Masalah
Sejak kebelakangan ini saya mula ada masalah tidur lewat semula walaupun saya tidak ada pun tugasan yang banyak. Semua ini bermula apabila saya ingin kejar kembali silibus dalam Linear Algebra dan Vektor Analisis. Mungkin semua ini berpunca daripada masalah pengurusan habit sendiri sebenarnya (saya baru terfikir bahawa ia juga berpunca daripada kerja tugasan EM). Pada masa lalu saya tidak begitu pandai untuk menguruskan masa bagi setiap habit. Misalnya pada waktu belajar, ada masa saya menghadap telefon dan bermain media sosial. Apa pensyarah cakap pun saya tidak faham. Namun kini sudah berkurang. Begitu juga apabila saya belajar silibus LAVA kembali. Masa belajar itu pun saya lakukan perkara sama. Hal ini menyebabkan kerja saya banyak tertangguh dengan perkara yang sia-sia.
Jadi saya pun terpaksa mencuri waktu tengah malam. Kerja pun berlarut malam sehingga 4 pagi. Mungkin ok lagi sebab saya masih mampu untuk bangun sebelum 9 pagi iaitu waktu kelas bermula. Namun saya akan ada banyak masalah pada waktu petang, iaitu saya akan tidur dalam 2/3 jam juga. Hal ini membuatkan saya ada banyak masa terbuang. Dan sepatutnya waktu tidur petang itu terisi pada waktu malam. Mati akal kepala memikirkannya.
Implikasi Masalah
1. Banyak kerja yang tertangguh.
2. Terpaksa mengambil masa lain (curi tengah malam).
3. Kerapkali tidur waktu petang selama 2/3 jam.
Penyelesaian Masalah
1. Usahakan untuk cuba awal.
0 Komen:
Catat Ulasan