Isnin, September 26, 2022

Imej agama terhadap individu


Dahulu saya geram benar apabila ada sahabat yang tidak menggambarkan akhlak yang baik sebagai pemimpin terhadap satu pertubuhan. Apa sahaja yang ia lontarkan itu juga sedikit sebanyak membawa kesan terhadap imej pertubuhan tersebut. Adapun saya mengambil kepedulian akan hal ini kerana saya jugalah mantan dalam pertubuhan itu. Orang luar akan menilai meskipun ia sendiri tidak sedar akan hal itu. Jika buruk bawaan dirinya, buruk jugalah tanggapan orang terhadap pertubuhan tersebut. Dengan itu, merenung pula ke dalam diri saya. Gambaran apa yang telah saya bawa dalam beragama?

Tidaklah juga saya membawa akhlak yang baik. Kadangkala, lebih batas dari apa sepatutnya. Lantas kesedaran itu menyedarkan saya apa yang tidak sepatutnya saya lontarkan. Segala anggota tubuh yang melunaskan pancaindera adalah suatu had kebebasan yang kita ada. Jika kita tidak malu atas apa yang telah kita lakukan, maka laksanakanlah apa yang kita mahu. Namun, akibat daripada perbuatan itu, bertanggungjawablah ke atas diri kita sendiri. Kelak jika sudah sedar akan perihal yang tidak sepatutnya itu, sedarlah ia alangkah semalu yang hanya ia dapat. Orang pun sudah bertetap nilai atas apa yang kita lakukan. Oleh itu, segala tindaknya kita perlulah diiringi dengan kematangan, begitu jugalah dengan sebab dan akibat daripada perbuatan kita itu.

Jika melihat dengan lensa yang lebih luas, kita sebenarnya senantiasalah membawa imej agama Islam itu sendiri. Orang bukan Islam akan menilai diri kita yang beragama Islam. Meskipun kita menafikan akan keburukkan yang telah kita lakukan bahawa ia tidaklah berikutan akan dasar islam itu sendiri, namun orang bertetaplah akan melihat sudut agamanya juga. "Apakah ini orang-orang beragama Islam?". Maka pentinglah bagi kita menonjolkan akhlak yang baik ketika berhadapan dengan orang lain, apatah lagi saat kita bersendirian. Mengapakah begitu? Adapun saat kita merasakan diri kita hanya bersendirian itu berhakikatlah bahawa kita tidak sendirian, adalah Allah SWT yang menyaksikan akan segala perbuatan kita, termasuk saat bersendirian pun. Selaraskanlah apabila kita merasakan bahawa Allah SWT sentiasa memerhatikan kita bersama juga apabila kita bersama dengan makhluk lain.

- hh
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan