aku, dan tanya aku sama ada aku dah jawab soalan itu atau belum. Tengoklah kalau aku dapat bantu dia atau tak. Kerapnya aku yang akan tanya soalan kat dia. Kalau kami dua-dua tak dapat jawab walaupun dah berbincang, kami akan tanya pada pensyarah masing-masing pula. Bila kami dah dapat jawapan, kami akan kongsi semula.

Lew boleh bertahan dalam berdebat. Pernah juga argue dengan dia berkenaan suatu topik conservation of energy bagi objek pada spring. Dan beberapa siri lain. Disebabkan aku cenderung dalam bidang fizik, bagi aku fizik kau bukan sahaja untuk terima secara bulat-bulat atau menggunakan matematik secara masuk dalam persamaan tetapi kau juga perlu memahami konsep fizik itu sendiri. Lew juga pernah argue apa gunanya matematik dalam kehidupan. Maksud dia seperti trigonometri, kebarangkalian, pembolehubah rawak dll. Aku nak jawab, tapi takut tersinggung hati dia. Maka aku diam. Bagi aku matematik ini adalah bahasa alam. Untuk kau berkomunikasi dan mengenali alam ialah melalui matematik. Bahkan sebenarnya semua silibus yang berada dalam matematik peringkat matrikulasi adalah yang melibatkan dalam sains. Kalau kau perhatikan setiap topik itu ada bergunanya pada beberapa topik sains yang lain. Sebab itu tidak semua tajuk matematik moden sewaktu sekolah menengah ada dalam silibus matrikulasi.

Terima kasih kerana membaca.

Share: