Jadi saya dalam perjalanan nak pulang ke USM dan saya dapat tempat duduk bahagian paling hadapan (dah tu je tinggal). Bagi seseorang yang sudah kerap menaiki bas, mungkin kalian akan perasan bahawa kebanyakan penumpang tidak memilih tempat duduk paling depan (awalan 1A dan seumpamanya). Tak percaya? Cubalah tempah bas lewat sedikit dan cuba rasai sendiri mengapa.
Bila dapat duduk depan ni baru saya tahu kenapa ramai tak mahu duduk sini.
Pertama, cara pemanduan pemandu bas ini sedikit meluruhkan jantung. Haha. Boleh sakit jantung woo. Pernah ketika pemandu bas tu siap main whatsapp masa memandu. Perangai pemandu bas yang memang dah kebiasaan membawa bas ini selalunya mereka sangat selamba. Jadi, kita ini yang sekadar pemandu kereta atau motorsikal sahaja kadangkala merasakan macam tak sempat ja atau hampir-hampir akan terlanggar sesuatu. Mesti akan ada rasa benda tak kena. Namun, pemandu bas ini tahu masa yang terbaik untuk brek, putar stering, masuk laluan mana, etc. Mungkin kita sahaja yang paranoid! Kalau korang luahkan perasaan kat pemandu bas tu mungkin pemandu bas tersebut akan minta korang untuk tidur (ganggu saja Zzz).
Seterusnya, seorang pemandu bas mempunyai penglihatan yang terhad, bermakna bukan semua sudut bas dia boleh nampak maka lebih banyak blindspot bagi pemandu bas ini (masih boleh pertimbangkan bahawa adanya fungsi sensor). Namun, dengan kepakaran pemandu bas yang berpengalaman ini begitu banyaknya kenyarisan bas ini nak bergesel dengan benda lain dapat dielakkan. Den pun tak tahu macam mana banyak sangat "luck". Apatah lagi bila berhadapan dengan tempat yang sempit dan padat untuk bas yang besar tersebut untuk bergerak. Ini pun meluruhkan jantung penumpang hadapan juga! Jangan harap nak dapat tidur lena bila duduk depan.
Faktor yang seterusnya adalah mungkin faktor cahaya. Selalunya tempat duduk di depan ini terdedah dengan cahaya dari cermin hadapan bas. Tak semua orang suka terdedah dengan cahaya, sebab itu banyaknya penumpang pilih tempat bahagian belakang selalunya. Lebih lena nak tidur! Tapi bagi pendapat saya sendiri, saya suka melihat apa yang berlaku di luar bas, kadangkala ada langsir tertutup tu saya akan buka (Single seat only!).
Faktor terakhir adalah keselamatan. Penumpang di bahagian hadapan mempunyai risiko kemalangan yang lebih tinggi berbanding penumpang di bahagian belakang. Tapi ajal maut di tangan Allah kan? Tidak kisah pun anda duduk di mana, berdoalah bahawa Allah akan menjaga keselamatan kita (Selamat pergi dan pulang).
Apapun den masih enjoy duduk hadapan. Muka masa hg tidur pun orang tak perasan! dan den tabik dekat pemandu bas yang sangat gagah nak membawa bas dari utara ke selatan (hanya dengan sekali perhentian).
Tak dapat banyak A dalam exam, dapat seat A1 pun bolehlah :') |
- hh (12:33AM, 27/3/2023)
0 Komen:
Catat Ulasan