Dalam dunia pascamodenisasi ini, pengurusan hidup merupakan aspek penting bagi seseorang individu untuk memastikan diri kita tidak hanyut dalam arus yang tidak baik serta melekakan. Terdapat banyak cabaran dan dugaan dalam kehidupan hari ini yang boleh memberi kesan terhadap kualiti hidup seseorang. Teknologi juga sudah menjadi sebahagian daripada darah daging kita yang tidak boleh dipisahkan. Cuba anda fikirkan berapa lama telefon pintar anda bersama-sama anda? Atau mungkin berapa lama anda mampu bertahan tanpa sebarang teknologi? Walaupun demikian, hakikatnya adalah kita tidak lagi mampu mengelak daripada penggunaan teknologi. Ia sudah menjadi satu keperluan, dan kita harus beradaptasi dengan bijak ketika menggunakannya.
Melihat sudut konteks pengurusan hidup, penggunaan teknologi sangat memberi impak besar terhadap pengurusan hidup seseorang. Pada satu sudut positif, ia dapat meningkatkan keproduktifan bagi seorang insan yang hidup dalam dunia yang serba bermaklumat ini. Kita sedia maklum bagaimana dunia hari ini sangat dipenuhi dengan maklumat dan ilmu pengetahuan. Bak kata pepatah yang biasa didengari, semuanya di hujung jari. Namun, tidak semua maklumat atau fakta itu membawa manfaat pada diri seorang insan. Oleh demikian, menguruskan ilmu pengetahuan juga menjadi keperluan bagi individu dalam mencapai hidup yang lebih bermakna pada zaman sekarang. Hidup pada hari ini tidak lagi mengetengahkan perihal kuantiti yang ada dalam seseorang, tetapi kehidupan pada hari ini lebih mengutamakan kualiti yang mana menjadi penanda aras nilai insan kamil individu itu.
Oleh hal yang demikian, saya melihat keperluan teknologi dalam membantu sampingan kita menguruskan hidup ini. Terdapat beberapa aplikasi atau perisian yang saya kira dapat membantu kita menguruskan hidup yang ideal dan efektif. Antara yang banyak menjadi kegunaan masyarakat sekarang adalah platform Notion.so. Notion.so ialah platform pengurusan projek dan nota yang membolehkan pengguna membuat, menguruskan, berkongsi dan mengakses nota, jadual waktu, dan projek dalam satu platform yang mudah digunakan dan disesuaikan. Ia mempunyai ciri-ciri seperti penjanaan halaman web, senarai tugasan, jadual waktu, peta mental dan banyak lagi, yang menjadikannya alat yang berguna untuk individu, pasukan, dan syarikat dalam pelbagai bidang seperti pengurusan projek, pemasaran, penyelidikan, dan banyak lagi.
Bergantung bagi seseorang individu, bertanya pada pendapat saya. Kecederungan saya dalam melaksanakan pengurusan hidup dalam platform ini adalah secara minimalis. Hal ini adalah kerana pengurusan hidup yang lebih teliti dan mendalam memerlukan kebergantungjawaban yang lebih tinggi. Mungkin secara ringkasnya sebelum ini anda tidak pernah melakukan "To-do list", jika anda melaksanakan terus beserta ciri-ciri yang spesifik anda akan dapati sukar untuk anda mengikuti pengurusan tersebut. Hakikatnya bukanlah pengurusan hidup yang tidak berkesan namun diri yang tidak mampu istiqamah dalam melakukannya. Oleh hal demikian, adalah keperluan untuk bermula menguruskan hidup secara ringkas dan tidak terbeban sekiranya anda tidak pernah menguruskan beberapa atribut dalam hidup anda. Bahkan mungkin dalam peralihan metod penggunaan menjadi pengaruh seseorang individu itu tidak mampu mengikuti apa yang ditetapkan dalam tugasan. Misalnya, seseorang yang sudah biasa menggunakan buku fizikal sebagai bahan pengurusannya kemudian ia berpindah kepada penggunaan teknologi mungkin akan mengalami sedikit kelengahan.
- hh (12:56 PM; 14/3/2023)
0 Komen:
Catat Ulasan