Jumaat, Ogos 20, 2021

Erti Sebuah Kegagalan & Kejayaan

———

Oleh hh (Jumaat, Ogos 20, 2021)

Kegagalan

Erti sebuah kegagalan yang sebenar itu apabila kita gagal dan berhenti mencuba. Dalam sebuah kebarangkalian untuk berjaya, selagi anda melontar dadu mendapatkan apa yang anda mahukan itu dikira usaha. Usaha yang tidak putus asa itu akan membawa anda kepada kejayaan. Kegagalan adalah sebuah pengalaman dari orang-orang yang berjaya. Meskipun lontaran dadu itu tidak mengena apa yang kita inginkan tetapi sekurangnya tahulah kita kewujudan akan angka lain itu. Oleh itu, tanpa kegagalan dan usaha untuk bangkit, kita sebenarnya tidak pernah mencuba untuk berjaya tetapi mencuba untuk gagal.

Bagi saya kegagalan adalah suatu yang mencabar dan menyeronokkan. Aku pernah mengalami beberapa fasa kegagalan dalam hidup. Dalam pendidikan misalnya, saya pernah gagal mendapatkan data yang tepat apabila membuat eksperimen fizik disebabkan ralat ketika membuat eksperimen atau dalam memplot graf. Di setiap laporan fizik ada peratusan ralat yang perlu ambil kira. Jikalau ralatnya terlampau tinggi, maka eksperimen tidak boleh diterima. Eksperimen diulang semula. Dalam kehidupan misalnya, saya pernah gagal mendapatkan apa yang ibu ayah saya harapkan. Beberapa lagi kegagalan lain yang berlaku pada waktu yang sama. Keadaan ini membuatkan berada dalam fasa kemurungan melampau.

Waktu ini saya belum menemui apa erti sebuah kegagalan. Apa yang saya tahu hanya mencuba lagi dengan samar-samar harapannya atas hidup yang perlu diteruskan. Kemudian, masuk sahaja pra-universiti. Aku mula belajar erti kegagalan & kejayaan dengan melihat orang sekeliling aku. Ada diantara mereka yang ditimpa musibah yang sangatlah hebat tetapi masih lagi untuk senyum dan bangkit. Ini sesuatu yang hairan. Lalu, pada masa mendatang. Mereka tersenyum riang atas kejayaan dirainya mereka. Maka, ubahlah cara kau melihat kejayaan seseorang. Setiap senyumannya itu ada juga bekas kesakitan dan kepahitan dalam mencapainya. Dia juga pasti ada fasa kejatuhan juga kegagalan. Ini adalah fasa hidup yang tak boleh kita tolak.

Ya, kegagalan adalah menyakitkan dan pahit rasanya. Kita akan berasa sangat runtuh dan putus asa. Namun ketahuilah, setiap dugaan yang Tuhan beri ada juga hikmahnya. Kegagalan itu mengajar kita bahawa kejayaan bukan hanya ada satu jalan, tetapi bercabang jalannya. Sebab itu hidup perlu sentiasa ada perancangan, jikalau kau tak dapat jalan A maka kau masih ada jalan B. Dan pada akhirnya kau akan temui semula satu jalan kejayaan yang kau mahukan.

Kejayaan

Secara definisinya, kejayaan membawa maksud telah mencapai atau mendapatkan sesuatu yang dimatlamatkan. Ini bermaksud untuk berjaya, kau perlu ada matlamat dalam hidup. Matlamat adalah umpama suatu titik dalam kehidupan. Titik-titik dalam kehidupan itu menghasilkan perjalanan hidup. Dalam perjalanan hidup itu ada jutaan cabang jalan. Jalan yang bercabang umpama pilihan dalam hidup, kegagalan adalah panduan untuk kau cari jalan yang sesuai untuk kau lalui. Dan pada akhirnya kau akan kembali pada satu jalan kejayaan yang sebenar(akhirat).

Kalau kau seorang pelajar, matlamat kau adalah untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Kalau kau ibubapa kepada anak-anak, maka matlamat kau adalah untuk membesarkan mereka dengan sihatnya. Setelah kejayaan dicapainya dalam satu siri kehidupan. Maka dia akan terus bergerak dalam titik(matlamat) lainnya.

Oleh itu, tatkala kita melihat kejayaan orang lain sedangkan kita dalam kegagalan. Janganlah kita merasa runtuh juga berputus harap. Orang yang berjaya itu adalah mereka yang telahpun melalui fasa-fasa kegagalan. Selepas ini mereka ada matlamat lainnya dan akan mengalami perkara yang sama. Kita pula dalam mencapai matlamat, maka janganlah berputus asa ketika menghadapi kegagalan. Teruskan berjalan dan melalui satu jalan antara cabang jalan-jalan lainnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut langganan