Masalah
Implikasi Masalah
2. Apabila anda lakukan perkara lain dalam waktu belajar secara berlebihan. Pembaziran masa akan berlaku dan anda dah curi waktu belajar. Kemudian, anda terpaksa pula tambah waktu belajar dan mencuri waktu aktiviti lain anda. Akhirnya semuanya jadi bertangguh dan anda perlu mengejar semuanya semula. Apa yang paling teruk adalah anda mungkin akan kerapkali tidur lewat malam akan hal-hal ini. Tidur lewat akan memberikan kesan buruk bila anda bangun tidur nanti. Boleh jadi waktu anda kelas nanti pun anda akan tertidur semula dan tidak fokus atau faham apa yang disampaikan oleh pensyarah.
3. Berlaku "drag study". Entah saya wujudkan sahaja istilah ini. Iaitu berlaku penyeretan pembelajaran, di mana sepatutnya pada hari ini anda belajar topik A, tetapi anda bawa topik itu sehingga hari-hari mendatang. Anda bawa tetapi anda tidak belajar pun topik itu. Hal ini membuatkan berlaku kebebanan subjek dan memberi masalah pada topik lain-lain yang berkaitan/memerlukan pengetahuan dalam topik A.
Penyelesaian Masalah
2. Terbentuknya new tab pada pelayar web adalah apabila kita melayan media sosial atau fikiran kita sendiri. Kita fikir luar daripada konteks belajar apabila kita tidak fokus.
3. Rasa lapar dan terfikir untuk makan? Maka makanlah sebelum memulakan belajar atau kelas. Hal ini bagi mengelakkan diri daripada fikiran terganggu dengan nafsu makanan dan membolehkan kita fokus belajar.
4. Jadikan belajar perkara yang menarik. Saya pun tak begitu tahu bagaimana hendak jadikan belajar ini menyeronokkan. Namun, kita akan temui keseronokkan dalam membuat perkara yang kita suka, misalnya membuat nota.
5. Lebihan tab setelah habis belajar boleh disimpan dalam nota seperti Obsidian/Notion. Hal ini bagi memudahkan semula rujukan. Sebab itu nota perlu dibuat setiap kali habis belajar, supaya mudah membuat rujukan.
Sumber Rujukan:
1. Curbing procrastination while studying - hh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan