Langit agak bersih tanpa sebarang awan untuk seketika. Pada awalnya nak tangkap gambar bulan seperti biasa. Tetapi ternampak sinaran cahaya daripada planet musytari(jupiter) juga zuhal(saturn). Cumanya Zuhal tak dapat ambil kerana sinarannya lebih malap berbanding musytari. Aku sebenarnya tak mengharapkan pun camera canon ni akan dapat tangkap planet musytari dengan jelas tetapi sekurang-kurangnya ada. Dalam kamera aku nampak planetnya dengan bulan-bulannya, cuma bila tangkap sahaja planet mustari sahaja yang nampak. Mungkin kerana terlalu bergoyang bila nak tangkap. Ya, ada tripod sekalipun. Mungkin selepas ini boleh cuba naiktaraf lagi.. Paling kurang nampak juga bulan-bulannya ataupun ribut pada musytari.
Tangkapan bulan.
Agak kecewa jugalah sebab tak dapat tangkap bulan purnama pada 22/8/2021 haritu. Atas sebab cuaca hujan dan berawan. Kebelakangan ini Malaysia kerapkali hujan katanya disebabkan kita berada dalam fasa monsun barat daya melemah atau "Monsoon Break". Keadaan cuaca yang lebih lembab, liputan awan yang tebal dan hujan lebih kerap boleh berlaku. Sebenarnya beberapa minit sahaja selepas aku menangkap gambar planet musytari, berlaku hujan lebat secara tiba-tiba. Sebelum ini hujan juga pada waktu tengah malam. Semoga semuanya baik-baik sahaja.
0 Komen:
Catat Ulasan