Selasa, September 20, 2022

Salam Perkenalan analisis vektor

———

Oleh hh (Selasa, September 20, 2022)


Vektor muncul lewat abad ke-19 apabila Josiah Willard Gibbs dan Oliver Heaviside (masing-masing dari Amerika Syarikat dan Britain) membangunkan analisis vektor secara bebas untuk menyatakan hukum baharu keelektromagnetan yang ditemui oleh ahli fizik Scotland, James Clerk Maxwell.

Analisis vektor ini merupakan satu kajian terhadap vektor algebra dan kalkulus fungsi vektor. Jika tingkat kelasnya itu, ia berada dalam Kalkulus III. Ia merupakan satu kaedah matematik yang penting yang diperlukan di dalam sains tulen terutamanya sains gunaan. Vektor analisis ini bukan sahaja memberi tatatanda yang padat dan tepat bagi persamaan-persamaan yang timbul daripada masalah geometri dan fizikal, tetapi juga dapat membantu membentuk gambaran mental bagi idea-idea geometri dan fizikal. 

Dalam kebanyakan buku, pengenalan algebra vektor akan memperkatakan secara ringkas konsep vektor daripada sudut geometri, analisis dan aksioman. Kemudian, operasi-operasi algebra, seperti penambahan dan pendaraban ke atas vektor dibincangkan. Seterusnya itu akan diperkenalkan fungsi vektor serta konsep medan vektor dan medan skalar terhadap beberapa pembolehubah tak bersandar. Pensyarah benarlah menekankan hal ini bahawa pembolehubah tak bersandar itu dapatannya seperti orang yang tidak kebergantungan pada suatu isu atau berubahan yang berlaku. Juga dipertimbangkan beberapa kadar perubahan medan vektor dan medan skalar yang membawa kita kepada konsep penting seperti terbitan berarah, kecapahan dan keikalan medan vektor. Konsep ini mempunyai penggunaan yang amat luas di dalam masalah fizikal dan geometri.

Kamiran garis, kamiran permukaan dan kamiran isipadu pula akan memainkan peranan penting di dalam analisis vektor. Namun adalah berkepentingan untuk memahami bagaimana hendak menilai kamiran-kamiran ini. Sementelahan itu, akan dikaji pula beberapa teorem penting di dalam analisis vektor. Dengan kamiran-kamiran disebutkan tadi boleh dihubungkaitkan melalui teorem Green, teorem Stokes dan teorem Gauss.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut langganan