Khamis, Ogos 26, 2021

Tangkapan planet musytari dan bulan-bulannya (25/08/2021)

Rajah 1.1 – Tarikh cerapan pertama adalah pada 25 August 2021, 9:54PM

Bulan Io yang paling menghampiri planet musytari diikuti dengan Ganymede, Europa dan Callisto. Kedudukan Ganymede kelihatan seperti lebih dekat dengan planet Musytari berbanding Europa disebabkan penglihatan dari bumi. Akhir sekali, bulan Callisto dapat dilihat merupakan bulan yang terjauh dari planet Musytari.
Alhamdulilah, berjaya saya menangkap gambar planet Musytari juga bulan-bulannya. Sebenarnya planet Musytari ada 79 buah bulan yang telah diketahui setakat ini tetapi hanya 4 bulan ini yang terbesar yang mengorbit planet tersebut iaitu Callisto, Europa, Io dan Ganymede. Ganymede adalah bulan terbesar dalam Sistem Suria kita.

Saya mengesahkan kedudukan bulan-bulan ini menggunakan aplikasi stellarium juga star walk 2 disebabkan hanya titik cahaya sahaja yang muncul jadi aku tak dapat membezakan. Empat bulan yang bercahaya ini pertama kali ditemukan oleh seorang ahli astronomi iaitu Galileo Galilei pada bulan Januari 1610, menggunakan teleskop dengan rekaannya sendiri. Kira hebat juga teleskop Galileo Galilei ni sampai boleh nampak bulan-bulan musytari sedangkan sudah berabad-abad lamanya.

- hh

Share:

0 Komen:

Catat Ulasan