Phy-My Ai adalah projek yang ingin saya bawakan tahun 2024 dalam blog ini, di mana, dalam setiap entri berkaitan fizik yang dibuat dengan label "Phy-My Ai" adalah separa hasil daripada AI dan juga gubahan serta semakan daripada saya sebagai manusia.
Antara objektif yang ingin dicapai dalam projek ini adalah
- Pembaca (khususnya pelajar) boleh mempelajari atau memahami suatu topik fizik dengan lebih mudah dan menarik.
- Melatih pelajar untuk mempelajari secara konstruktif dengan pengetahuan yang sentiasa bercambah.
- Merungkai konsep fizik dengan persoalan serta jawapan yang relevan.
Saya berharap projek ini dapat memberi manfaat terutamanya kepada pelajar-pelajar yang ingin mempelajari konsep fizik tetapi mempunyai kurang kefahaman secara asas. Semoga usaha projek ini dapat merapatkan kembali jurang pengetahuan pelajar dalam bidang fizik dan mengambat hati kembali pelajar-pelajar ini dalam meminati bidang fizik. Sekiranya teknologi yang digunakan hari ini (terutamanya dalam LLM) dimanfaatkan dengan baik serta berintegriti, kita pasti berupaya menutup kembali lohong-lohong kelemahan pelajar dalam mempelajari suatu bidang.
Dengan rendah diri dan izin-Nya, semoga pembaca mendapat manfaat dengan projek yang saya cuba bangunkan dalam blog ini.
- hh (3:42 AM, 19/5/2024)
- hh (3:42 AM, 19/5/2024)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan