Adapun pandangan daripada para mahasiswa pada sidang-sidang lepas bahawa mereka menganggap sebahagian aktiviti orientasi itu agak membuang masa. Membuang masa dengan aktiviti yang tidak begitu bermakna buat mereka. Kritikan ini wajar diterima kerana masa itu boleh diisi dengan perkara yang lebih manfaat dan informatif. Sebuah aktiviti berdiri dengan objektif tersendiri dan mungkin aktiviti yang dianggap membuang masa ini, dasarnya ingin membina ukhuwah juga merapatkan jurang diantara junior serta senior dalam satu pengajian itu. Namun, adapun aktiviti lain yang boleh diserapkan dengan nilai-nilai ukhuwah berbanding dengan aktiviti sukan aneka yang tidak membawa faedah pada perjalanan mahasiswa baru di kampus tersebut. Hiburan itu tidak sepatutnya mewajarkan kepenatan sehingga menghabiskan masa orientasi sehingga tengah malam. Keperluan mahasiswa untuk berehat adalah lebih penting bagi melanjutkan diri mereka pada esok hari.
Namun, pada sidang akademik 21/22. Kebanyakkan kampus masih dalam sesi peralihan fasa endemik. Adapun pusat pengajian yang tidak berkehendak untuk melaksanakan orientasi bagi mengelakkan penularan wabak. Saya benar menyokong keputusan pusat pengajian ini. Ada juga diantara persatuan-persatuan yang mewujudkan sesi orientasi buat bakal mahasiswa. Dapatannya bolehlah saya terima selagi tidak ada kegiatan nepotisme atau kompromi dalam memilih mahasiswa yang bertuah mengikuti orientasi tersebut. Meskipun ada juga dilihat persatuan lain yang menerima secara terbuka dengan latar belakang mahasiswa yang berbeza untuk mengikutilah sesi orientasi yang dikendalikan oleh mereka. Apa yang lebih penting, persatuan yang mewujudkan orientasi ini tidaklah sepatutnya mengambil kesempatan ke atas pelajar baharu. Ibarat penuntut ilmu dari negara seberang, kita berkehendak untuk berlayanan baik. Beri mereka apa yang mereka berkeperluan.
Inginlah saya membawakan satu inisiatif yang lebih menarik buat jawatankuasa yang menguruskan kemasukan pelajar baharu. Iaitu mewujudkan orientasi kendiri buat mahasiswa baharu. Di mana, mahasiswa dapatlah melakukan orientasinya sendiri dengan maklumat yang disediakan melalui bentuk poster yang dipenuhi dengan infografik ataupun apa sahaja medium yang digunakan untuk rujukan buat yang baru bergelar mahasiswa ini. Maka, berkehendaklah mahasiswa mempunyai masa dalam seminggu untuk melakukan orientasinya sendiri ataupun pada masa mendatang sepanjang pengajiannya. Adapun sebahagian kampus menyediakan bas untuk bergerak pada setiap sudut universiti, namun adalah pengesyoran saya untuk berjalan kaki bila berdekatan lohong-lohong bangunan. Lebih berlapanglah fikiran, dekat merasai bagunan, berhirup udara kampus, bila berjalan.
Saya tahu, kebanyakkan mahasiswa sidang akademik 21/22 lebih suka apabila melakukan orientasi kendiri, berjalan bersama kawan baru begitu juga kawan yang sudah lama bertemu. Melihat tumbuhan-tumbuhan hijau, bunga-bungaan yang mekar jatuh ke tanah. Ada juga haiwan-haiwan yang bakal jadi kawan. Demikianlah wujudnya inisiatif ini, atas dasar yang terlaksana dengan keterbukaan hati untuk meneroka kampus sendiri. - hh
0 Komen:
Catat Ulasan