Rabu, September 28, 2022

Mengapa soalan fizik selalu tidak masuk akal?

Bagi yang sudah biasa terdedah dengan soalan-soalan berkenaan fizik, mesti pernah memikirkan bahawa ada beberapa soalannya itu kadangkala langsung tidak masuk akal jika dibuat secara amali. Bahkan, mungkin kita tidak akan dapat keputusan atau jawapan yang sama seperti apa yang dibuat atas kertas.

Baiklah, pertama kita perlu faham. Jika kita sebagai pembuat soalan benar-benar ingin menghasilkan soalan berdasarkan situasi seharian kita, maka pelbagai aneka pengiraan perlu diambil kira. Misalnya kewujudan rintangan cahaya, udara, suhu, kelembapan dan pelbagai lagi hukum-hukum fizik yang mempengaruhi kehendak soalan. Maka, ia akan menjadi sukar bagi pembuat soalan apatah lagi orang yang menjawab soalan tersebut. Tujuannya soalan fizik dibuat mudah dan agak sedikit tidak masuk akal adalah kerana ia memfokuskan pada satu-satu konsep fizik sahaja. Lantas itu ada soalan yang banyaknya mengabaikan rintangan juga. Walhal, ia akan menjadi pengiraan yang kompleks jika kita mengambil kira secara persisnya.

Namun, adalah berkeperluan utama bagi guru fizik menguji anak muridnya dalam memahami satu-satu konsep fizik. Setelah ia memahami dan menguasai konsep tersebut, maka kaitkanlah diantara satu sama lain. Melalui titik perhubungan ini, bercambah pulalah pengetahuannya (melalui persoalan-persoalan baharu). Sehingga sampai satu tahap, telah pun ia menguasai tapak asas fizik itu. Bertemu pula ia dengan ketidaktahuan. Persoalan tanpa jawapan. Tiada lagi hitam putihnya, seperti ia menjawab soalan-soalan fizik ketika pendidikan rendahnya. Apa yang masih berdiri adalah berapa lama suatu dapatan teori itu dapat bertahan. Adapun yang langsung tidak dapat diterima logik akal tetapi diterima di atas pengiraan kertas. Dalam hal inilah mengapa lambat laun bawaan fizik sudah kearah metodologi kefalsafahan. Pada had kemampuan manusia sekecil-kecil atom dan sebesar-besar alam, akhirnya saintis meletakkan angka-angka teori, kemudian menjadikannya dapatan kefalsafahan alam itu berfungsi.


– hh

Share:

0 Komen:

Catat Ulasan