Isnin, September 26, 2022

Dilema: Diantara dua seruan buat mahasiswa

———

Oleh hh (Isnin, September 26, 2022)


Diantara dilema seorang pelajar universiti adalah adanya seruan-seruan yang mengajak mereka untuk bergiat kerja. Besarnya adalah dua seruan buat mahasiswa. Satu suara menyeru mahasiswa mempertingkatkan aktiviti persatuan; satu lagi suara menyeru mahasiswa mempertingkatkan pengajian akademik. Berkehendaklah seorang pelajar itu mengambil peduli akan seruan-seruan tersebut kerana demikianlah sedikit sebanyak akan mempengaruhi keluaran (output) bagi dirinya saat keluar universiti kelak. Jika ia menyahut secara sambil lewa, oleh sebab itulah lahirnya mahasiswa yang tidak berkualiti dan terbentuk kekecewaan dalam diri setelah itu.
Ada gah orangnya lebih menyahut seruan pengajian akademik. Apabila berada di alam universiti, menyertai aktiviti luar bidangnya itu sampingan yang tidak begitu berkeperluan dalam pengajiannya. Mungkin pada arus fikirannya sudah berlarut bahawa ia ingin jadi orang yang berprofesion. Demikianlah bahawa universiti menjadi medium utama pelajar ingin menimba ilmu baharu yang tidak dapat dicari di tempat lain.

Satu orang lainnya itu menyahut seruan aktiviti persatuan. Tiadalah yang lebih berharga waktunya melainkan membentuk keperibadian diri yang hebat ketika di alam universiti. Demikianlah kita lihat bahawa universiti bukan sahaja tempat menimba ilmu pengetahuan malah membina keperibadian diri yang sempurna.


Satu lagi golongan adalah mereka yang keliru, tidak berganjak meskipun masa berjalan, bertetaplah dia diantara dua seruan ini. Kata orang, penuntut yang pasif sifatnya. Kadangkala pensyarahnya sendiri tidak menyedari akan kehadiran golongan ini dalam kuliahnya. Lawak benar namun dalam sifat kebiasaan ini adalah membentuk sifat kesederhanaan. Ia orang paling selamat dari kebinasaan yang melampau. Ia hidup, dan menghidupkan kampus untuk kekal berfungsi.

Mungkin ada orang yang panjang benar akalnya, "mengapa kita tidak menyahut kedua-dua seruan ini?" Boleh, demikian adalah sebaik-baik mahasiswa. Namun tidak semua mampu untuk mengimbangi kedua-duanya. Jika ia terlalu membebani diri, bimbang andai suatu masa nanti hilanglah semangatnya sebagai seorang mahasiswa kerana kepercayaannya bahawa ia orang-orang yang gagal menguruskan kedua-duanya.

Oleh itu, sahutlah seruan tersebut dengan keupayaan yang kamu ada. Tidak perlulah merasa terbeban dengan apa yang kamu pertanggungjawabkan, kerana itu memang sudah bertetapan. Tidaklah kamu bergelar mahasiswa jika tidak berasa beban yang dipikul di sini. Malah, raihkanlah kedua-dua seruan tersebut. Laksanakan dengan hati terbuka supaya dengan berkehendak itu berpuas hatilah atas segala perbuatannya.


- hh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut langganan