Selasa, September 20, 2022

Dari pekan bilik ke kota masjid

———

Oleh hh (Selasa, September 20, 2022)


"Assalamualaikum, Riz. Nak pinjam motor boleh? Aku ada program malam ni kat Kompleks", kata sahabatnya itu.

"Hm, pakailah." balasnya tanpa memikirkan pun keperluannya untuk pergi ke masjid setelah itu.

Inginlah sebenarnya saya membina rutin untuk menunggang motor ke masjid dan bersolat maghrib berjemaah kemudian belajar seketika di masjid menanti solat isyak. Sepanjang saya membina rutin itu tidaklah begitu saya menerungi sepanjang perjalanan saya ke masjid ini melainkan berkognitif melihat cermin motorsikal untuk saya peka kenderaan belakang dan lampu-lampu kenderaan untuk saya berjaga-jaga dengan kenderaan hadapan. Walhal, mata kehidupan pula banyak yang saya tutup sepanjang perjalanan itu. Namun bila saya berjalan kaki, Tuhan lapangkan pemikiran saya untuk berfikir sepanjang jalan itu. Tidak berkeperluan saya untuk memikirkan sebaliknya. Dalam perjalanan itu, timbulah soalan-soalan buah fikiran. Apa kesucian itu hanya terletak di masjid? Kita hidup dalam sebuah negara berstatus negara islam, namun apakah suasana negara kita ini bawaannya biah solehah? atau sebaliknya?

Dari pekan bilik ke kota masjid sahaja jaraknya sudah 1.5 kilometer. Dikerah sendi kaki untuk melangkah rempuh jalan yang penuh liku ini. Bukanlah kerana jalannya berduri, tetapi lebih dari pandangan tidak harmoni. Dalam perjalanan itu, sudah pun zahirlah jawapan terhadap persoalan yang bangkit dalam fikiran saya. Perlakuan maksiat berlaku di mana-mana sahaja, tidak lagi menggambarkan sebuah persekitaran biah solehah itu sendiri. Sudah sebatilah suasananya alam kampus dengan kebebasan. Apa kebebasan persekitaran itu membentuk kebebasan dalam berfikir? Inginlah saya elak daripada membangkitkan ini, bimbanglah bukan langkah pahala yang saya dapat, tetapi dosa lapangnya dada melihat maksiat. Mahasiswa sepatutnya menjadi modal insan bagi masyarakat di negara kita. Jika rosak persekitarannya itu sendiri, rosaklah juga masa hadapan islam di negara kita.

Namun dalam saya separa sedar menjejaki langkah, sampailah saya di kota masjid. Dalam kesengsaraan sebuah masyarakat, penyelesaian dalam membentuk masyarakatsudah pun berada di dalam masjid. Ia rumah Allah yang rapuh berlarutan zaman, dijaga oleh orang-orang yang beriman. Sedih sekali kami buta sedangkan jawapan sudah pun berada di depan mata kami sendiri. Di laluan-laluan penjalan kaki sentiasa terbuka untuk kami kembali. Jadi saya fikir, kotaMu ini masih gah berdiri suci. Jadi kukira Kau masih menerima taubat-taubat kami.

- hh (20/9/2022)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut langganan