ALIRAN
Apa itu Aliran?
Sebahagian daripada kita terus-menerus mengejar kebahagiaan. Namun, sangat sukar bagi kita untuk capai kebahagiaan yang bersifat berkekalan.
Kebiasaannya, apabila kita mencapai sesuatu matlamat ataupun memperoleh sesuatu, kebahagiaan kita akan bersifat sementara.
Tetapi perasaan bahagia itu tidak kekal lama - kelak, kita akan mencari keinginan baru yang jauh lebih baik (untuk memuaskan hati dalam mencari kebahagiaan).
Sebagai hasilnya, kita akan terus malar melihat perkara lain menuju hal berikutnya. Misalnya, rumah yang lebih bagus, pekerjaan yang lebih baik, mahupun percutian yang lebih santai.
Namun apabila kita terlalu bergantung kepada "perkara luar" yang memberikan kita kebahagiaan, kita akan kehilangan kemampuan untuk mencari kebahagiaan di "dalamnya".
Jika pengalaman yang singkat mahupun ganjaran sesuatu benda tidak membuatkan kita merasa bahagia dan tidak terpenuhi dalam jangka masa panjang, jadi apa ertinya?
Menurut ahli psikologi, Mihaly Csikszentmihalyi dalam bukunya Flow, beliau cuba menjawab bagi persoalan ini dengan membuat tinjauan terhadap orang ramai tentang saat-saat paling bahagia dalam hidup mereka.
Beliau dan rakan penyelidikannya telah mempelajari ribuan orang di seluruh dunia termasuklah di Korea, Thailand, Jepun, Itali, dan Amerika Syarikat. Dan mereka menemui bahawa merentasi zaman, budaya dan tempat; manusia cenderung menggambarkan pengalaman ketika kebahagiaan dengan cara yang sama.
Kesemua mereka melaporkan perasaan yang terbaik apabila mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti yang memerlukan usaha dan tumpuan.
Dalam fasa ini, Csikszentmihalyi menulis, "Nothing else seems to matter; the experience itself is so enjoyable that people will do it even at great cost."
Beliau memanggil fasa ini sebagai Flow (Aliran), dan telah mengembangkan teori yang sangat berpengaruh tentang mengapa ia sangat memuaskan, dan bagaimana kita dapat mencapainya lebih lagi.
Dengan memahami apa itu fasa aliran, kita dapat mengatur keadaan yang ideal untuk mengalaminya.
Kita dapat mengaplikasikan hukum aliran ini dalam semua aspek kehidupan kita - dengan mencari lebih menyeronokkan, produktiviti, dan malah hidup dengan lebih bermakna.
"People are happiest when they are in a state of flow, or total immersion in an activity that requires sustained focus and effort." - Flow oleh Mihaly Csikszentmihalyi.
Mengapa mencapai aliran memberikan kita kebahagiaan yang lebih lama berbanding pencapaian kebendaan, tidak?
Csikszentmihalyi menerangkan hal ini dengan membuat perbezaan antara dua perasaan positif, iaitu kepuasan (pleasure) dan kenikmatan (enjoyment).
Banyak perkara yang kita kejar memberikan kita kepuasan - seperti tidur, makan, hiburan, berbelanja, lepak, etc - tetapi hanya sementara.
Kenikmatan, Csikszentmihalyi menulis, "is an important component of the quality of life, but itself does not bring us happiness."
Sebaliknya, beliau berpendapat bahawa kita mendapatkan kebahagiaan abadi dari perbuatan yang memberikan kita kenikmatan.
Menikmati pengalaman memerlukan tumpuan dan niat, berbanding penggunaan pasif (passive consumption).
Aktiviti yang mengasyikkan kenikmatan juga membenarkan pertumbuhan (growth): "a sense of novelty, of accomplishment" atau mencapai sesuatu yang mencabar.
Beberapa contoh aktiviti memberi kenikmatan yang memerlukan usaha dan tumpuan termasuklah,
i. Membaca buku yang membuka minda kepada idea baru.
ii. Melakukan hobi kreatif ataupun artistik seperti melukis.
iii. Bermain permainan badminton dengan komponen lawan yang lebih hebat.
Mengenalpasti aktiviti yang memberikan nikmat adalah kunci untuk mencapai agenda Aliran.
"To achieve happiness, choose experiences you can enjoy - ones that require focus and intention, and allow growth - over activities you passively consume." - Flow oleh Mihaly Csikszentmihalyi.
Sekiranya kita dapat mengaplikasikan konsep ini dalam aktiviti kerohanian atau ibadah dengan cara yang betul, kita juga dapat merasai kenikmatan yang sebenarnya di dunia ini.
Dengan haluan dan niat yang betul, kita dapat mencapai manis serta nikmatnya iman dalam kita melaksanakan suatu ibadah tersebut.
- hh (9/3/2023 - 3:29 AM)
Catatan Tambahan (CT) : Jika anda memerlukan bacaan yang sedikit mendalam (sedalamnya jika anda membaca buku itu sendiri), anda boleh baca artikel ini https://positivepsychology.com/mihaly-csikszentmihalyi-father-of-flow/.
0 Komen:
Catat Ulasan